jump to navigation

Firefly kurangkan destinasi penerbangan, langkah merugikan hasil kerjasama MAS-AirAsia. September 24, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Syarikat penerbangan Firefly telah menutup beberapa penerbangan, yang menggunakan pesawat B737 yang menghubungkan KLIA ke destinasi-destinasi di Sarawak. Untuk pengetahuan, perkhidmatan Firefly ke Sarawak hanya bermula semenjak Mei lalu bagi laluan Johor Bahru – Kuching, manakala Sibu – Kuala Lumpur bermula Julai lalu dengan Firefly berjanji untuk menambahkan kekerapan penerbangan sebelum hujung tahun.

Juga akan ditutup adalah laluan Kuching – Kuala Lumpur, yang juga baru dimulakan Januari lepas. Penerbangan Firefly ke Kota Kinabalu dan Sandakan tetap diteruskan. Ramai yang mengeluh di atas penutupan penerbangan-penerbangan ke Sarawak tersebut. Difahamkan pentadbir laman Facebook Firefly telah memadamkan pelbagai komen dari pelanggan yang berang dengan penutupan laluan secara tiba-tiba dengan notis terlalu singkat.

Karikatur muka hadapan Utusan yang telah diubahsuai.

Biro Ekonomi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), komponen utama BN Sarawak turut mengecam tindakan penutupan laluan ini kerana dibimbangi akan mengurangkan kehadiran pelancong ke Sarawak dari dua bandaraya di Semenanjung tersebut.

Ketua Parti Tindakan Demokratik (DAP) Labuan, Lau Seng Kiat pula berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak wajar mempunyai perkhidmatan penerbangan sendiri “Borneo Airways” kerana kebergantungan yang tinggi oleh kedua-dua negeri ini terhadap pengangkutan udara.

Hal ini berikutan pertukaran saham antara Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mana langkah ini dipersalahkan sebagai punca Firefly, syarikat milik penuh Malaysia Airlines menutup perkhidmatan B737-nya dan hanya menumpukan kepada perkhidmatan turboprop di Semenanjung.

AirAsia makin berkembang, dan kerjasama dengan MAS akan meningkatkan lagi keuntungan di pihak AirAsia dari segi persaingan harga yang tidak lagi berlaku.

Bagi menyediakan penerbangan kawasan serantau, sebuah penerbangan baru dengan perkhidmatan penuh akan diwujudkan, iaitu Sapphire Air, hasil rangka kerjasama antara Malaysia Airlines – AirAsia. Sapphire akan mengambil alih semua kapal terbang jet milik Firefly dan juga dari Malaysia Airlines yang menyediakan penerbangan domestik dan serantau.

Pengenalan penerbangan baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan kakitangan Malaysia Airlines. Dari sejumlah 15,000 kakitangan, 80% daripada tenaga kerja Malaysia Airlines akan dipindahkan ke Sapphire, dibimbangi dengan manfaat dan syarat yang berbeza dari sedia ada.

Penglibatan beliau dalam usaha menjaga kebajikan pekerja MAS, mampu memberikan pulangan undi yang besar pada pilihanraya nanti.

Kebimbangan tersebut mendorong mereka mendapatkan kerjasama mantan Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, yang akan membawa isu kebajikan kakitangan Malaysia Airlines ke Parlimen yang akan bersidang. Setakat ini, Malaysia Airlines kerugian RM769 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2011.

MAS terus berada dalam kerugian, di manakah silapnya?

Kakitangan Malaysia Airlines tidak wajar menanggung kerugian akibat kesilapan di pihak pengurusan, begitu juga rakyat Malaysia sebagai pelanggan yang kecewa dengan pengwujudan kartel dalam industri penerbangan tempatan, yang bakal terus merugikan rakyat yang harus membayar lebih mahal untuk pengangkutan udara di masa hadapan.

Situasi politik 2 bulan kebelakangan. Makin haru! Jun 12, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment

Pertama sekali, maaf saya pinta kepada para pembaca atas ketiadaan artikel baharu pada 2 bulan kebelakangan. Terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perubahan yang berlaku ke atas diri saya.

Saya mahu bermula dari tarikh 15 April 2011, iaitu hari Sarawak mengundi untuk kerusi-kerusi Dewan Negeri. Umum mengetahui bahawa BN menang besar, menguasai 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan. Pada masa sama, Sarawak memiliki 31 kerusi Parlimen.

Jika dikira jumlah undi, pastinya BN lebih bahaya kedudukannya di masa hadapan.

Jangkaan pada pilihanraya umum ke-13 nanti, PR mampu memperoleh minimum 7 kerusi Parlimen jika melakukan kiraan secara nisbah berbanding keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang terbaru.Ini sudah tentu satu kelebihan besar berbanding hanya 1 kerusi parlimen sekarang iaitu di Bandar Kuching.

Mereka ini yang dikatakan telah menghancurkan "kepimpinan ulama" dalam Pas. Saya nampak semuanya tetap warak belaka, tak gitu?

Soal politik juga, Pas juga telah melakukan rombakan kepimpinan dengan memilih Timbalan dan Naib Presiden daripada kalangan profesional yang setia dengan parti serta mesra dengan rakan gabungan PR. Tindakan tersebut dilihat BN sebagai kejatuhan ulama’ dalam hierarki kepimpinan Pas.

Justeru kewujudan sayap untuk ulama’ dalam UMNO wajar dialu-alukan, agar masyarakat dapat melihat sejauh mana mereka mampu memastikan UMNO berada di landasan yang betul mengikut agama Islam.

Merekalah bakal anggota - Dewan Ulama' UMNO.

Jika perkara tersebut berjaya, sudah tentu lebih mudah untuk kita menjadi negara Islam yang sejati seperti diperjuangkan sebuah pertubuhan, iaitu Hizbut Tahrir Malaysia. Ini kerana, walau seteruk mana pun parti UMNO itu, pengaruh mereka tetap besar dengan memiliki 78 kerusi parlimen daripada 222 kerusi sedia ada. Masih satu kuasa besar.

Kalau AS boleh cipta Avatar, setakat video apa susah? Malangnya Dato' T tak berjaya dapatkan khidmat James Cameron. Sebab itu videonya sangat gagal!

Dalam tempoh ini juga, fitnah tersebar di merata-rata dengan kewujudan video yang menyerupai seorang pemimpin politik pembangkang Malaysia. Video tersebut dipertikaikan ramai dari segi keaslian, cara rakaman, juga cara yang digunakan bagi perakam memerangkap “pemimpin” yang dimaksudkan.

Dato' T mungkin tak mengetahui nombor talian JAIS: 1800 88 2424. Agaknya mungkin mereka hanya tahu nombor Domino's Pizza, sebab itu terlupa cari JAIS.

Pendapat ramai mengatakan, jika benar mereka mengetahui pemimpin pembangkang tersebut mengadakan hubungan luar nikah, perlu kita secepatnya menelefon Jabatan Agama bagi mengelakkan perbuatan zina itu berlaku, bukannya merakamkannya dan diadakan tontonan bagi media sahaja. Biar pemimpin itu ditangkap dan dituduh atas kesalahan zina dan dihukum sebaiknya.

Begitulah politik kita 2 bulan kebelakangan yang makin diwarnai dengan fitnah dan permusuhan. Kita sebagai rakyat boleh menunjukkan kebijaksanaan dengan menolak politik sedemikian, menerima politik yang matang dan berpaksikan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Apa salahnya membantah? Februari 19, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

50 orang Ahli Parlimen Australia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap pendakwaan Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Manakala Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton telah memberitahu bahawa Kerajaan Amerika Syarikat sedang memantau dan memerhatikan tindak tanduk Malaysia dan sistem kehakimannya dalam menangani kes tersebut.

Dalam dua perkara yang berlaku ini, adakah boleh dikatakan bahawa ahli-ahli parlimen Australia dan Hillary telah mencampuri urusan dalaman negara Malaysia?

Mari kita soroti keadaan yang berlaku di dua negara tersebut dalam tahun-tahun kebelakangan. Australia telah dikenali sebagai sebuah negara yang tidak mesra penduduk pribumi ataupun Aborigins, yang mana mereka seolah-olah disisihkan dalam arus perdana negara Australia. Reputasi mereka jelas sekali tercalar, namun kerajaan mereka sejak sekian lama tidak ambil peduli soal ini, sehinggalah Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri.

Kevin Rudd memperoleh sokongan besar daripada rakyat Australia, dengan prinsip keadilan untuk semua golongan, selain daripada pengurusan ekonomi yang cekap.

Antara yang pertama dilakukan Rudd selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, adalah dengan memberikan permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat pribumi, selain memulakan usaha merapatkan jurang antara mereka dan penduduk bukan pribumi Australia. Hal ini bermakna, kerajaan Australia sekarang punya daya usaha untuk memberikan kesaksamaan hak kepada seluruh rakyatnya, dan memperbetulkan segala aspek pentadbiran.

Kem Delta Teluk Guantanamo, kini sudah ditutup.

Di Amerika Syarikat, kita pula sudah terbiasa mendengar mengenai kem Guantanamo yang menempatkan suspek-suspek pengganas antarabangsa, dengan cara tahanan tanpa bicara. Pendedahan dan bantahan antarabangsa mengenai keadaan dalam kem tersebut telah diambil perhatian oleh calon-calon pilihanraya Presiden, dan akhirnya tahun lalu, Barack Obama telah menandatangani pengisytiharan penutupan kem Teluk Guantanamo yang penuh kontroversi itu. Manakala dari segi sistem pengurusan syarikat, Obama telah berjaya mengawal para eksekutif daripada memperoleh bonus yang tidak sepadan dengan kedudukan kewangan syarikat di Amerika.

Ya, kedua-dua negara Amerika Syarikat dan Australia tidak sempurna. Namun warganya dan kerajaannya terbuka kepada kritikan, dan sedia mengubah sistem yang ada jika ianya tidak memberi keadilan kepada warga.

Gara-gara tidak mahu menggunakan perkataan "keadilan", akhirnya nama mahkamah ini ditukar menjadi Palace of Justice. Harus ingat, bahasa Melayu juga hak bangsa Melayu, dipijak-pijak dengan selambanya.

Jadi, adakah Malaysia sempurna? Soalan yang bagus untuk ditanyakan kepada kita semua. Jika jelas sekali kelihatan kelemahan dalam pentadbiran negara, sistem kehakiman dan keadilan, pada saya memang wajar jika Australia sebagai rakan serantau mengambil berat, dan melakukan inisiatif mereka sendiri. Apa yang dilakukan tiada pun melangkaui batas had kedaulatan negara, hanya sepucuk surat bantahan dari Parlimen Australia.

Apa yang sedang dilakukan UMNO dan konco-konconya, adalah sejajar dengan misi “Juara Rakyat” mereka, yang mana mereka ingin dilihat seolah-olah wira yang menjaga negara, namun di sebalik imej itu, tersingkap satu imej pengkhianat dan perosak perpaduan rakyat lagi korup, jijik lagi menjijikkan.

Makkal Sakti kini di ambang perpecahan besar, itulah masa depan sebuah parti perkauman.

Pergi sahaja bertanya kumpulan pemuda satu parti baru iaitu Makkal Sakthi, yang juga di bawah payung BN, di manakah mereka di kala demonstrasi Hindraf 2007? Bukankah mereka turut menuntut campur tangan Ratu Elizabeth II untuk menuntut bela kepada masyarakat India.

Nampaknya bukan Melayu sahaja mudah lupa, India pun juga. Mahathir yang melafazkan kata itu, harus kita ingat dia juga berasal dari keturunan India.

Penyakit lupa, bukan milik Melayu, bukan milik India, ianya lantaran kelekaan dan kelalaian kita semua, yang merasakan diri cukup sempurna, tidak boleh dikutuk mahupun dicerca.

Saiful perlu bimbingan? Pelajar cemerlang tak perlu dibimbing jawab soalan. Januari 20, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
add a comment

Bekas pemimpin pro-Aspirasi di Uniten.

Seorang pelajar cemerlang yang juga mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memohon bimbingan daripada masyarakat bagi menghadapi perbicaraan kes tersebut pada Isnin 25 Januari nanti.

Bimbingan yang dipohon adalah dalam bentuk persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri apabila di mahkamah.

Pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-alukan untuk memberi nasihat dan bimbingan dengan menghantarnya ke alamat e-mel HariKebenaran@gmail.com.

Pada pandangan saya, Saiful Bukhari sebenarnya seorang pelajar cemerlang yang tidak perlu merendahkan diri untuk menerima bimbingan semata-mata untuk menjawab soalan di mahkamah kelak.

Lihat sahaja bagaimana mudahnya beliau bertemu Timbalan Perdana Menteri pada 2008 untuk memohon sokongan bagi permohonan biasiswa.

Tulisan di belakang: "Selamat Datang - Pejabat Timbalan Perdana Menteri - Mesra Rakyat". Mari kita beramai-ramai ke pejabat ini untuk minta sokongan untuk sebarang permohonan, gerenti beres!

Satu peluang yang nyata sukar diperolehi, lantas memerlukan kemahiran untuk menjawab soalan daripada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang juga lulusan University of Nottingham. Bayangkan betapa hebatnya Saiful Bukhari apabila berjaya memperoleh peluang ditemuramah oleh seorang Timbalan Perdana Menteri walaupun sudah nyata gagal dalam pengajian di Universiti Tenaga Nasional.

Saiful bertemu Shahrir Samad untuk apa pula? Merayu supaya harga minyak RM2.70 seliter ketika itu diturunkan?

Justeru, dalam soal untuk berkata benar kepada mahkamah, pasti perkara semudah ABC bagi Saiful Bukhari bagi menceritakan kepada umum apakah yang berlaku di kondominium bersama Anwar Ibrahim tanpa perlu sebarang unsur dramatik mahupun hiperbola dalam penceritaan.

Maksudnya, apa yang sedang dihadapi Saiful ini sebenarnya jauh lebih mudah daripada menjawab soalan Karangan mahupun Komsas dalam Bahasa Melayu SPM. Alangkah bertuahnya Saiful mendapat peluang sehebat ini untuk menyerlahkan kebijaksanaan dan betapa layaknya untuk ditemuduga oleh Najib, seterusnya diberi biasiswa sebagai peluang kedua bagi meneruskan pelajaran.

“Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-Nya, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini,” Kata Saiful.

Alangkah malunya gadis tunang Saiful Bukhari. Lelaki yang dicintai terlalu lemah untuk menghalang seorang tua yang sakit pinggang daripada meliwatnya (jika itu benar-benar berlaku). Sedangkan Saiful boleh sahaja membunuh Anwar ketika itu untuk mempertahankan diri. Tidak mengapalah, Cinta Tak Kenal Siapa.

Seperti beliau, seluruh warga menantikan hari kebenaran yang dimaksudkan. Tidak sabar kami untuk menyaksikan sendiri betapa cerdasnya seorang insan bernama Saiful Bukhari ini, yang bakal dibantu oleh bimbingan daripada warga-warga prihatin, selain daripada wakil kerajaan, seluruh anggota dan pegawai Polis, Peguam Negara (serta hakim jika mahu turut serta).

Semoga kebenaran terserlah, semoga penipuan terbongkar.

Anda mahu Malaysia jadi seperti Dubai, atau Qatar? September 15, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Terjemahan dari laporan Aljazeera

Istithmar World, dana kekayaan negeri Dubai di UAE dilaporkan mempertimbangkan menggantung pelaburan mereka untuk menyusun semula operasi mereka.

Istithmar ialah salah sebuah syarikat utama dalam projek Dubai World milik kerajaan Dubai, yang mana unit hartanah Nakheel dijangkakan menbiayai semula bon Islam bernilai AS$3.52 bilion yang akan matang pada bulan Disember.

Projek mega The World di Dubai, mungkinkah akan tergendala?

Projek mega The World di Dubai, mungkinkah akan tergendala?

Istithmar, yang dijalankan oleh David Jackson, berkata baru-baru ini bahawa John Amato dan Felix Herlihy, ketua pegawai pelaburan, telah meinggalkan firma itu untuk mendapatkan peluang-peluang lain.

Penyusunan semula akan membawa kepada jualan dana atau aset milik mereka, kata agensi berita Bloomberg.

Begitulah laporan dari Aljazeera yang semakin kerap saya tontoni kebelakangan ini, secara online.

Berita ini mendedahkan bahaya yang melanda Dubai yang terkenal dengan projek mega berbilion ringgit, yang membuatkan saya teringat kepada Tun Mahathir.

Rupa-rupanya projek-projek mega tersebut bukanlah datang daripada wang kerajaan Dubai mahupun UAE, tetapi daripada jualan bon dan pinjaman asing, yang mana jumlahnya dua kali ganda KDNK Dubai sendiri, iaitu sejumlah AS$85 bilion.

Secara purata, seorang daripada 250,000 rakyat UAE di wilayah Dubai menanggung hutang luar sebanyak AS$400,000. Ini memang merbahaya! (Maklumat terbaru diperoleh dari Wikipedia)

Hutang luar Malaysia yang sebesar 42% daripada KDNK (data dari laman web CIA Amerika Syarikat) itu pun sudah dianggap merbahaya.

Empangan Bakun sedang giat dibina.

Empangan Bakun sedang giat dibina.

Sudah ada Bakun, untuk apa lagi tenaga nuklear yang merbahaya?

Itu pun oleh kerana ada projek mega seperti empangan Bakun, Zon Bebas Pelabuhan Klang, kereta nasional Proton yang masih tidak cukup berdaya saing, dan pembangunan Putrajaya yang kelihatan tidak membawa manfaat sebesar kos yang dikeluarkan berbanding projek lain yang lebih berjaya seperti KLIA, Menara Petronas, Jambatan Pulau Pinang yang mana jambatan kedua terpaksa dibina untuk menampung trafik yang banyak, dan sistem LRT yang kelihatan tiada kesinambungan.

Data hutang negara Iceland semenjak krisis kewangan 2008.

Data hutang negara Ireland semenjak krisis kewangan 2008, yang mana mereka turut menjadi antara negara paling teruk terjejas.

Saya sebenarnya risau dengan kemungkinan Dubai menjadi satu lagi Iceland yang sudah muflis, namun Dubai bakal menjadi lebih teruk kerana Dubai berhutang untuk membina infrastruktur taraf ekstravaganza mereka, yang nyata-nyata sekali membazir dan sukar mendapat pulangan nyata, tambahan pula pelabur Barat juga kini sudah pokai dan kekeringan poket untuk membeli hartanah-hartanah mahal di Dubai.

Kereta Polis Dubai, sebuah BMW. Mungkin untuk tujuan kejar-mengejar.

Kereta Polis Dubai, sebuah BMW. Mungkin untuk tujuan kejar-mengejar.

Kini semakin ramai yang bakal membayangkan Dubai menjadi sebuah bandaraya yang dipenuhi bangunan separuh siap. Apa yang diharapkan, pihak kerajaan Dubai, yang mentadbir UAE sekarang dapat mencari sumber baru kekayaan ekonomi, selain daripada minyak yang memang sudah kehabisan dari perut bumi Dubai.

—————————————————————–

Pada masa yang sama, wilayah yang tidak jauh dari Dubai, iaitu Doha, Qatar turut menjadi perhatian. Dua bandaraya ini dilihat bersaing dengan sangat rapat sebelum ini.

Namun, di kala Dubai terpaksa menangguhkan banyak projek-projek pembangunan berskala besar, Doha masih terus kukuh dengan rizab minyak yang mampu bertahan sehingga tempoh 35 tahun lagi, dan juga rizab gas asli yang tidak diketahui bila akan berakhir.

Hospital Al Ahli, Doha

Hospital Al Ahli, Doha

Yang juga menjadi perbezaan, Doha ataupun Qatar secara seluruhnya, lebih menumpukan kepada projek-projek berlandaskan kebajikan rakyat, antaranya sistem kesihatan, teknologi dan pendidikan, yang mampu dinikmati oleh seluruh rakyat, berbanding projek-projek yang melampau atau tidak punya nilai tetap seperti di Dubai.

Universiti Qatar, ditubuhkan sejak 1973.

Universiti Qatar, ditubuhkan sejak 1973.

Banyak universiti luar negara telah membuka cawangan di Qatar, salah satunya Texas A&M University yang mana seorang rakan sekelas saya, Saidatul Hasniza (cantik orangnya, lihat Facebook saya) di MRSM Langkawi kini berada di kampus utamanya, di Texas, Amerika Syarikat.

Selain itu, ada juga Carnegie Mellon University dan juga Georgetown University, yang mana Anwar Ibrahim pernah menjadi pensyarah di sana selepas pembebasan dari penjara pada 2004.

Kompleks pendidikan Education City, kompleks sukan Aspire, lapangan terbang New Doha dan sistem keretapi dari Doha ke Manama, Bahrain sedang giat dibina, dan Qatar sedang giat membida hak penganjuran acara utama dunia seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia FIFA, selain sidang WTO pusingan Doha yang baru berakhir, mensasarkan sistem ekonomi baru dunia bagi mengatasi kegawatan ekonomi global.

Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, di mana Kuala Lumpur gagal untuk mendapatkan hak penganjurannya, kini dikhabarkan cuba untuk membida hak penganjuran Sukan Asia 2018.

Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, di mana Kuala Lumpur gagal untuk mendapatkan hak penganjurannya, kini dikhabarkan cuba untuk membida hak penganjuran Sukan Asia 2018.

Mereka tidak berlumba membina menara tertinggi dunia, mahupun infrastruktur yang melampau dan membazir, justeru membolehkan mereka melebarkan pengaruh antarabangsa melalui sukan. Sukan Asia Doha 2006 misalnya, dipuji sebagai acara sukan dengan penganjuran terbaik dan paling cemerlang, walaupun terdapat banyak masalah yang melanda Doha ketika itu seperti kekurangan tempat penginapan dan pengangkutan awam yang belum cukup lengkap pada standard piawaian mereka.

Doha turut memiliki satu rangkaian media yang berpengaruh hebat, walaupun saiznya kecil dan dengan penduduk hanya lebih 1 juta orang.

Aljazeera yang dimiliki hartawan Qatar, menjadi simbol keterbukaan dan kebebasan media dalam sebuah negara Islam, jauh mengatasi pencabar-pencabarnya di Barat seperti News Corp milik Rupert Murdoch ataupun Time Warner. Laporan perang di Iraq dan Afghanistan, serta pendedahan berita-berita semasa dari setiap negara meningkatkan pengaruh Al-Jazeera, seterusnya Qatar di mata dunia.

Qatar Airways, syarikat penerbangan kebangsaan Qatar pula terus berkembang dengan pesat dalam persekitaran industri penerbangan dunia yang mencabar, dan pembukaan lapangan terbang New Doha tidak lama lagi, akan meningkatkan kedudukan mereka, dan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa untuk melawat Qatar.

Kini, kita sedang bergerak ke arah kemajuan, Wawasan 2020 bagi penyokong Tun Mahathir ataupun Agenda Ekonomi Malaysia bagi penyokong Anwar Ibrahim, mahupun model ekonomi baru tajaan Najib Razak yang masih dirangka sekarang.

Fikirkanlah dengan teliti, bagaimana corak kemajuan negara kita ketika itu nanti? Adakah ianya masih seperti gaya Tun Mahathir yang ghairah dengan projek mega berskala besar, ataupun projek sederhana gaya Anwar Ibrahim, atau projek Najib Razak yang lebih fokus kepada projek-projek untuk golongan niaga seperti Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Sederhana atau mega, seharusnya pembangunan yang dijalankan menggembirakan rakyat bukan hanya dari segi kebanggaan, tetapi juga dari aspek manfaat kepada rakyat kebanyakan. Berbicara soal manfaat kepada rakyat, ini termasuklah manfaat peluang-peluang ekonomi baharu, yang mana harus dijana dengan pasaran terbuka oleh golongan niaga.

Terpulanglah kepada kita, mahu pembangunan gaya Dubai atau Doha, atau mungkin “acuan sendiri” seperti yang selalu dikatakan oleh Tun Mahathir sepanjang pentadbirannya dahulu. Paling penting, rakyat tidak boleh menanggung kegagalan pembangunan yang dijalankan secara terlalu agresif tanpa analisis menyeluruh tentang kewajaran projek sedemikian rupa.

Diharap Doha dapat terus mengekalkan pembangunan yang mampan dan meyakinkan, dan pada masa yang sama Dubai kembali bangkit daripada kemelesetan, supaya kedua-duanya dapat terus mengharumkan nama negara Islam di mata dunia, dan terus membuktikan bahawa sistem pentadbiran Islam adalah yang paling unggul, kepada masyarakat dunia, termasuklah pentadbir negara Malaysia sendiri.

Rungkaikan pertikaian. Siapa pengkhianat? September 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Berikut adalah intipati ucapan Timbalan Perdana Menteri untuk saya bincangkan lebih mendalam. Memandangkan Timbalan Perdana Menteri kita telah menuduh seorang tokoh pembangkang sebagai “pengkhianat bangsa”. Tulisan saya ini juga diikuti berita dan laporan-laporan daripada media yang diperoleh secara online.

  • Kelebihan bulan Ramadhan, di mana umat Islam memperoleh keberkatan dan masa untuk menguji kesabaran umat Islam dengan menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu.
    Dalam menghadapi bulan Ramadhan, kita harus bersabar dan tidak bertindak melulu.
    Dalam menghadapi bulan Ramadhan, kita harus bersabar dan tidak bertindak melulu.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, seharusnya kita sebagai umat Islam harus punya kesabaran dalam menghadapi sebarang dugaan dan godaan nafsu. Namun, lihatlah di Shah Alam, sekumpulan mereka yang mendakwa diri sebagai “Penduduk Seksyen 23” yang mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan SUK.

Tiada masalah untuk membantah cadangan itu, kata pihak kerajaan negeri Selangor. Namun, keadaan sudah jadi songsang apabila ada satu pihak yang tidak prihatin dengan sensitiviti masyarakat lain dek kerana hanyut dengan nafsu amarah, telah membawa kepala lembu untuk bersama-sama berarak.

Video perarakan tersebut telah mendapat sambutan yang amat hangat di internet, selepas disiarkan oleh Malaysiakini. Malangnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah tersilap memilih sasaran, dengan melakukan siasatan ke atas Malaysiakini yang hanya melaporkan berita tersebut dalam bentuk video, dan dituduh sebagai cuba memecahbelahkan masyarakat.

  • Dalam hidup bernegara di Malaysia, yang susah perlulah dibantu tanpa mengira agama yang dianuti.

Tiada masalah jika mahu buat gelanggang, namun tunggulah kuil di sebelah itu dipindahkan terlebih dahulu.
Tiada masalah jika mahu buat gelanggang, namun tunggulah kuil di sebelah itu dipindahkan terlebih dahulu.

Yang susah harus dibantu, termasuk untuk menjalankan tuntutan agama mereka, tanpa mengira agama. Namun, ada pula sekelompok orang yang melakukan gangguan ke atas masyarakat agama lain dengan sengaja mengadakan projek gelanggang di atas tapak rumah ibadat agama lain, yang mana telah menyebabkan masalah letak kenderaan yang akhirnya menyusahkan semua pihak.

Bila ingin dibina rumah ibadat, dihalang pula oleh orang yang kononnya “risau akidah terjejas dengan rumah ibadat agama lain”. Yang sudah ada pula, diganggu dengan macam-macam cara. Inikah Islam?

Kepada yang punya niat dan perasaan buruk kepada masyarakat agama lain, sila kaji pegangan agama anda dan fikirkan semula adakah tindakan sedemikian dibenarkan oleh agama Islam.

  • Kestabilan politik negara haruslah dikekalkan, kerana ianya adalah tunjang keamanan negara yang sudah diperolehi selama 52 tahun dengan susah payah, dan demi mengekalkan sistem pentadbiran yang cekap.

Fikrikanlah, adakah dengan memecahbelahkan rakyat berbilang bangsa, negara akan capai kestabilan? Apa yang berlaku di Seksyen 23 memang tidak membantu menstabilkan politik negara pun, lihat sahaja tindakan kumpulan bodoh itu mengganggu perjalanan dialog bersama penduduk. Pastikah mereka juga penduduk tempat itu?

KDNK kita kini negatif, apa lagi boleh dibangga?
KDNK kita kini negatif, apa lagi boleh dibangga?
  • Negara sedang menghadapi krisis ekonomi paling buruk, yang dirasai kesannya oleh seluruh dunia, termasuk rantau Asia Tenggara. Untuk menghadapi kesan kemelesetan, dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion telah diumumkan tahun ini.

Siapa mahu kata saya mengagungkan Indonesia? Benar, pertumbuhan ekonomi mereka tidak jatuh sehingga ke tahap negatif seperti kita di Malaysia.
Siapa mahu kata saya mengagungkan Indonesia? Benar, pertumbuhan ekonomi mereka tidak jatuh sehingga ke tahap negatif seperti kita di Malaysia.

Bandingkan masa pemulihan ekonomi kita kali ini dengan ekonomi negara serantau. Negara serantau telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif untuk suku kedua, berbanding kita yang terus negatif, yang mana keadaan ini merencatkan matlamat Wawasan 2020.

Malaysia telah menyediakan pakej rangsangan ekonomi antara yang paling besar nilainya di dunia pada tahun ini. Namun, di manakah hasilnya, bandingkanlah dengan negara lain.
Malaysia telah menyediakan pakej rangsangan ekonomi antara yang paling besar nilainya di dunia pada tahun ini. Namun, di manakah hasilnya, bandingkanlah dengan negara lain.

Jadi, apakah gunanya dua pakej bernilai RM67 bilion itu? Sebenarnya pakej rangsangan ekonomi bernilai sebesar itu sudah mencukupi bagi memberikan kesan lebih pantas untuk ekonomi, memandangkan banyak infrastruktur negara kita yang masih elok. Bandingkannya dengan Amerika Syarikat yang punya lebih banyak infrastruktur yang usang dan penduduk yang ramai, selain kadar pertumbuhan yang kelihatan tepu disebabkan kehilangan pengaruh ekonomi.

  • Kitaran kemiskinan telah menyebabkan lebih 44,000 keluarga kekal dalam kemiskinan tegar. Mereka perlu dikeluarkan daripada kitaran ini dalam tempoh sebelum tahun 2012 dengan pendapatan mereka dipertingkatkan.

Sebenarnya kadar kemiskinan di negara kita lebih teruk daripada jumlah 44,000. Standard kemiskinan di negara kita adalah pendapatan isi rumah kurang dari RM500 sebulan.

Bayangkan sebuah keluarga hidup di bandar Kuala Lumpur dengan jumlah pendapatan RM600. Adakah bantuan akan diperolehi? Bagaimana dengan peranan kerajaan untuk mempertingkatkan pendapatan mereka ini? Saya yang memperoleh RM700 sebulan sebagai elaun dari Mara juga merasakan keadaan yang serupa.

Siapa mahu kata saya tidak bersyukur, silakan dengan tuduhan anda. Siapa kata saya membazir, silakan juga untuk teruskan tuduhan.

  • Kita harus memanjatkan kesyukuran atas kestabilan politik kita berbanding negara lain, termasuk negara Islam yang menjadi lebih teruk selepas mengecapi kemerdekaan.

Alhamdulillah syukur, politik kita stabil. Namun, bagaimana dengan ekonomi, pendidikan, kebajikan, hak rakyat? Politik yang stabil seharusnya membawa kita kepada manfaat-manfaat yang lainnya, bukan hanya kekayaan buat pihak yang memerintah.

  • Pelajaran amat penting dalam senarai keutamaan perbelanjaan kerajaan, iaitu sejumlah 20% daripada belanjawan keseluruhan Malaysia. Mahasiswa perlu berperanan menjadi modal insan yang penting untuk mengisi pembangunan negara.
    Nampak seolah-olah ada peningkatan antara 2005 dan 2006. Namun, hakikatnya kita kalah di peringkat Asia. Peringkat dunia? Kirim salam.
    Nampak seolah-olah ada peningkatan antara 2005 dan 2006. Namun, hakikatnya kita kalah di peringkat Asia. Peringkat dunia? Kirim salam.

Modal insan yang hanya belajar dan kerja makan gaji. Tolonglah perluaskan maksud mahasiswa itu, kerana mahasiswa berkualiti bukan hanya boleh menyumbang kepada ekonomi. Apa guna jadi modal insan jika tidak dibenarkan menyokong gerakan politik tempatan misalnya, yang sepatutnya boleh mengasah bakat kepimpinan?

Mungkinkah mentaliti kerajaan sebegini yang menyebabkan mutu pelajaran tinggi kita berada di takuk yang semakin buruk?

  • Sistem ekonomi sedia ada tidak dinafikan, telah berjaya meningkatkan pendapatan rakyat berbilang kaum, namun tidak setanding berbanding negara yang sudah maju. Justeru satu model ekonomi baru sedang dirangka dan akan diumumkan dalam bulan ini.

Yang ini kita bersetuju, kerana pembahagian ekonomi yang adil boleh membanteras kemiskinan dan masalah sosial dalam negara tanpa mengira bangsa. Tiada yang akan dibiarkan miskin, dan boleh digula-gulakan dengan sumbangan RM200, kain batik mahupun kain pelikat.

  • Model ekonomi ini diyakini akan menyelesaikan masalah yang timbul daripada sistem sedia ada ekonomi negara.
  • Barisan Nasional (BN) adalah sebuah gabungan yang mengiktiraf kepelbagaian dengan wakil terdiri daripada kaum-kaum utama di Malaysia.
  • Bibit-bibit ulangan peristiwa 13 Mei 1969 sudah mula muncul, di mana ketidakpuasan hati sudah mula timbul di sana-sini.

Di manakah bermulanya serangan-serangan kepada bangsa lain?

Siapa yang memijak kepala lembu, menghalang kandang-kandang khinzir yang kotor daripada ditempatkan di ladang moden yang lebih bersih?

Padahal semasa memerintah sebuah negeri, ahli-ahli kerajaan mereka yang terdahulu memang sudah pun mencari kaedah penternakan khinzir yang moden dan tidak mencemarkan alam sekitar. Sekarang, sanggup biarkan masyarakat yang menyokong mereka tak putus-putus dalam pilihanraya untuk terus menghidu bau kandang-kandang kotor ini??

Bangsa mana yang takut kedudukan terancam, sedangkan kedudukan mereka sudah termaktub dalam perlembagaan? Hak bangsa Melayu hanya akan lupus apabila 2/3 daripada Parlimen bersetuju, jika dan hanya jika Majlis Raja-Raja hilang pertimbangan lalu sanggup menggadaikan bangsa sendiri, di mana saya amat yakin itu tidak akan berlaku!

Dari mana tiba-tiba datang benda yang bernama “kontrak sosial”?

Cuba semak kembali, siapakah yang akan mendapat manfaat daripada “kontrak sosial” itu? Akan ada artikel yang saya letakkan, ada di bawah.

  • Dalam menghadapi cabaran teknologi maklumat yang semakin terbuka, rakyat perlu bijak menapis maklumat dan tidak terpengaruh dengan anasir luar, dan memelihara pegangan akidah yang sudah sedia ada.

Ini maklumat daripada sumber-sumber Internet yang perlu anda tapis dan nilaikan, adakah insan yang dituduh telah menjawabnya.

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura
Khairul Azlam Mohmad
Mon | May 15, 06 | 1:46:04 pm MYT

KUALA NERUS, 15 Mei (Harakah) – Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato? Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

“Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

“Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,” jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Adakah jawapan daripada sesiapa berkenaan isu ini, atau hanya sekadar mengenepikannya sebagai satu “fitnah”?

Jika benar fitnah, lawanlah di mahkamah, lagipun bukannya prosiding dewan negeri pun yang mana tak boleh dibawa ke mana-mana mahkamah.

Berita ini tahun 2006, dan orang yang memberikan tuduhan ialah Ibrahim Ali, orang yang punya pengalaman luas dalam UMNO, dan masih komited kepada perjuangan UMNO.

Anwar pengkhianat

Oleh SAHBULAH DARWI, dari Utusan Malaysia
pengarang@utusan.com.my

BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.

Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.

“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.

“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.

Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.

Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.

Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.

“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.

Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.

“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.

Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.

Inilah sebenarnya punca bangsa tergadai. Politik wang. Siapa yang amalkannya?
Inilah sebenarnya punca bangsa tergadai. Politik wang. Siapa yang amalkannya? Mengapa BPR (kini SPRM) tidak dibenarkan menyiasat?

Bandingkan artikel Harakah yang tidak dijawab itu, dengan laporan ini. Kemudiannya fikirkan, siapa pengkhianat bangsa Melayu??

Nampaknya ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, di mulut tak lekang dengan istilah “perjuangan Melayu”, di hati “wang Melayu semua aku nak sapu”.

Golongan diraja diberikan kemewahan yang tidak bertepi, namun adakah mereka berkuasa?
Golongan diraja diberikan kemewahan yang tidak bertepi, namun adakah mereka berkuasa?

Anwar bukan mahu memusnahkan bangsa Melayu, cuba lihat sendiri bagaimana beliau begitu ambil berat soal bahasa, kedaulatan raja-raja yang selama ini sudah jadi “simbol” semata-mata, ibarat sebuah patung yang pandai memandu kereta sport. Lebih teruk lagi kalau terperangkap dalam kereta Rolls-Royce.

Lebih teruk lagi, menjadi “rubber stamp” ketika diperlukan oleh sekelompok orang untuk merampas kerajaan sebuah negeri. Sehingga kuasa yang sudah dihilangkan tiba-tiba muncul tak semena-mena. Sedangkan pemimpin agung mereka, Dr. Mahathir yang melaksanakan langkah menghapuskan imuniti dan kuasa raja Melayu. Itu sahajalah peranan raja masa kini.

Ini pula tulisan yang diperolehi daripada blog sebuah bahagian UMNO, iaitu bahagian Petaling Jaya Selatan.

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin malam ini mengaku bahawa “Kuasa Pimpinan Melayu kini sudah terhakis” dan “Orang Melayu kini berada di tepi tebing tinggi dan merasa gayat”.

Beliau mengatakan demikian semasa memberi ucaptama dalam Forum Permuafakatan Melayu anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (Selangor/Wilayah Persekutuan), di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Khamis 24hb April 2008.

Sebagai seorang pemimpin peringkat no. 3 dalam UMNO, beliau secara jujur mengatakan keperluan ujud usaha besar dan radikal, hari ini, untuk membela nasib Bangsa Melayu dan mengatasi masalah Kepimpinan UMNO. Gesaan juga dibuat agar orang Melayu bersatu semula dibawah UMNO.

Tidakkah anda hairan dengan kenyataan beliau ini? Mengakui masalah kepimpinan UMNO, namun menyeru orang Melayu untuk bersatu dalam UMNO pada masa yang sama.

Mungkin akan dikatakan tuntutan itu kerana “kuasa pimpinan Melayu terhakis”.

Namun, tidakkah difikirkan apakah kesilapan pimpinan sehingga kerisauan itu timbul?

Adakah mereka benar-benar memimpin bangsa itu ke mercu kejayaan, dengan peluang yang sudah lama diberikan?

Tinggal lagi beberapa tahun untuk mentadbir, apakah mereka akan berubah sekelip mata?

Akhir sekali, fikirkan kembali, adakah pembangkang seperti yang dituduh oleh Muhyiddin, sebagai pengkhianat bangsa?

Lihatlah tentang model ekonomi baru yang diperkatakan oleh beliau? Tanpa idea daripada “pengkhianat” Melayu tersebut, adakah model baru ini akan terlaksana? Anda sebenarnya telah memuji si “pengkhianat” tersebut.

Apa kata kita petik kenyataan tahun 2007.

DEB tetap relevan, kata Muhyiddin

Jul 14, 07 11:17pm (Malaysiakini)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetap relevan untuk dihayati, terutamanya dalam pengukuhan ekonomi orang Melayu, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, katanya, kaum lain tidak perlu berasa bimbang seolah-olah DEB menyebabkan mereka kehilangan hak.

Sebaliknya, kata beliau lagi, mereka perlu benar-benar memahami kandungan DEB yang terbukti bukan sahaja memajukan kaum Melayu bahkan sesuai diamalkan dalam negara berbilang kaum, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, semangat DEB tetap releven walaupun tempohnya sudah lama berlalu dan kini digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional.

“Tidak salah kalau kita amalkan semangat ini walaupun masyarakat bukan Melayu menganggap ianya sensitif.

“Mereka tidak faham dasar ini penting dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan pemimpin dan generasi muda supaya terus menyemarakkan semangat DEB bagi terus mencapai kemajuan bangsa dan negara.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata walaupun negara dilihat aman dan maju namun penguasaan ekonomi orang Melayu masih lemah dan masih jauh dari 30 peratus penguasaan yang disasarkan.

Justeru katanya, generasi muda tidak seharusnya mengambil sikap enteng sebaliknya sentiasa memiliki daya juang dan tanpa semangat DEB tidak mustahil fikiran orang Melayu dan generasi muda akan lemah seterusnya gagal mempertahankan kaum.

“Kalau tiada semangat juang macam mana kita nak pertahankan negara? Saya bimbang semangat kita akan luntur. Ada orang kata buat apa nak risau?,” katanya.

Bagaimanapun , katanya, mereka ini tidak sedar bahawa tiada yang akan kekal selama-lamanya.

Kalau sudah relevan, mengapakah dibuat model ekonomi baru, syarat ekuiti 30% dilonggarkan?

Atau adakah itu sahaja cara untuk menyelamatkan ekonomi negara yang sudah bermasalah?

Jika Anwar dituduh pengkhianat dengan berhasrat menggantikan DEB dengan dasar ekonomi Malaysia, bagaimana pula dengan Muhyiddin ini pula? Kenapa mahu diikut langkah orang yang dituduh sebagai “tidak betul”?

Benar, bukan Muhyiddin yang rangka model ekonomi baru, namun dengan tuduhan beliau kepada Anwar sebagai “pengkhianat”, dan pada masa yang sama menyetujui model ekonomi yang baru untuk ganti DEB, nampaknya mereka seri satu sama.

Jika Anwar itu “pengkhianat”, Muhyiddin juga dua kali lima. Kenyataan saya ini berdasarkan kepada pendirian kedua-duanya ketika dahulu. Anwar juga turut bersetuju dengan DEB ketika menjadi menteri dahulu.

Kesimpulannya, dalam politik, tiada pendirian yang kekal, mereka boleh mengubahnya sekelip mata demi memenuhi matlamat masing-masing.

Saya tidak bias dalam soal ini, kedua-dua BN dan PR sama sahaja. Tiada siapa pun yang perjuangkan satu-satu bangsa kerana gabungan yang berbilang kaum.

Cuma UMNO itu lebih teruk lagi kerana menggunakan modal bangsa, sedangkan PR menggunakan modal perpaduan rakyat seluruhnya.

Rumah milik Khir Toyo. Tak kiralah nilainya berapa juta pun, mana SPRM?
Rumah milik Khir Toyo. Tak kiralah nilainya berapa juta pun, mana SPRM? Mana prinsip bantu Melayu?

Lebih hancur lagi UMNO, kerana menjadi alat untuk mengumpulkan kekayaan oleh sesetengah pemimpinnya. Diharapkan PR tidak mengikut jejak langkah sama, saya lebih rela melihat sesetengah wakil yang busuk hati dalam PR untuk terus menyeberang parti lagi, untuk mengikut lunas demokrasi. Tinggalkan yang baik sahaja untuk terus kekal.

Pakatan Rakyat dalam menghadapi tohmahan dari UMNO, harus tegas dalam mengambil tindakan, dan tidak teragak-agak menggugurkan atau melepaskan wakil rakyat yang tidak kompeten dan tidak memenuhi piawaian etika politik yang diperjuangkan sejak Reformasi.

Perbandingan pekerjaan: PM Malaysia dan Civil Engineer warga Malaysia Ogos 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
8 comments

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Ramai rakan-rakan saya yang membayangkan, bahawa menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah satu pekerjaan yang sangat susah.

Kata mereka, PM bekerja sangat keras, tak cukup tidur untuk memastikan kebahagiaan rakyat dan pembangunan negara berjalan dengan teratur dan lancar. PM berhempas pulas, bangun dari awal sebelum Subuh, dan tidur selepas solat Tahajud.

Jadi untuk membandingkan pekerjaan dengan PM Malaysia, berkemungkinan seorang jurutera awam atau civil engineer sesuai untuk dijadikan contoh perbandingan. Masing-masing berpelajaran tinggi dan profesional.

1)Beban kerja

PM: Memantau dan memastikan Jemaah Menteri dan Parti politik diwakili berada dalam keadaan teratur, bagi mendapatkan sokongan rakyat yang lebih mantap. Untuk memberikan setiap ucapan, ada penulis ucapan untuk memberikan impak ucapan yang lebih hebat untuk imej lebih gempak. (Contoh Dr. Munawwar Anees, penulis ucapan untuk Anwar Ibrahim, walaupun beliau belum lagi jadi PM pun…)

Civil Engineer: Perlu memantau dengan teliti setiap projek yang ditugaskan, agar perlaksanaan projek berjalan seperti dijadualkan. Selain itu, juga perlu melakukan pengukuran teliti menggunakan theodolite untuk memastikan struktur dibina tepat pada kedudukan seperti dirancang, agar struktur dapat bertahan lama. Misalnya salah satu menara daripada Menara Berkembar Petronas punya kadar kesilapan 0.01mm, terpaksa dibuat pengubahsuaian pada tingkat-tingkat terakhir untuk mengurangkan kesan kesilapan tersebut.

2) Ekonomi

PM: Mempunyai sepasukan pakar ekonomi, dari Unit Perancang Ekonomi JPM untuk memikirkan strategi dan perancangan masa hadapan ekonomi. Di samping itu, mereka akan melakukan pelbagai kajian keberkesanan dan kemunasabahan kos untuk sesuatu projek kerajaan.

KDNK tinggi ketika ekonomi bagus, sumber cukai yang berterusan, kutipan hasil keuntungan daripada Petronas dalam jualan minyak dan gas asli menjadi sumber-sumber pendapatan untuk digunakan bagi menjana ekonomi negara dan menjalankan projek-projek untuk rakyat.

Civil Engineer: Untuk meningkatkan sumber ekonomi, beliau sendiri perlu melakukan inisiatif tersendiri, antaranya mendapatkan projek yang lebih banyak untuk diuruskan, meningkatkan pengalaman dan mempunyai kenalan-kenalan yang berpengaruh dalam bidang pembinaan. Walaupun ini dilakukan, tidak banyak tambahan pendapatan yang diperolehi, kecuali increment sebanyak dalam beberapa peratus setiap setahun atau setengah tahun.

Jika seorang Civil Engineer adalah sebuah negara, beliau adalah sebuah negara dengan peningkatan pendapatan/KDNK yang sangat sedikit, misalnya hanya 2% ke 5% berbanding negara Malaysia yang mendapat KDNK yang lebih gempak di kala ekonomi bagus.

3) Tanggungjawab

Mesyuarat Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri

PM: Bertanggungjawab kepada setiap rakyat, dan juga ahli-ahli parti politik diwakili. Harus mendengar rintihan dan keluhan daripada rakyat, dan memanggil ketua-ketua jabatan/Jemaah Menteri untuk duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam masa singkat. Kemudian, orang-orang bawahan akan melaksanakan perubahan atau tuntutan yang dibuat dengan kelulusan diberi.

Jika peruntukan sudah habis, boleh sediakan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion-bilion ringgit menggunakan wang rakyat yang tidak perlu dibayar menggunakan kocek sendiri, mahupun menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut yang diperoleh dari Bank Negara atau Petronas.

Civil Engineer: Bertanggungjawab kepada majikan dan bakal penghuni atau pemilik struktur dibina. Misalnya jika membina jambatan, beliau bertanggungjawab besar agar pemandu kenderaan dapat menggunakan jambatan tersebut dengan selesa dan tenang, tanpa ancaman kepada keselamatan diri dan keluarga. Selain itu, turut bertanggungjawab kepada anak isteri dan ibu bapa di kampung, untuk membantu setakat termampu.

Jika perlu meminjam, misalnya mahu membeli sebuah kereta untuk memuatkan empat orang anak dan seorang SAHAJA isteri, harus mencari kereta yang sesuai seperti Proton Exora atau Mitsubishi Grandis dengan kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman harus dibayar sendiri, dan penjamin juga harus dicari agar kita dapat melangsaikan hutang tersebut dengan bertanggungjawab.

Sekian sahaja perbandingan. Kini penjelasan.

Namun di kubur nanti, fahamilah sendiri siapa yang harus menjawab soal siasat daripada Polis yang lebih kejam berbanding dalam video ini.

“Polis” tersebut adalah malaikat Munkar dan Nakir yang akan mempersoalkan perbuatan kita sepanjang di dunia. Sebagai Civil Engineer, beliau perlulah bersih daripada sumber-sumber kewangan yang tidak halal, misalnya rasuah daripada syarikat pembinaan untuk mengurangkan kos pada cara yang boleh membahayakan pengguna infrastruktur dibina, misalnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Walaupun wang rasuah tersebut digunakan untuk membayar wang pendahuluan Mitsubishi Grandis, bukankah lebih berkat apabila menggunakan hanya Proton Exora tanpa mengambil rasuah daripada sesiapa? Pesanan untuk diri saya juga, bakal Civil Engineer pada tahun 2012 nanti, Insya Allah.

Perdana Menteri pula, harus sangat berhati-hati. Jika di dunia ini anda berkata bahawa anda gigih membuat kerja, walaupun hasil tidak sehebat mana, semua itu akan dipersoal dengan teliti, lebih teliti dari SPRM menyoal siasat Teoh Beng Hock sehingga jam 3 pagi, sehingga orang macam saya mungkin tersangat lapar dan terus menyambar hidangan sarapan pagi KFC di Drive Thru Kajang dari jam 4 pagi.

Teoh Beng Hock baru disoal siasat sehebat itu kerana peruntukan bernilai hanya RM10,000 kepada wakil rakyat DAP,

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

misalnya Teresa Kok yang menggunakannya untuk membeli pembesar suara untuk Masjid di Kinrara, walaupun dituduh sebahagian rakyat “penagih tegar Utusan Malaysia” bahawa beliau menghalang laungan azan.

Bayangkan sahaja bagaimana seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri di dunia, disoal siasat oleh dua malaikat tersebut di akhirat? Lihat sahaja pengeluaran wang yang dibuat: Pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion, Pembinaan sebuah bandar yang sangat mahal sehingga tidak digunakan sebaiknya sehingga sekarang dan cuma jadi simbol kehebatan kejuruteraan, Projek hentian bas moden untuk rakyat, namanya gempak Plaza Rakyat (ini Anwar Ibrahim kena jawab, dia Menteri Kewangan ketika itu) dan pelbagai lagi perkara-perkara yang boleh dipertikaikan terutama di Terengganu.

Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan dari ramai, dan ramai memahami isu yang saya keluarkan ini. Sesungguhnya menjadi Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab, memang mudah.

Namun Malaikat Munkar dan Nakir tidak toleran seperti rakyat marhaen yang “memahami beban kerja” Perdana Menteri. Jadi, selepas “main goreng” sahaja jawapan kepada rakyat, cuba “goreng” sehebat itu dengan Malaikat Munkar dan Nakir. Lihat sahaja berapa hasta anda akan dipukul jatuh.

Siapa layak jadi Canselor UNISEL? Rosmah Mansor atau Wan Azizah? Julai 12, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
2 comments

Minggu lalu, pelajar-pelajar di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah bersuara dalam satu forum, menyeru agar Canselor universiti mereka ditukar. Canselor mereka kini adalah Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri sekarang iaitu Najib Tun Razak.

Mereka mencadangkan lagi supaya Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Canselor baharu mereka, berdasarkan keupayaan beliau selama ini dalam berkhidmat sebagai doktor perubatan selama tempoh 14 tahun.

Untuk membantu kita menentukan siapa lebih layak, kita harus berikan biodata terperinci mengenai kedua-dua tokoh ini. Pinggirkan semua kontroversi mahupun skandal, hanya fakta yang diperlukan dalam perbandingan ini.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada tahun 1964 hingga 1970, beliau mendapat pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Antara tahun 1971 hingga 1974, beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi dari universiti tersebut.

Pada tahun 1975, beliau bekerja sebagai Eksekutif di Bank Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajian di Louisiana State Universiti di Amerika Syarikat antara tahun 1977 hingga 1978 dan mendapat Sarjana Sosiologi dan Pertanian Lanjutan dari universiti tersebut.

Pada tahun 1983, beliau menyambung kerjaya di syarikat Island & Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. Beliau menamatkan kerjaya pada 1987 untuk menumpukan perhatian kepada rumah tangga yang baru dibina bersama Najib Tun Razak, ketika itu Ketua Pemuda UMNO/ Menteri Belia dan Sukan dan baru sahaja bercerai dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Pasangan Rosmah dan Najib dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Norashman dan Nooryana Najwa.Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memulakan pendidikan awal di St. Nicholas Convent, Alor Setar. Kemudiannya, beliau menyambung pengajian di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Beliau menyambung pelajaran di Ireland di Royal College of Surgeons dan mendapat pingat emas dalam bidang obesterik (pembedahan khas untuk wanita dan anak semasa mengandung, kelahiran dan selepas kelahiran) dan ginekologi (kesihatan sistem peranakan wanita), kemudiannya ditauliahkan sebagai seorang pakar oftamologi (pembedahan mata).

Bekerja selama 14 tahun dalam bidang kedoktoran, sebelum menfokuskan kerja sukarela selepas suaminya Anwar Ibrahim dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 1993. Pada tahun 1998, beliau menubuhkan sebuah NGO iaitu Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) yang berjaya menjadi sebuah parti politik, Parti Keadilan Nasional di mana Wan Azizah dilantik menjadi presiden. Beliau menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh di antara tahun 1999 hingga 2008, memenangi 3 pilihanraya umum berturut-turut, walaupun hampir kalah pada tahun 2004. – Wikipedia

——————————————————————————————–

Bukan mahu mencampuri urusan UNISEL, namun topik ini bagus juga untuk dibincangkan. Daripada kedua-dua perbandingan ini, sudah terang lagi bersuluh siapakah yang lebih layak. Diharapkan, walau siapa pun yang menjadi Canselor, UNISEL akan terus berkembang sebagai sebuah universiti yang melahirkan graduan yang berani bersuara dan menyumbang kepada negara Malaysia di kemudian hari.

Bagaimana untuk satukan Melayu? Jun 25, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
2 comments

Dalam siri-siri percubaan untuk menarik sokongan daripada PAS untuk bersama-sama dengan BN, berunding dan seterusnya membentuk kerajaan perpaduan, Najib Razak terus menggunakan modal yang serupa: Perpaduan Melayu dan Islam.

Ada sekelompok masyarakat yang tidak berfikir panjang, terus menyimpulkan bahawa kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat Melayu, dan seterusnya melindungi kaum Melayu daripada ancaman dikuasai oleh bangsa lain di negara ini.

Sangka mereka, Melayu adalah kuasa politik yang kuat, merangkumi 60% dari penduduk Malaysia. Dengan majoriti sebegini, mereka anggap segala usaha dapat dilakukan bagi meningkatkan semula penguasaan orang Melayu dalam bidang-bidang ekonomi, seperti kuota 30% ekuiti dan pelbagai lagi standard-standard yang digunapakai bagi menilai kedudukan ekonomi orang Melayu.

Namun, sepatutnya mereka fikirkan apakah imiplikasi jika “kerajaan perpaduan” ini menjadi kenyataan. Saya buat satu gambaran situasi untuk menunjukkan keadaannya.

(Di bawah hanya cerita fiksyen rekaan saya, sekadar satu bayangan jika kerajaan perpaduan berlaku)

Pada 9 September 2009, dengan semangat bulan Ramadhan dan Aidilfitri, akhirnya Presiden UMNO Najib Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersemuka sesama sendiri di Seri Perdana Putrajaya untuk perbincangan hati-ke-hati mengenai perpaduan Melayu dan Islam.

Selepas berbuka puasa dan solat terawih bersama di Masjid Putra, mereka membuat pengumuman bersama mengenai kerjasama yang akan dimetrai antara UMNO dan PAS. Kedua-dua parti bersetuju untuk meninggalkan parti induk sedia ada, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Sebuah gabungan baru bernama Gabungan Insan akan dibentuk, merangkumi UMNO dan PAS, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang setia bersama UMNO.

Jumlah kerusi Gabungan Insan setakat ini adalah 116, dijangka akan bertambah dengan keanggotaan daripada parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak. Parti-parti daripada kaum bukan Bumiputera menyatakan kekecewaan terhadap pembentukan Gabungan Insan, dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memulakan semula siri perarakan Reformasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Alor Setar selepas sahur keesokan harinya, dan terus ditahan oleh pasukan polis.

Pihak bukan Bumiputera pula meluahkan kerisauan mengenai keadaan di Malaysia yang kini didominasi sepenuhnya Bumiputera dari segi politik. Para pelabur asing dan tempatan kelam kabut mengeluarkan dana dari Bursa Malaysia, menyebabkan kejatuhan Indeks Komposit sebanyak 1/2 daripada nilainya dalam masa hanya seminggu. Perdana Menteri meminta pelabur untuk bertenang, namun semuanya sudah terlalu lambat untuk dilakukan.

Barisan kabinet baru diumumkan, dengan pembahagian yang adil antara ahli-ahli dalam Gabungan Insan. Ahli-ahli berjanji akan menjaga kepentingan Bumiputera sebaiknya, dengan sebarang cara. Ramai masyarakat bukan Bumiputera yang kecewa, dan mengambil tindakan berhijrah ke negara-negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Australia, UK dan UAE.

Dengan banyak perusahaan milik bukan Bumiputera dan syarikat asing ditutup, orang Melayu yang bergembira dengan pembentukan Gabungan Insan meluahkan kekecewaan kerana kerajaan Bumiputera ini tidak dapat memberikan pekerjaan kepada masyarakat Bumiputera. Kabinet Gabungan Insan mengisytiharkan pembukaan 200,000 jawatan baru dalam sektor awam kepada Bumiputera untuk meredakan keadaan.

Pada pengumuman pindaan Bajet 2010, Perdana Menteri mengumumkan pemotongan peruntukan sebanyak 30% kerana perolehan kerajaan yang merudum hampir setengah daripada tahun sebelumnya. Namun, pemotongan peruntukan ini tidak dapat mengekang defisit bajet negara yang meningkat kepada lebih 20%.

Untuk membantu menyelesaikan masalah yang semakin meruncing ini, Perdana Menteri akhirnya telah menandatangani perjanjian dengan Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn untuk bantuan kewangan bernilai AS$30 bilion.

Indah hidup dengan sebuah kerajaan yang hanya ada kita orang Melayu kan? Kita bebas dan tidak terancam dengan anasir-anasir yang ingin “menghancurkan bangsa kita”. Ekonomi dapat kita kawal dengan bebas, dan orang-orang Melayu mendapat semua keistimewaan daripada kerajaan. Indah ke kalau kita sampai kena pinjam dana dengan IMF akhirnya?

Tolonglah pejuang bangsa Melayu, bukalah fikiran dan cari idea lebih baik untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Kerajaan perpaduan 100% bumiputera tidak akan membantu, malah akan merosakkan segala yang dibina selama 52 tahun ini. Orang bukan bumiputera akan ketakutan, dan mereka tidak akan dapat membantu kita dari segi pemberian kerja dan juga hasil cukai.

Harus kita ingat, kerana dasar kependudukan dan juga penjajahan British, yang membuat bangsa Melayu/bumiputera sudah tidak kuat seperti sekarang, dan tidak akan jadi kuat pun jika dasar sekarang ini diteruskan. Bangsa Melayu, akan terus menjadi bangsa yang bergantung banyak kepada kerajaan, yang hasilnya dikutip daripada cukai yang dibayar oleh bukan Bumiputera.

Bukan nak minta anda lupa asal-usul bangsa, lagipun Allah telah menjadikan kita bersuku-suku dan dalam bangsa yang berbeza. Cuma, fikirkanlah lebih banyak tentang cara untuk hidup bersama dalam keadaan yang aman, bukannya buat sesuatu perancangan dengan memikirkan satu bangsa sahaja. Perancangan sedemikian akan gagal.

Cuba fikir di luar kotak, bagaimana jika perpaduan diadakan dengan Islam yang menjadi asasnya? Pasti ianya lebih baik, kerana Islam memang tidak terhad kepada bangsa. Kita perlu ucap terima kasih kepada orang Arab yang menyebarkan Islam ke luar semenanjung Arab.

Jika tidak kerana mereka, kita di sini masih tiada hala tuju, dan hidup secara amimisme. Namun, kita sebagai orang Melayu yang mendapat hidayah Islam, tidak pula mahu menyebarkannya secara damai dengan masyarakat bukan Islam. Malah, kita macam membenci mereka kerana cemburu dengan penguasaan ekonomi yang mereka ada.

Tak patutlah macam itu. Dengan berbaik-baik dan pada masa sama bertegas dengan mereka, kita boleh dapat satu bentuk perpaduan yang lebih meyakinkan. Kita harus gunakan peluang yang ada ini untuk mempromosikan nilai-nilai Islam kepada mereka. Pada diri kita sendiri, kita harus buang sifat prejudis dahulu, kemudiannya buanglah sifat-sifat buruk yang ditegah oleh Islam. Tunjukkan bahawa kita ini satu kumpulan yang bersopan-santun, hormat-menghormati sesama manusia.

Cuba fikirkan cara hidup kita dan pergaulan dengan orang lain, adakah kita hormat kepada rakan serumah kita, atau rakan sekelas? Bagaimana pula dengan orang-orang yang kelihatan lekeh, seperti pengawal keselamatan kolej, atau tukang cuci di tempat kita, adakah kita dengan tidak sengaja ada bertindak seperti menghina mereka.

Kalau diceritakan perbuatan buruk kita, memang banyak kan? Jadi cubalah kurangkannya perlahan-lahan. Jika kita lebih utamakan bangsa sekalipun, tunjukkan bahawa kita ini dari kumpulan bangsa yang bersopan-santun dan berbudi bahasa. Dari situ pun, orang dari agama/bangsa yang berlainan akan nampak keindahan yang ada pada kita.

Dengan perbuatan seperti ini diamalkan, bukan setakat Melayu dapat bersatu, malah seluruh negara dapat bersatu di bawah nilai agama Islam yang sangat mulia. Dengan perpaduan sedemikian, kita pasti akan kuat dan tidak akan dipecahbelahkan oleh unsur perkauman yang semakin ganas sekarang.

Parti Keadilan Rakyat, kaya sangatkah mereka?? Mei 23, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Dari kiri: Kamarul Ramizu Idris (bekas calon bebas Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang), Dr. Mansor Othman (Calon Parti Keadilan Rakyat), Nai Khan Ari (calon bebas, bekas Ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang), Aminah Abdullah (Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional, Pulau Pinang)

Seorang calon bebas pilihanraya kecil DUN Penanti telah mendedahkan bahawa Parti Keadilan Rakyat telah menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada pilihanraya kecil tersebut.

Aminah Abdullah mendakwa, sejak beliau menawarkan diri untuk menjadi calon bebas untuk pilihanraya kecil tersebut, PKR telah meminta beliau menarik balik niatnya dan menawarkan sejumlah wang jika beliau menarik diri.

Akibat daripada perkara tersebut, Aminah mahu melaporkan tawaran rasuah itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Aminah turut menafikan bahawa beliau adalah seorang calon yang ditaja oleh UMNO untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

Pada saya, saya berasa sangat curiga dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Aminah, dan tindakan yang ingin beliau ambil.

Pertama sekali, jika benarlah PKR mahu menawarkan ganjaran, dimanakah sumber kewangan yang mampu PKR perolehi untuk membayar wang tersebut kepada Aminah? Untuk pengetahuan, PKR adalah parti yang boleh dikatakan sederhana dari segi kewangan, dan hanya mampu mengharapkan sumbangan wang daripada para penyokong untuk membiayai aktiviti parti.

Seterusnya, saya ragu-ragu dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh Aminah kepada SPRM. Sebagai seorang bekas Ketua Wanita KeADILan, pastinya beliau mengetahui bagaimanakah suruhanjaya seperti itu berfungsi, dan cara mereka mengambil tindakan yang selalunya selektif dan berat sebelah. Perkara ini membuatkan saya, dan mungkin juga orang lain mengandaikan yang Aminah adalah seorang calon proksi UMNO, dan mengambil tindakan menurut perintah mereka.

Paling saya hairan, takkanlah PKR sampai sebegitu takut dengan Aminah? Sudahlah BN tidak bertanding, pastinya PKR boleh mengharapkan laluan mudah dalam menghadapi calon-calon bebas ini. Tak perlu pun main sogok-sogok. Tak best, tak seronok. Pasti tuduhan beliau ini sengaja dibuat-buat untuk memberikan imej buruk buat parti PKR.

——————————————————————————-

Dalam kes seterusnya, Menteri Luar Negeri, Anifah Aman mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah menyogok

Menteri Luar Negeri, Anifah Aman

Menteri Luar Negeri, Anifah Aman

beliau dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika rancangan 16 September berjaya. Ini merupakan satu lagi tuduhan yang menarik untuk dikaji.

Ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat untuk menemui Setiausaha Negara, Hillary Clinton, Anifah ditanya oleh wartawan tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang dikatakan “bermotif politik”. Dengan tidak semena-mena, Anifah menjawab dengan menjelaskan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan mengakui bahawa kes tersebut telah mencalarkan reputasi Perdana Menteri Malaysia sejak dari awal pelantikannya lagi.

Seharusnya beliau memberikan jawapan yang lebih meyakinkan, dengan menjawab mengikut kehendak soalan. Kalau jawab esei SPM pun, pasti beliau akan mendapat markah rendah gara-gara tidak menjawab ikut kehendak soalan. Jika Anwar naik menjadi Perdana Menteri, adakah Anifah Aman layak untuk menjadi timbalannya dengan kesilapan yang sebegini teruk? Saya pun tidak yakin juga dengan kelayakan beliau setelah kesilapan yang beliau lakukan ini.

Sekarang, Anwar telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah kepada Anifah jika beliau tidak menarik balik kata-katanya. Walaupun beliau pernah menjadi mangsa tindakan mahkamah pada tahun 1998, beliau tidak berputus asa, dan masih menaruh sedikit kepercayaan kepada sistem kehakiman Malaysia yang sudah tidak diyakini.

Kredibiliti Anifah juga boleh dipertikaikan, dengan kenyataan yang tidak konsisten. Memetik laporan The Star Online pada 19 Mac 2008, setelah Pilihanraya Umun ke-12, Anifah telah menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi atas alasan “telah dua penggal menjadi Timbalan Menteri dan merasakan ini masanya untuk memberi ruang kepada wajah baru untuk mengambil alih kedudukannya”.

Namun, pada 10 April 2009, beliau menerima pelantikan sebagai Menteri Luar Negeri oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Di manakah pendirian beliau ketika itu? Mungkin terpengaruh jawatan Menteri agaknya.

Kesimpulan dari kedua-dua peristiwa ini, jelas bahawa kedua-dua insan ini telah memberikan imej yang sangat buruk kepada PKR dengan tuduhan liar mereka, dan mereka ini sebenarnya jelas sekali di bawah telunjuk UMNO-BN. Janganlah risau, rakyat sekarang sudah bijak untuk tidak mempercayai tuduhan liar anda berdua.