jump to navigation

Kedah semakin maju… Februari 2, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Saya berkesempatan mengunjungi Sungai Petani pada kepulangan saya ke Kedah minggu ini. Seperti biasa, saya pergi menonton filem terbaharu di Central Square, dengan membawa adik-adik saya. Ibu bapa saya, mungkin mereka tidak berminat dan sibuk.

 

Central Square yang megah suatu ketika dahulu, kini kian tenggelam dengan kemunculan pelbagai pusat beli belah baharu.

Central Square masih tidak jauh bezanya seperti dahulu, dipenuhi banyak kiosk-kiosk jualan yang berterabur susunannya. Panggung wayang GSC di sana, nampaknya semakin kurang menayangkan filem-filem baharu, mungkin kerana kapasitinya yang amat kecil serta kesukaran bagi pengunjung untuk meletak kenderaan dan menghadapi kesesakan di pekan Sungai Petani.

 

Sungai Petani juga sedang melalui proses penyuraian trafik, yang mana juga bersangkutan dengan projek landasan berkembar KTMB, menyusuri bahagian tengah bandar yang semakin berkembang. Lebih banyak jambatan merentasi landasan KTMB akan dibina, berbanding sistem sekarang yang memaksa jalan raya ditutup ketika keretapi sedang melaluinya.

Selepas menonton filem Haq yang amat membosankan, adik saya Faizal lantas memberitahu mengenai panggung wayang baru yang ada di Sungai Petani.

Laaa, awat tak habaq awai-awai???” Kenapa tidak diberitahu lebih awal?

 

Pembinaan zon hiburan Mutiara Damansara benar-benar mengutamakan pejalan kaki, dengan ruang luas serta jejantas untuk mereka menyeberangi jalan raya. Pemaju Village Mall wajar mencontohi Mutiara Damansara.

Lagipun saya ingin melawati Tesco di Legenda Heights, kami pergi ke tempat yang dimaksudkan. Ada 3 pusat beli-belah iaitu: Tesco, Village Mall, dan kawasan komersial Legenda Heights. Mengingatkan saya kepada pembangunan di Mutiara Damansara, malangnya masih tidak seberapa.

 

Rekabentuk yang cantik dan selesa, wajar mengutamakan pejalan kaki juga.

Mereka yang ingin menyeberangi dari Tesco ke Legenda Heights, terpaksa menghadapi palang besi yang memisahkan tempat letak kereta antara keduanya. Bayangkan jika mereka yang berbaju kurung mahupun berkain pelikat, atau ber-skirt, terpaksa menyelak kain untuk menyeberang.

 

Untuk disenaraikan kelemahan yang saya temui di pekan Sungai Petani, sebenarnya masih banyak. Namun saya yakin ianya dapat diperbaiki sedikit demi sedikit, lebih-lebih lagi dengan kerjasama yang menyeluruh daripada pelbagai pihak berwajib yang membantu mengawal keadaan.

Kepada penumpang bas ekspres, pastinya dapat merasai kewujudan terminal baharu yang semakin menampakkan rupanya, dan dijangka akan siap dalam tahun ini juga. Tetapi, kita masih menunggu penyelesaian untuk terminal bas henti-henti yang kian usang daripada zaman awal kemerdekaan lagi.

Persimpangan jalan yang bertambah sempit semenjak Lot 88 dibuka.

 

Selain itu, jalan raya berhampiran kawasan perniagaan baru Lot 88 (macam mahu tiru Fahrenheit 88 saja) Plenitude terlalu sesak dan bersimpang siur, sehingga menimbulkan kecelaruan kepada banyak pengguna. Mungkin sudah masanya untuk menimbangkan pembinaan persimpangan bertingkat di sana jika keadaan bertambah buruk.

Sebagai antara langkah memastikan trafik lancar, sewajarnya pemaju hartanah wajar juga diberikan tanggungjawab sosial bagi menyumbang pembinaan jalan masuk keluar yang lebih mudah, bukan sekadar membina projek-projek tanpa menghiraukan keadaan trafik yang kian merimaskan.

Jika ada projek persimpangan bertingkat, para pemaju ini juga sewajarnya dimestikan untuk menyumbang dari segi yang termampu dibandingkan dengan impak pembangunan yang mereka lancarkan.

Misalnya mereka boleh membantu dari segi tenaga kerja, peralatan mesin dan jentera pembinaan, serta lebih baik lagi, sumbangan kewangan bagi memastikan projek menjadi kenyataan.

Diharap Kedah Sejahtera hendaknya dan memberikan kebahagiaan kepada rakyatnya. Biarkan mereka yang cemburu dan busuk hati dengan dunia mereka. Pasti akhirnya mereka bakal menerima padah atas sikap mereka tersebut.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: