jump to navigation

LG Optimus One, “best” ke? April 7, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Iklan LG Optimus One di laman web DiGi.

Setakat artikel ini ditulis, saya sudah seminggu memiliki telefon LG Optimus One, yang dibeli menerusi diskaun dari DiGi, rangkaian yang saya langgan sejak sekian lamanya. Harga jualan disyorkan (RRP) LG Malaysia adalah RM899, namun saya dapat membelinya pada harga hanya RM299 dengan langganan 24 bulan.

Jalan yang berlubang sebegini, sebenarnya jauh lebih teruk berbanding di negeri-negeri kurang maju di Malaysia.

Kepada yang bertanya di mana saya memperoleh telefon ini, jawapannya ialah di stor DiGi 360 SoHoKL, Mont’ Kiara. Aduh, eksklusif benar bunyi tempatnya.

Malang sekali, dengan jalan bertampal-tampal angkara aktiviti menarah bukit yang tak berkesudahan, oleh siapa lagi tentunya Sunrise Berhad.

Pulang dari membeli telefon, saya terserempak dengan pasukan keselamatan Sunrise yang cuba menghalau seorang peniaga dari menjual durian menerusi lorinya. Macamlah durian boleh dibeli murah dari Cold Storage di sana kan?

Kembali ke ulasan telefon.

1) Ketahanan fizikal dan jangka hayat bateri

Optimus One adalah sebuah telefon bimbit skrin sentuh, jadi seperti telefon Android lain mahupun iPhone, haruslah dikendalikan secara cermat, elakkan daripada terjatuh ke tempat yang keras.

Pada 5 hari pertama, jangka hayat bateri teramatlah pendek. Namun, setelah satu insiden telefon ini terjatuh di bilik tidur saya, tiba-tiba tahap baterinya berubah kepada “Full” dan tahan lebih lama sejak daripada itu.

Jika anda hanya menggunakan telefon untuk melayari internet menerusi 3G/HSDPA, SMS/panggilan, penggunaan bateri memang jimat. Namun, jika anda menghidupkan lebih banyak fungsi lain seperti Wi-Fi, A-GPS, mahupun BlueTooth secara serentak, sudah tentunya bateri perlu dicaj lebih kerap.

Kepada yang tidak menggemari telefon bimbit buatan China, berita gembira untuk anda kerana Optimus One dikeluarkan di Korea, seperti tertera di kotaknya.

2) Kualiti video dan muzik

Maaf atas gambar yang agak provokatif di kulit album itu.

Lagu pertama yang dimainkan menerusi Optimus One saya ialah F**k You dari Lily Allen, serta 21 Guns dari Green Day. Kualiti muzik, boleh saya katakan setaraf dengan model-model Walkman Sony Ericsson, juga jauh lebih mantap berbanding komputer saya HP Mini 210.

Manakala video-video yang saya mainkan menerusi YouTube dan Aljazeera Mobile, memang jelas dan nyata, tetapi sudah tentunya tidak dapat menandingi kualiti HD yang ada pada sesetengah telefon terbaru.

3) Pelayaran internet

Pelayar internet (browser) Optimus One boleh dikatakan cukup pantas, ianya dibuktikan ketika saya menggunakan rangkaian DiGi 3G di pelbagai lokasi. Hasil mungkin berbeza jika menggunakan rangkaian lain. DiGi mengesyorkan pelanggan untuk memuat turun pelayar Opera Mini 6, yang lebih pantas kerana lebih ringan berbanding pelayar biasa.

Namun, saya tetap merasa lebih selesa menggunakan pelayar sedia ada pada Optimus One yang membolehkan saya menggunakan fungsi Pinch & Zoom untuk memastikan pelayaran internet sama sahaja dengan menggunakan komputer riba yang berat itu. =)

4) Aksesori tambahan

Optimus One didatangkan dengan pengecas bateri yang boleh ditukarkan kepada kabel USB, yang juga boleh mengecas telefon ini. Malangnya fon telinga yang datang bersamanya tidak cukup selesa berbanding telefon saya terdahulu, Samsung Corby TXT B3210.

Tetapi apabila difikirkan semula, fon telinga Optimus One ini lebih selamat untuk digunakan di dalam kereta, kerana masih membenarkan bunyi dari luar memasukinya, lantas memastikan tumpuan terhadap pemanduan tidak terganggu.

5) Aplikasi untuk dimuat turun

Kepada yang menggunakan telefon pintar, sudah tentunya gemar untuk memuat turun pelbagai aplikasi. Android Market merupakan satu tempat yang dipenuhi pelbagai aplikasi menarik untuk dimuat turun seperti anti-virus, pengemaskini berita, keputusan sukan terkini dan pelbagai lagi perkara, semuanya percuma!

Saling tak tumpah dengan YM di komputer.

Misalnya Yahoo! Messenger yang saya guna di telefon ini, nampaknya tiada siapa lagi yang perlukan BBM.😉

Kesimpulan

Bukanlah tujuan saya untuk membangga-banggakan diri dengan telefon ini, yang hakikatnya hanyalah sebuah telefon pintar tahap permulaan. Namun bagi yang ingin mencuba telefon pintar, serta ingin mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda, pada saya LG Optimus One memang cukup sesuai untuk anda.

 

Komen-komen»

1. regain composure - April 7, 2011

Misalnya Yahoo! Messenger yang saya guna di telefon ini, nampaknya tiada siapa lagi yang perlukan BBM.😉

saya ingin mengulas kenyataan awak di atas. saya selalu mengikut perkembangan awak di twitter, facebok, blog awak juga sering saya baca.

pernyataan awak di atas, mungkin itu adalah salah.
jangan bandingkan blackberry messenger dengan yahoo messenger ataupun gmail ataupun yang lain2. blackberry mempunyai tahap security sendiri. pernahkah awak membuat research tentang blackberry? mengapa ada negara yg mengharamkan penggunaan blackberry di negara mereka? itu tentu sekali disebabkan tahap security bagi blackberry adalah terbaik berbanding telefon yang lain seperti iphone, htc, samsung dan lain2.

bg pengguna bbm, apa yg di chat adalah di antara dua user itu SAHAJA. and utk ym, gmail, ada pihak lain yg mampu untuk mengakses apa yg dibualkan. itu dipanggil hacker. sebab itu untuk pengguna blackberry, setiap orang mempunyai nombor bb pin yang berlainan, mengandungi huruf dan nombor.

malah, jika anda menghantar sesuatu di dalam group bbm, ada boleh mengetahui sama ada msg yg anda hantarkan itu sudah tiba dan dibaca oleh user tersebut ataupun tidak.

juga untuk line digi, di kuala lumpur memang line 3G sentiasa ada, sebab itu sentiasa laju. cuba awak bawak hp awak ke kampung, ada line 3G atau tidak? laju atau tidak untuk awak mengakses segala website awak?

saya faham mengenai awak yg selalu update, tetapi diminta untuk membuat research terlebih dahulu sebelum membuat apa2 ulasan.

Firdaus Rosli - April 7, 2011

Dan juga saya tahu anda hanya melihat kepada apa yang kelihatan salah di mata anda. Tetapi, ada kalanya kita tidak perlu melihat sesuatu itu terlalu mendalam. Ambil contoh BBM dan YM, kita rata-ratanya menganggap kedua-duanya perkhidmatan dengan konsep sama, iaitu messenger atau penyampai.

Untuk pengetahuan saudara yang kononnya kerap membaca blog saya, saya berasal dari Yan, Kedah, sebuah kawasan luar bandar dan sudah sedia maklum mengenai kelemahan rangkaian DiGi di sini. Oleh kerana itu, keluarga saya sudah pun menyediakan talian internet sendiri di sana.

Walau bagaimana pun, terima kasih atas maklumat berdasarkan pengalaman anda dengan BBM. Maklumat sedemikian pastinya berguna bagi mereka di luar sana yang ingin membuat pilihan.

2. Wan - Mei 5, 2011

Salam.

Brp banyak nk kene bayar time beli fon tuh + 24 months nya plan tuh? Saya pon berminat gak nk beli fon nih. Dh lama target, tapi pastu tukar SGS lak.. tapi overbudget. Td baru perasan offer Digi nih. Kalo 300, mmg berbaloi la.

Firdaus Rosli - Mei 9, 2011

Advanced payment RM500, harga phone pulak RM299.
Try check out offer DG Family Package, ada tawaran lagi menarik.
HTC Incredible S dan Desire HD pada harga lagi jimat.
Setakat ini guna LG Optimus One, memang tak menghampakan walaupun ianya hanya mid-range smartphone.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: