jump to navigation

Pilihanraya Sarawak: Biarkan rakyat memilih. April 7, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Pertandingan sengit di Sarawak.

Penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak sudah terlaksana semalam. Nampaknya akan ada pertandingan tiga penjuru di merata tempat, dengan Pakatan Rakyat tidak sebulu dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari segi pembahagian kerusi, manakala wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula oleh parti ada pula yang bertanding sebagai calon bebas.

Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun.

Ada yang mengatakan perkembangan ini tidak sihat, kerana terlalu banyak pertandingan akan memberikan kelebihan kepada BN yang diketuai Ketua Menteri sekarang, Taib Mahmud.

Saya melihat kecenderungan untuk sesetengah pihak yang tidak begitu berpengaruh di peringkat nasional untuk cuba mendapatkan populariti sementara, mungkin juga ganjaran daripada pihak tertentu dengan cara memecahkan undi.

Apabila undi dipecahkan, sudah tentulah kelebihan menyebelahi BN, yang nampaknya berkemungkinan besar akan terus berkuasa dengan majoriti 2/3 di Sarawak, menjadikannya kekal dengan reputasi “deposit tetap” bagi Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, penamaan calon telah selesai. Kini, parti bertanding akan mencuba meraih perhatian rakyat seluruhnya menerusi saluran-saluran yang ada. Sekali lagi, kelebihan kepada BN yang menguasai media serta talian komunikasi, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat pedalaman.

Namun, kelebihan kepada BN bukan bermakna kemenangan itu sesuatu yang pasti. Misalnya jika benar-benar Ketua Menteri sekarang yang tidak disukai, sudah tentunya parti yang diwakilinya akan terpalit sama dengan persepsi buruk tersebut.

Rakyat Sarawak, undilah sesiapa sahaja yang anda berkenan. Ini hak anda, 16 April 2011, hadirkanlah diri anda.

Sebenarnya kita sendiri pun tidak akan dapat menjangka apa yang ada dalam fikiran rakan-rakan di Sarawak, kerana kita di semenanjung sudah tentu punya pandangan dan cara pemikiran yang berbeza.

Biarkanlah sesiapa pun bebas bertanding. Jika benar sesebuah parti itu sudah mendapat sokongan kuat, sudah tentu pengundi akan memilihnya, dan kemenangan untuknya. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat sewajarnya berusaha segigih mungkin untuk mencapai tahap itu.

Kami para penulis blog akan cuba menggunakan peluang dan ruang terhad ini untuk membantu.

Komen-komen»

1. Balan Berauk - April 7, 2011

Sdr, Terima kasih atas pendapat saudara. Sebagai Rakyat Sarawak. Biarlah kami memilih, Siapa yang kami rasa layak memimpin Sarawak untuk 5 tahun lagi. Apa apa pun… tunggu sehingga 16hb, suara orang Sarawak.

Firdaus Rosli - April 7, 2011

Saya harapkan agar nasib Sarawak bakal menjadi lebih baik selepas pilihanraya ini. Sarawak perlu pembahagian kekayaan lebih saksama, pentadbiran lebih efisien, serta penjagaan alam sekitarnya daripada terancam. 3 perkara ini saya lihat sebagai masalah utama di sana.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: