jump to navigation

Filem Cun!, pasti akan buat anda terkenangkan kampung. Mac 31, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Tengah malam 31 Mac 2011, saya berkesempatan menonton sebuah filem terbaru keluaran Malaysia di GSC Pavilion KL. Saya tidak mendapat pendedahan yang banyak mengenai filem bertajuk “Cun!” ini, memandangkan publisitinya yang kurang meluas.

Agak pelik juga mengapa filem ini tidak mendapat perhatian media sepertimana ulasan positif terhadap Hikayat Merong Mahawangsa keluaran KRU, mahupun filem terbaru Razak Mohaideen yang dengarnya kurang menjadi kali ini.

Untuk pengetahuan, filem Cun! ini diarahkan oleh Osman Ali, dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul. Permulaan filem ini pastinya akan mengingatkan anda terhadap filem Pisau Cukur, namun perkembangan plotnya sudah tentunya berbeza dan wajar saya katakan, jauh lebih menarik.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pengacara TV/model, Luna Latisya (lakonan Maya Karin) yang sudah dikenali dalam kalangan artis melalui rancangan gosip Meletups yang menaikkan namanya. Persaingan sengit dengan rancangan lain memberikan tekanan kepada Luna untuk menaikkan semula rating Meletups yang kian menjunam.

Luna dikejutkan dengan tindakan tunangnya yang ditangkap bermain kayu tiga, lantas membuat keputusan untuk menyembunyikan diri bersama jurusoleknya Tom (lakonan Faezah Elai) yang berasal dari Kedah. Seminggu di Kedah, Luna mula jatuh cinta terhadap seorang pemuda kampung.

Dibesarkan di Kedah membuatkan saya terasa seperti sedang berada di kampung ketika menonton filem ini, ditambah pula dengan dialog loghat utara yang dituturkan dengan petah oleh para pelakon. Kejelitaan aktres utama Cun!, Maya Karin diserlahkan dengan indahnya dalam filem ini.

Selepas anda menonton filem ini, pastinya gadis/jejaka bandar akan melakukan penilaian semula terhadap masyarakat luar bandar, anda yang bergelar “pemarah” (atau digelar “perongoih” dalam loghat Kedah) mungkin mahu mencuba untuk berubah, dan pastinya anak-anak jati Kedah bergelora hati mereka untuk pulang ke kampung halaman.

Cun! akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Mac 2011. Tonton trailer di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Anda digalakkan untuk menonton, kerana filem yang Cun! sebegini pastinya tidak akan merugikan wang tiket anda.

 

Komen-komen»

1. Julie - Mei 2, 2011

Best..best..memang syoq la creta ni….Tak Tahan tengok Bedah Tonggek. Dok bubuh apa la di pungkoq tu nak bagi tonggek..hahahaha

2. kayroll - Jun 10, 2011

best sangat banyak kali ,ulang…..best kat watak adik remy tu…sy x la knal artis tu tapi watak dia cute sgt…dia boleh bawk watak ‘senget’ dengan amat amat amt baik…suke sangat….kagi 1, watak bedah tonggek tu memang best giler, cara dia cakap “cek suka” amat cute,,,,…..watak c faeazah memang hidup dan spontan…1st time dgaq remi speaking utara, best…lupa yang dia dok blakon kat “nurkasih”….maya, ning, kartina aziz dan lain2 amat baik…best lah citer nie x jemu…harap dapatlah sambutan d luar sana….amin…TAHNIAH……

3. Aina - Jun 21, 2011

best sgt cite ni…pandai Manis berlakon…sapa dia tu?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: