jump to navigation

Pilihanraya Umum ke-13, peluang terbaik untuk Islam. Oktober 16, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment

Perang poster dan "banner" cukup rancak, pilihanraya belum tahu bila.

Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat Malaysia sekarang, iaitu bilakah Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 akan diadakan. Di merata tempat, kempen sedang giat dijalankan kedua-dua gabungan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi meraih hati para pengundi, seolah-olah pilihanraya akan diadakan pada esok hari.

Perkara tersebut kian menjadi kenyataan apabila pengumuman Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan pelbagai sumbangan one-off dan berbelanja sakan untuk sumbangan-sumbangan tersebut, dengan melupakan matlamat asal mengurangkan defisit belanjawan secara signifikan, iaitu di bawah 4%.

Jika perkara tersebut yang menjadi kayu pengukur tarikh pilihanraya umum ke-13, tentunya awal tahun 2012 merupakan masa sesuai untuk ianya diadakan, kerana peruntukan-peruntukan one-off yang diumumkan akan tiba kepada golongan sasaran.

Ditambah lagi dengan fakta bahawa awal tahun selalunya menjanjikan pelbagai potensi, dan keadaan ekonomi selalunya lebih tenang pada suku tahun pertama setiap tahun.

Melihatkan rekod pilihanraya umum ke-11 dan ke-12, kedua-duanya diadakan pada bulan Mac, iaitu di awal tahun. Persamaan lain adalah selang masa 4 tahun antara kedua-dua pilihanraya tersebut yang mungkin kini telah menjadi amalan biasa kebelakangan ini.

Namun, kuasa untuk membubarkan parlimen sebenarnya terletak kepada Perdana Menteri untuk meminta perkenan dari Yang Di-Pertuan Agong. Malah, untuk menghabiskan tempoh parlimen ke-12 ini sehingga tahun 2013 juga tidak menjadi satu masalah. Jika langkah sedemikian diambil, Najib boleh meraih sokongan daripada golongan atas pagar yang turun ke himpunan Bersih 9 Julai lalu bagi menuntut reformasi pilihanraya.

Jika perkara tersebut berlaku sedemikian, Najib akan mengikuti langkah kanan bapa beliau Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada 1970 sebelum memperoleh mandat besar pada pilihanraya 1974. (Di sini tempoh 4 tahun juga menjadi angka penting. Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009.)

Bagi terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri, Najib harus memperoleh peratusan undi yang cukup tinggi.Prestasi terbaik Barisan Nasional dalam pilihanraya umum adalah seperti berikut:-

Gambar lama, ketika keakraban hubungan kedua-dua tokoh ini. Gandingan terbaik dalam sejarah politik Malaysia.

  • 1995: 65.2% undi. Gandingan pimpinan Dr. Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim. (Ya, kepada yang baru kenal politik Malaysia, Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.)

Faktor: Keyakinan kepada ekonomi negara yang meningkat dengan jayanya dan penerapan nilai-nilai Islam yang digiatkan.

Satu-satunya Perdana Menteri yang mempunyai nama mesra, "Pak Lah".

  • 2004: 63.9% undi. Gandingan pimpinan Abdullah Badawi dan Najib Razak. (Abdullah Badawi lebih menyerlah kerana memegang tiga jawatan utama ketika itu: Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri.)

Faktor: Peralihan kepimpinan ke arah dasar-dasar Islam Hadhari. Keyakinan ke atas reputasi bersih Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Razak menerima sokongan meluas masyarakat berbilang kaum, termasuk parti Islam PAS.

  • 1974: 60.7% undi: Gandingan pimpinan Razak Hussein dan Hussein Onn.

Faktor: Hubungan diplomatik dengan China mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada Perikatan yang dijenamakan semula menjadi Barisan Nasional. Satu-satunya parti Islam, PAS berada dalam Barisan Nasional dan memegang portfolio beberapa kementerian.

Kata kuncinya di sini, adalah Islam. Sekian lama rakyat Malaysia mendambakan pemerintahan beteraskan Islam, dan sesiapa yang dilihat memperjuangkan Islam akan pastinya memperoleh sokongan hebat masyarakat Melayu yang semakin menyedari kepentingan agama dalam kehidupan.

Jelas MCA tidak memahami keinginan segenap lapisan rakyat.

Manakala masyarakat Cina dan India yang mempunyai kesedaran tinggi juga akan memandang pemerintahan Islam sebagai suatu penyelesaian kepada masalah negara seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kadar jenayah yang meningkat mendadak.

Kenyataan mengenai undang-undang Islam atau Hudud oleh tokoh-tokoh utama Malaysia:-

“Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.”

Perdana Menteri, Najib Razak

“Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.”

Ketua Pembangkang / mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

“Ini adalah pendirian kita sejak dulu. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh menolak hukum Hudud kerana ia jelas adalah hukum syarak tetapi saya percaya ia belum sampai masanya untuk dilaksanakan.”

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin

Percubaan dari 1990 semakin membuahkan kejayaan.

“Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.”

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat

Inilah peluangnya bagi umat Islam. Siapa kata demokrasi meminggirkan agama dan suara umat Islam? Inilah masanya untuk kita memberitahu kepada ahli-ahli politik kita bahawa negara kita telah bersedia menerima undang-undang Islam.
Semoga Allah memberkati mereka yang tulus ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam dan memberikan kemenangan yang diidamkan sekian lama, sejak 1974 lagi kita menanti.

Analisis kemungkinan keputusan P’raya Sarawak 2011. April 15, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Sengaja imej pertama sebegini, bagi menarik mereka yang masih bersama BN.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa “Gelombang Biru” sedang melanda negeri Sarawak menjelang pilihanraya 16 April 2011.

Kita tidak pasti adakah ianya biru gelap – BN – masa depan terus gelap, atau biru cerah – PKR, PAS, DAP. Kenyataannya itu boleh membawa pelbagai makna.

“Gelombang Biru” yang dimaksudkan mungkin lebih sesuai dirujuk kepada gangguan terhadap laman-laman web parti pembangkang dan media alternatif. Yang sudah menjadi mangsa, Radio Free Sarawak, HarakahDaily, MalaysiaKini.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Gelombang yang dimaksudkan juga, boleh merujuk kepada pengalihan isu yang tiba-tiba dilakukan oleh media paling mesra-BN, TV3. Temubual yang sudah 2 bulan diperam bersama blogger Raja Petra tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi. Namun, hikmah sebalik peristiwa, isu pembunuhan Altantuya menjadi perhatian semula selepas cuba dikuburkan kerajaan.

Selain itu, gelombang itu juga boleh merujuk kepada sentimen anti-semenanjung yang cuba dinyalakan oleh jentera Taib Mahmud, tanpa menyedari bahawa dia adalah pemimpin yang turut kepada semua arahan dari pemimpin UMNO/BN dari Semenanjung.

Rakyat Sarawak ditakutkan dengan kehadiran pemimpin pembangkang semenanjung yang kononnya mahu mempergunakan rakyat Sarawak. Mungkin rakan-rakan warga Sarawak yang berada di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, wajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah dipergunakan oleh pemimpin mereka, dan sudah tentu di Sarawak begitu juga jika mereka berkuasa dan tiba-tiba menang pada 16 April.

Barangan keluaran Tupperware memang berkualiti tinggi. Alah berebut, menang memakai.

Permainan sentimen kenegerian sebegini sebenarnya merbahaya untuk jangka panjang dari aspek perpaduan Malaysia. Entah ke mana 1Malaysia itu dicampak, mungkin jawapannya ada pada botol-botol Tupperware yang direbutkan oleh orang-orang yang daif di sana.

Mujurlah, cara berpolitik orang Sarawak yang tidak begitu menerima kehadiran staf-staf Persekutuan, mahupun ahli politik kerajaan/petugas BN dari Semenanjung, mampu memastikan pengundian esok selamat daripada ancaman mereka yang tidak berhak, namun mahu juga mengundi bagi memenangkan kerajaan sedia ada.

Kita boleh menjangkakan pengundian esok selamat daripada unsur-unsur penipuan, kerana ianya pastinya mudah untuk dikesan, dengan penerangan meluas mengenai cara-cara mengelakkan pengesanan undi atau penipuan undi menerusi video-video yang dimuat naik di YouTube.

Harus kita ingat, dalam pilihanraya yang telus, sebenarnya cukup payah untuk BN mengekalkan kemenangan yang sudah lama diperolehi menerusi pelbagai helah sebelum ini.

Seluruh Malaysia teruja untuk menantikan keputusan pilihanraya negeri Sarawak Sabtu, 16 April 2011. Namun rujukan mudah untuk peristiwa yang bakal berlaku selepas pilihanraya ini:-

Jika menang lebih besar, Taib bakal menjadi orang paling berkuasa di Malaysia biarpun hanya Ketua Menteri sebuah negeri.

1) Jika BN menang lebih besar, 63 kerusi ke atas

Pilihanraya umum akan dipanggil selepas Aidilfitri, harga petrol “terpaksa” dinaikkan kepada RM2/liter, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim diteruskan dengan keadaan Pakatan Rakyat dalam tekanan paling teruk dalam pembentukannya. Taib Mahmud dijulang wira, pemimpin Sarawak sepanjang hayat.

2) Jika BN menang 48-62 kerusi

Pilihanraya umum tetap dipanggil tahun ini, keputusan lebih berwaspada dalam isu harga minyak. Taib Mahmud bertahan 1 penggal lagi.

3) Jika BN menang 36-47 kerusi (gagal majoriti 2/3)

Pilihanraya umum dipanggil lebih lewat (mungkin 2012/2013) bagi memulihkan semula reputasi BN, harga minyak dikekalkan, PR kekal bermotivasi bagi menghadapi saingan dari BN. Tokoh BN lain bakal dilantik Ketua Menteri.

Oh tidak, melayanglah lagi wang rakyat jika SNAP menang di banyak kerusi.

4) Jika BN menang juga, tetapi tanpa majoriti mudah

Keadaan ini hanya akan berlaku jika ada sambutan seimbang terhadap BN, SNAP, serta Pakatan Rakyat. SNAP bakal bergabung dengan BN pada harga bidaan tertinggi dalam sejarah, dengan kompromi memastikan tokoh SNAP dilantik Ketua Menteri. Kepimpinan BN bakal kusut menghadapi tuntutan parti komponen.

5) Jika Pakatan Rakyat menang??? Perkara ini tidak lagi mustahil.

BN akan cuba melewatkan pilihanraya umum ke-13, dengan Pakatan Rakyat memberikan lebih tekanan bagi mempercepatkan proses pilihanraya umum. Selcat Sarawak bakal ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan dana rakyat. Dana Khas Sarawak bakal ditubuhkan pada Belanjawan 2012, bagi memperbaiki infrastruktur di Sarawak bagi meraih semula hati rakyat.

Begitu indah jika perkara ke-5 itu yang menjadi kenyataan.

Kita serahkan kepada rakyat Sarawak untuk memilih kemungkinan mana yang disukai mereka. Kita doakan supaya mereka diberikan petunjuk ke arah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Pilihanraya Sarawak: Biarkan rakyat memilih. April 7, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
2 comments

Pertandingan sengit di Sarawak.

Penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak sudah terlaksana semalam. Nampaknya akan ada pertandingan tiga penjuru di merata tempat, dengan Pakatan Rakyat tidak sebulu dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari segi pembahagian kerusi, manakala wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula oleh parti ada pula yang bertanding sebagai calon bebas.

Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun.

Ada yang mengatakan perkembangan ini tidak sihat, kerana terlalu banyak pertandingan akan memberikan kelebihan kepada BN yang diketuai Ketua Menteri sekarang, Taib Mahmud.

Saya melihat kecenderungan untuk sesetengah pihak yang tidak begitu berpengaruh di peringkat nasional untuk cuba mendapatkan populariti sementara, mungkin juga ganjaran daripada pihak tertentu dengan cara memecahkan undi.

Apabila undi dipecahkan, sudah tentulah kelebihan menyebelahi BN, yang nampaknya berkemungkinan besar akan terus berkuasa dengan majoriti 2/3 di Sarawak, menjadikannya kekal dengan reputasi “deposit tetap” bagi Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, penamaan calon telah selesai. Kini, parti bertanding akan mencuba meraih perhatian rakyat seluruhnya menerusi saluran-saluran yang ada. Sekali lagi, kelebihan kepada BN yang menguasai media serta talian komunikasi, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat pedalaman.

Namun, kelebihan kepada BN bukan bermakna kemenangan itu sesuatu yang pasti. Misalnya jika benar-benar Ketua Menteri sekarang yang tidak disukai, sudah tentunya parti yang diwakilinya akan terpalit sama dengan persepsi buruk tersebut.

Rakyat Sarawak, undilah sesiapa sahaja yang anda berkenan. Ini hak anda, 16 April 2011, hadirkanlah diri anda.

Sebenarnya kita sendiri pun tidak akan dapat menjangka apa yang ada dalam fikiran rakan-rakan di Sarawak, kerana kita di semenanjung sudah tentu punya pandangan dan cara pemikiran yang berbeza.

Biarkanlah sesiapa pun bebas bertanding. Jika benar sesebuah parti itu sudah mendapat sokongan kuat, sudah tentu pengundi akan memilihnya, dan kemenangan untuknya. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat sewajarnya berusaha segigih mungkin untuk mencapai tahap itu.

Kami para penulis blog akan cuba menggunakan peluang dan ruang terhad ini untuk membantu.

Pilihan Raya Kecil, tak sudah-sudah! Januari 20, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Hari ini, politik negara dikejutkan lagi dengan berita kerusi-kerusi dewan negeri yang dijangkakan akan kosong kerana masalah wakil rakyat sakit tenat, meninggal dunia dan tidak berupaya menghadiri sidang dewan.

Kempen pilihanraya kecil Tenang, Johor sedang berlangsung, Speaker Dewan Negeri Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang kerana wakil rakyat uzur untuk hadir sidang dewan, manakala ADUN Merlimau, Melaka sakit tenat selepas dilanda serangan jantung.

PDRM terpaksa berbelanja besar dalam setiap pilihanraya kecil, terutama tuntutan perjalanan anggota.

13 pilihanraya kecil telah dilangsungkan selepas Pilihanraya Umum ke-12 Mac 2008. Pelbagai sebab menjadikan pilihanraya kecil terpaksa diadakan, namun punca utamanya:- wakil rakyat meninggal dunia.

Ya, kita bukannya Tuhan untuk menentukan ajal maut seseorang. Malah orang muda yang kelihatan sihat, belum tentu sebenarnya sihat dan mungkin menyembunyikan penyakit yang dihadapi. Namun dengan bantuan teknologi moden, keupayaan kesihatan manusia sekarang dapat diukur dan dikenalpasti.

Projek mi segera paling terkenal, dibina untuk pilihanraya 2008 dan SUKMA, bumbung utama runtuh pada 2009.

Pilihanraya kecil sebenarnya memang bagus bagi pembangunan ekonomi kawasan yang mengalaminya, kerana curahan projek-projek mi segera, kebanjiran petugas-petugas pilihanraya parti dan SPR, selain daripada tumpuan masyarakat yang terarah kepada permasalahan di kawasan-kawasan pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil juga, baik sebagai barometer untuk menentukan sokongan rakyat kepada parti-parti politik. 13 pilihanraya kecil, menyaksikan perubahan mendadak terhadap pola pengundian, ada kalanya menguntungkan kerajaan, ada kalanya pembangkang yang beroleh keuntungan.

Malangnya, manfaat daripada pilihanraya kecil, serupa dengan pakej-pakej rangsangan ekonomi di zaman gawat, hanya berkesan untuk masa singkat. Misalnya RM60 bilion rangsangan ekonomi 2009, hanya berkesan untuk jangka singkat dan lambat, cuma kelihatan pada peringkat awal 2010 sebelum perlahan di penghujungnya.

 

Rakyat Sibu mengundi dalam keadaan banjir melanda.

Begitu juga dengan pilihanraya kecil, rangsangan ekonomi juga kepada kawasan yang dipertandingkan, namun juga singkat, jauh lebih singkat kerana kesunyian yang akan dirasai sesudahnya pilihanraya kecil berlangsung.

Selain itu, yang akan menjadi mangsa juga keluarga wakil rakyat yang meninggal dunia. Kerap kali diajukan media mengenai kawasan-kawasan pilihanraya kecil, dilaporkan seolah mundur, perlu lebih bantuan, seolah wakil rakyat sebelumnya tidak berusaha pula.

Contoh terdekat, Belia 4B yang merupakan sebahagian inisiatif UMNO, beliakah Presidennya ini?

Pilihanraya kecil juga dilihat sebagai hasil kedegilan kepimpinan parti bagi memberikan peluang golongan muda memimpin di peringkat paling rendah. Kerap kali, veteran yang kian tidak berupaya tetap dilantik menjadi wakil rakyat, dengan generasi muda jarang sekali dapat merasa peluang menyokong calon muda.

 

Azahar Ibrahim, calon BN pilihanraya kecil Tenang. Bekas penolong pegawai daerah.

Mujurlah, nampaknya ada perubahan bermula pilihanraya kecil DUN Tenang ini. Kedua-dua parti PAS dan BN mempertandingkan calon muda yang berusia di bawah 40 tahun, masing-masing telah membuktikan kewibawaan di usia muda.

Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan, bukan sekadar bagi mengurangkan beban kempen pilihanraya kecil, malah bagi menyuntik semangat baru dalam politik tanah air supaya meraih perhatian golongan muda bukan sekadar untuk menyokong, tetapi menyumbang secara aktif pada pilihanraya, bukan hanya memasang poster di tiang jalan.

ADUN yang tak boleh diharap, baik oleh BN dan PR. Dilantik, tak mahu hadir sidang.

Semoga wakil-wakil rakyat muda nanti, tanpa gagal menghadiri serta berbahas dalam sidang dewan, bukannya ambil cuti sakit memanjang seperti ADUN Kota Siputeh dan Pelabuhan Klang!

P/S: Tulisan ini bukan untuk mengayat bagi jadi calon PRU-13 atau 14, Kelapa Muda masih belum berparti. Buah hati sendiri pun tak berapa berkenan jika saya jadi ahli politik sepenuh masa.

Kebangkitan anak muda Tunisia. Bilakah giliran kita? Januari 19, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
4 comments

Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.

Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.

Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.

Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.

Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-

Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya. Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.

17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.

Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?

Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.

Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.

Mewakili Tunisia dalam persidangan utama, walaupun tidak dilantik. Serupa macam Rosmah.

Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.

 

Kebangkitan anak muda Tunisia. Kita kelihatan masih leka, penuh hedonisme. Buktikan saya salah.

Kini, Tunisia sedang melalui siri-siri perubahan politik yang pastinya menyakitkan, namun dengan rakyat sebagai pembuat keputusan utama.

Pasangan NR, Najib dan Rosmah.

Pertama:- Jika Tunisia ada Ben Ali dan Leila, Malaysia ada Najib dan Rosmah. Kedua-duanya menyeleweng dana negara pada kadar yang amat besar. Juga, isteri mereka memainkan peranan yang giat sebagai Wanita Pertama, dan kerap kali mewakili negara dalam mesyuarat-mesyuarat penting.

 

Mangsa kekejaman dan kerakusan sesetengah anggota Polis.

Kedua:- Jika Tunisia punya insan berani seperti Bouazizi, kita ada Teoh Beng Hock, dan Aminulrasyid Amzah yang telah terkorban kerana tindakan tidak adil pihak penguasa undang-undang. Bezanya, kita belum lagi cukup berani untuk menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Ketiga:- Penguasa Tunisia menghalang para graduan dan usahawan muda daripada berniaga, dan meletakkan pelbagai peraturan permit yang rumit. Sedangkan perniagaan milik pendatang asing dibiarkan sahaja.

Larangan berniaga oleh Majlis Perbandaran Kajang. Apa benda ini? Pakatan Rakyat sila peka.

Cukup banyak persamaan kita di Malaysia dengan Tunisia rupanya. Cuma di mata kita sekarang, kelihatan negara kita seolah-olah lebih demokratik dan liberal, padahal hakikatnya sama sahaja.

Kita pandang ke arah pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan, ramai yakin bahawa ianya bakal menjadi pilihanraya paling sengit, di mana peluang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menang dan membentuk kerajaan adalah seimbang.

Betul ke peluang seimbang? Kita periksa faktor-faktor yang menentukan peluang kemenangan dalam pilihanraya:-

Ambil contoh laporan Kosmo, nampaknya awal-awal ditulis Beng Hock jatuh! Boleh percaya ka?

Kebebasan media: TV, Radio dan akhbar dimiliki oleh kelompok-kelompok yang rapat dengan Barisan Nasional. Permit radio dan TV tidak dibenarkan bagi parti pembangkang.

Pengadil pilihanraya: SPR Malaysia, kerap kali dilihat berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada BN, perkara ini kelihatan setiap kali pilihanraya kecil. Penetapan hari pilihanraya, kerap kali bagi memberi keselesaan kepada calon dan pemimpin BN.

Institusi pentadbiran kerajaan: Jentera pentadbiran kerajaan persekutuan, semuanya digerakkan bagi membantu kempen Barisan Nasional. Staf-staf kerajaan juga berat sebelah dan tidak cekap, kerana dipilih berdasarkan kesetiaan mematuhi perintah kerajaan, bukannya kerana rekod yang cemerlang. Contoh terbaik, Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baharu, yang tunggang langgang bahasa Inggerisnya.

Ayat popular anak muda kita.

Kesedaran generasi muda: Budaya hedonisme menyebabkan golongan muda jauh daripada perhatian terhadap isu-isu penting negara. Kerap kali, walau apa yang berlaku, hanya satu perkataan terpacul di mulut mereka. “Whateverrrrr!”. Barang naik, kerja tak ada, gaji tak cukup, pun tak mengapa.

Kepada yang bermimpi dan amat yakin dengan kemungkinan Pakatan Rakyat untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13, ingatlah pesan daripada Presiden UMNO, Najib Razak:-

“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,”

Najib Razak, Perhimpunan Agung UMNO 2010. (Petikan UMNO Online)

Pesan daripada seorang bakal diktator. Kita lawan, pastikan dia berundur!

 

Rentetan Kemalangan : Peluang Perniagaan. Ogos 27, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Bukan setakat orang biasa, Mitsubishi Evolution PDRM pun kemalangan juga tau! (P/S: Sport Rim macam Proton Savvy.)

Pernahkah anda terlibat dalam kemalangan jalan raya? Jika tidak, mungkin sedikit pengalaman boleh mendedahkan kepada anda, kepincangan sistem di negara kita yang mana membolehkan ramai pihak memperoleh untung daripada tragedi kemalangan jalan raya.

Lupakan soal keselamatan jalan raya, kerana tiada sesiapapun yang mengambil berat selain organisasi berkaitan, dek kerana manfaat yang boleh diperoleh daripada setiap kemalangan yang berlaku.

1) Polis.

Mereka merupakan tempat untuk para mangsa mahupun dipanggil sebagai pengguna jalan raya melaporkan kemalangan, agar tuntutan insurans dapat dilakukan. Namun, tahukah anda, bahawa laporan kemalangan jalan raya bahawa laporan polis hanya boleh dibuat di balai terpilih sahaja?

Sebenarnya PDRM mempunyai sistem laporan kemalangan jalan raya, yang memerlukan mangsa hanya membuat laporan di balai polis yang dilengkapi dengan sistem itu sahaja. Malangnya, senarai balai polis yang mempunyai kemudahan tersebut tidak disediakan dalam laman web rasmi PDRM, www.rmp.gov.my

Keadaan ini menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa mencari sendiri balai polis yang menerima laporan kemalangan jalan raya, dan ini sebenarnya memberikan peluang lain buat pengendali trak tunda.

Sedang menunggu masa untuk melunaskan saman PDRM akibat kemalangan baru-baru ini.

Tidak lupa juga, walau apa pun sebab mahupun keadaan luaran yang menjadi punca kemalangan, dalam kebanyakan kes, pemandu juga yang akan dikenakan saman tanpa kompromi. RM300, sila sediakannya sebelum dihukum oleh mahkamah.

2) Pengendali trak tunda.

Sebilangan mereka akan bersiap sedia di lokasi yang dijangka kerap berlaku kemalangan, untuk “memberikan bantuan” apabila diperlukan. Bantuan yang dimaksudkan, pastinya memerlukan bayaran, dan bayaran haruslah dilunaskan untuk setiap perjalanan yang dilakukan menerusi trak tunda, antaranya dari lokasi kemalangan/kerosakan ke balai polis, seterusnya daripada balai polis ke bengkel panel insurans.

Untuk pengetahuan juga, pengendali-pengendali trak tunda ini juga akan bersiap sedia di balai-balai polis, dan kelibat mereka sukar dibezakan dengan polis yang bertugas. Malah, ramai daripada mereka berbual-bual dan rapat dengan anggota-anggota polis yang menjalankan tugas walaupun arahan jelas terpampang supaya pengendali bengkel/trak tunda tidak memasuki kawasan pentadbiran polis.

Proton i-Care, are they really care? Mengarut sahaja perkara ini, Proton tetap begitu, dulu, kini, selamanya.

Kepada pemandu Proton, patahkan sahaja kad Daring Club anda kerana ianya tidak pun memberikan bantuan kerosakan mahupun kemalangan seperti diiklankan. Lagipun semua servisnya dikenakan bayaran, yang memang mahal untuk satu kerja baik pulih kecil.

Sekali lagi saya ulang, patahkan sahaja kad Daring Club anda. Ianya tidak berguna.

3) Adjuster insurans.

Tanggungjawab mereka adalah untuk menyediakan anggaran kos baik pulih kenderaan yang memohon tuntutan insurans, jadi pastinya mereka perlu bekerja dengan pantas agar proses menjadi lebih lancar untuk membolehkan kenderaan yang dituntut insurans siap segera.

4) Bengkel panel insurans.

Bantuan Ikhlas? Alhamdulillah jika percuma untuk pelanggan Takaful Ikhlas.

Mereka juga bertanggungjawab melakukan kerja-kerja baik pulih agar kenderaan kembali seperti sedia kala. Juga harus bekerja dengan cepat, memandangkan pasti banyak tuntutan insurans yang dibuat rentetan banyaknya kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita.

Biasanya ada juga bengkel panel insurans yang menyediakan khidmat trak tunda, dan ianya pastinya dengan bayaran yang biasanya akan diminta daripada tuntutan insurans.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan kewujudan kelompok-kelompok ini yang semakin ramai, siapakah lagi yang akan ambil berat soal keselamatan jalan raya??

Jalan raya lebih selamat

= Kurang kemalangan

= Kurangnya pendapatan mereka yang berkaitan.

Kurangnya kemalangan, bermaksud kurangnya perolehan saman daripada polis.

Pada tahun 2009, terdapat 397,194 kemalangan di Malaysia, menurut maklumat JKJR. Hampir 400 ribu kemalangan.

Anggap sahaja semua kemalangan akan ada saman,

400, 000 X RM300 setiap saman = RM120 juta diperoleh PDRM dari saman kemalangan sahaja.

Seterusnya, statistik PDRM juga menunjukkan 4,318,651 saman telah dikeluarkan pada 2009.

Anggap sahaja semuanya bernilai RM200 setiap satu, dengan 50% daripadanya dibayar.

2,000,000 X RM200 setiap saman = RM400 juta jumlah saman keseluruhan, kerana saman kemalangan juga sebahagian daripada jumlah lebih 4 juta saman itu.

Jika kemalangan dapat dikurangkan, bayangkan kehilangan pendapatan saman PDRM. Pastinya mereka rugi bukan?

Ya, semuanya dengan duit saman kita.

Tak lupa juga, syarikat MyEG pun tidak akan mampu membuat iklan pada setiap perlawanan bola di ESPN dengan wang saman kita.

Okey, seterusnya bandingkan jumlah kemalangan yang hampir 400,000 dengan jumlah adjuster insurans, operator trak tunda dan bengkel panel insurans di Malaysia. Pastinya semua dapat memperoleh keuntungan besar.

Memandangkan anda sekalian sudah tahu fakta ini, adakah anda terfikir bahawa mereka memperoleh keuntungan daripada tragedi yang melanda kita semua??

Ya, dan itu tidak salah di sisi undang-undang dan perlembagaan.

Salahkan diri kita sendiri jika terlibat kemalangan, kerana ianya adalah tanggungjawab kita untuk menjaga keselamatan jalan raya.

Mahu harap Polis? Polis hanya kutip saman.

Plus pandai kutip Pulus, sampai berbilion-bilion dari tol kita.

Mahu harap konsesi lebuhraya seperti Plus atau Besraya? Mereka hanya tahu PULUS, duit tol yang kita bayar. Jalan selamat atau tidak, peduli apa mereka??

Mahu harap kerajaan? Kerajaan BN mahupun PR pastinya mahu menjaga institusi dan syarikat GLC mereka.

Polis, Plus, dan Pulus, memang saling berkaitan.

Ini bukanlah kerja kerajaan, Polis, mahupun konsesi lebuhraya untuk selamatkan nyawa kita di jalan raya. Ianya adalah tanggungjawab mutlak kita semua, para pengguna jalan raya.

Jadi, mari kita semua, berusaha sebaiknya untuk elakkan kemalangan di jalan raya.

Agar nyawa kita terjaga, keluarga kita bahagia, dan selamat daripada anasir-anasir yang mahu kaut untung daripada tragedi menimpa kita.

Selamat memandu, Selamat Hari Raya.

Tak perlu hulur salam perpaduan kepada “parti dayus”. Ogos 8, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
2 comments

Agak kasar teguran Awang Selamat terhadap PAS dan pemimpin-pemimpinnya dalam kolum di Mingguan Malaysia hari ini.

Are you Muslim first, perhaps?

Beliau merujuk PAS sebagai sebuah parti yang dayus kerana menolak kerjasama dengan parti Islam seperti UMNO. Ya, Awang merujuk UMNO sebagai parti yang bertunjangkan Islam.

Mungkin Muhyiddin Yassin tersilap apabila mengakui bahawa beliau “Malay first, Malaysian second”. Mungkin jika beliau mengubah kata itu kepada “Muslim First”, PAS akan cair hati untuk menerima “salam perpaduan” daripada UMNO.

Awang memberitahu lagi bahawa UMNO sudah pun merintis kerjasama dengan pelbagai parti dengan pelbagai latar belakang semenjak penubuhannya tahun 1948 dahulu.

Diharapkan UMNO dapat meneruskannya lagi selepas ini, tariklah lagi pertubuhan-pertubuhan lain pula untuk turut serta seperti Makkal Sakthi Malaysia, memandangkan PAS sudah tidak mampu lagi untuk ditarik perhatiannya mahupun mana-mana wakil rakyatnya. Maklumlah, “parti dayus” kata mereka.

Mufti BerEtiQa

Jangan lupa, pesanlah kepada Mufti Perak a.k.a Mufti UMNO a.k.a Mutfi Panel Etiqa Takaful a.k.a Mufti BerEtiQa supaya menghentikan usaha untuk menarik “parti dayus” PAS untuk bergabung dalam BN. Sia-sia sahaja, kerana sudahlah Perak dirampas daripada seorang Menteri Besar dari PAS, partinya pula digelar “dayus” dan bermacam-macam lagi oleh pimpinan-pimpinan BN sebelum ini.

Inilah "undang-undang Islam" oleh UMNO, diiktiraf oleh Mufti BerEtiQa, Dato' Seri Harussani Zakaria.

Tidak lupa juga, pemimpin-pemimpin dan ahli PAS yang pernah digelar “militan” dan “tali barut komunis” sebelum ini, pasti tidak akan memaafkan tindakan kerajaan BN dari dahulu lagi.

Pasti pengalaman disiksa tanpa bicara sebagai tahanan “Undang-Undang Islam” ISA di “Kota Kamunting” akan diceritakan berterus-terusan dalam setiap ceramah.

Lebih baik Dato’ Seri Harussani berusaha promosikan lagi Etiqa Takaful, tempelkanlah wajah anda di setiap iklan-iklan mereka untuk lebih royalti daripada usaha sendiri, berbanding usaha membantu BN-UMNO yang makin kering duit itu!

Mesej dari Sibu: Kami mahu perubahan! Mei 18, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Antara kereta yang menyertai siri-siri perlumbaan, ialah Lamborghini ini.

Tamat Asian Festival of Speed (AFOS) di Litar Sepang, saya meluangkan masa berlegar-legar di sekitar pekan Nilai untuk mencari tempat terbaik untuk merehatkan badan. Sebelum itu, turun ke KLIA Downtown, menikmati teh 3 lapis dengan roti bakar bersama rakan-rakan Kelab Pemilik Savvy (SAVOC.net).

Memandangkan ada aktiviti seterusnya di waktu malam, antaranya ketibaan Husna dari Jakarta, kemudian sesi menonton filem Robin Hood, serta sesi berbual di mana-mana restoran yang dirasakan selesa sambil menanti waktu subuh.

Tidak selesa di Nilai, saya kembali ke Sepang, dan memutuskan untuk berehat di McDonald’s Petronas KLIA. Ramai krew dan pengurus yang saya kenali yang telah berpindah ke sana. Terkejut melihat harga yang berbeza (mahal sedikit) berbanding di Bangi DT, saya terus membeli Happy Meal.

Dengan hanya RM5.95, saya memperoleh satu Chicken Burger (bernilai RM3.15 satu), minuman saiz kecil (bernilai RM2.10 satu), kentang goreng saiz kecil (juga RM2.10 jika dibeli secara ala carte), dan paling penting, mainan paling gemuk dalam sejarah Happy Meal, iaitu Shrek! (Tidak ternilai)

Dengan lokasinya yang masih dalam kawasan KLIA, restoran ini bukanlah pilihan utama pengguna yang lebih gemar memilih untuk terus keluar dari zon KLIA menuju ke bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Seremban yang dilihat lebih menarik. Jadi, terdapatnya banyak meja yang kosong. Lebih seronok lagi, banyak plak yang boleh digunakan untuk mengecas bateri komputer riba (notebook/netbook) atau telefon bimbit.

Matlamat utama: untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh rakyat Sibu dalam pemilihan ahli parlimen baharu mereka.

Parti yang menyandang kerusi Parlimen Sibu, iaitu Barisan Nasional – SUPP mencalonkan Robert Lau Hui Yew untuk menggalas cabaran mempertahankan kerusi parlimen tersebut. Pakatan Rakyat – DAP pula mencalonkan Wong Ho Leng dalam usaha untuk memastikan BN tidak bersenang lenang dengan kemenangan demi kemenangan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Nampaknya pada tempoh kempen, persaingan seimbang berjaya diberikan oleh kedua-dua parti, manakala kehadiran calon Bebas seolah-olah tidak dirasai di sebuah kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada komuniti Cina.

BN seperti biasa menggunakan kedudukan sebagai kerajaan dengan keadaan kewangan yang tidaklah begitu selesa, namun dengan mudahnya menawarkan pakej bernilai puluhan juta ringgit, antaranya untuk sistem tebatan banjir, dan juga untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan (yang mana Sekolah Agama Rakyat pun tidak pernah memperoleh bantuan sehebat ini).

Pakatan Rakyat pula menurunkan hampir semua pemimpinnya yang datang dari Semenanjung, serta memperkenalkan ahli baharu dalam gabungannya, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Pilihanraya kecil ini merupakan salah satu peluang yang ada untuk Pakatan Rakyat meningkatkan jumlah kerusi dalam usaha menghalang BN memperoleh majoriti mutlak dua pertiga yang membenarkan mereka dengan mudahnya membuat keputusan-keputusan penting dalam parlimen tanpa sebarang cabaran.

Dengan beberapa lagi Ahli Parlimen dari PKR yang keluar parti (yang sudah sekian lama berniat untuk berbuat demikian), kelebihan Pakatan Rakyat jelas sekali makin terhakis di Dewan Rakyat. Justeru, moral mereka sebenarnya berada pada tahap yang agak rendah, dengan keadaan yang dianggap sebagai “mustahil untuk menang” seminggu sebelum hari pengundian.

Hari pembuangan undi tiba, dengan banjir melanda di sebilangan tempat, yang menyebabkan peratusan keluar mengundi tidak seperti yang diharapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Bagi warga Sibu, banjir sedemikian merupakan perkara biasa yang sudah lama dihadapi walaupun Ahli Parlimen dari BN silih berganti.

Apa yang bagus dengan gambar ini, mereka tetap tidak terlalu teruja dengan kemenangan ini. Masalah Undi Pos lebih utama untuk dihapuskan sepenuhnya.

Pada waktu petangnya, undi mula dikira. Keputusan rasmi dan tidak rasmi menunjukkan DAP menguasai kebanyakan saluran dan pusat mengundi. 95 peti undi dikira, dengan DAP mendahului sebanyak hampir 3000 undi. Yang menghairankan, undi pos belum dikira walaupun undian pos diperolehi beberapa hari lebih awal dari pasukan keselamatan (Tentera/Polis).

Kumpulan pengundi yang ada: Muda, Tua, Cina, Iban, Melanau kebanyakannya telah memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat.

Hanya satu kumpulan pengundi yang dengan setianya mengundi calon Barisan Nasional, iaitu KOMUNITI PENGUNDI POS. Sebanyak 2323 undi Pos diterima oleh BN (97 peratus), manakala calon DAP hanya menerima 70 undi Pos (2 peratus). Nampaknya inilah kumpulan “pengundi tradisional” yang dimaksudkan oleh para pemimpin BN, yang terus mengundi BN.

Pada akhirnya, keputusan diumumkan jauh lebih lewat daripada kebiasaan kerana kelewatan kiraan undi Pos. Bunyinya amat pelik di situ, sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan daripada rakan-rakan Facebook dan Twitter.

DAP memperoleh kemenangan di luar jangkaan, dengan majoriti senipis 398 undi. Pemimpin BN serta-merta mengambil penerbangan pulang ke KLIA dengan disambut hujan yang amat lebat, yang menyebabkan Maju Expressway KL-Putrajaya ditakungi air dengan teruk sepanjang perjalanan saya dari KLIA ke Mid Valley.

Pemimpin BN berbelah bahagi dalam proses perbincangan untuk penilaian semula janji-janji pilihanraya kecil Parlimen Sibu. Keadaan kewangan kerajaan yang parah, dengan magnitud bantuan yang melampau (terutamanya tebatan banjir RM5 juta yang sebenarnya sudah lama diperlukan) menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbeza pendirian dalam memutuskan bantuan kepada Sibu selepas dilanda kekalahan.

Di pihak Pakatan Rakyat, kemenangan ini sedikit sebanyak melegakan keadaan selepas kehilangan wakil dari Wangsa Maju yang menjadi Ahli Parlimen “Bebas”. Kemarahan akibat kelewatan kiraan undi Pos di Sibu, masih terasa di kotak fikiran pemimpin utama mereka. Diharapkan BERSIH dapat dihidupkan semula selepas ini, dengan matlamat utama menghapuskan konsep Undi Pos untuk digantikan dengan mekanisme lain yang lebih telus untuk mengumpul undi bagi anggota-anggota pasukan keselamatan.

Usaha ini perlu dilaksanakan secepat mungkin, dalam suasana kegembiraan dan keyakinan selepas kemenangan Sibu. Manipulasi undi Pos telah mencapai tahap amat kritikal sebenarnya, dan perlu dihentikan segera. Pos Malaysia kini bukan lagi sebuah agensi kerajaan, tetapi sudah menjadi sebuah syarikat swasta yang dipenuhi ahli lembaga pengarah yang sudah pasti hampir semuanya penyokong kuat BN yang sanggup melakukan sebarang cara untuk mempertahankan parti demi kedudukan mereka. Idea utama, bolehkah kita mempercayai sebuah syarikat swasta GLC untuk mengendalikan undi-undi tersebut?

Saya tidak percaya, terutama selepas melihat pelbagai penyelewengan berlaku dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melibatkan amaun bernilai jutaan ringgit. Untuk menyerahkan hak undi kepada mereka, jauh sekali.

Hapuskan Undi Pos, gantikan dengan konsep lain yang lebih telus. Apakah konsep yang sesuai itu? Bukan kerja saya untuk memikirkannya, tetapi ianya tugas yang perlu dipikul ahli-ahli Program Transformasi Kerajaan (GTP) terutamanya jika kempen Anti-Undi Pos mendapat sambutan hebat.

Mereka yang mengeji tidak akan membuka hati, jauh sekali memberi undi. Biarkan saja mereka. April 3, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Ada satu pemerhatian yang telah saya lakukan kepada rakan-rakan dan saudara-mara, mengenai keadaan politik semasa di negara kita.

Jelas sekali, ramai yang sudah kian jemu dan kecewa dengan keadaan yang dianggap semakin buruk, dan taraf hidup yang tidak juga meningkat, walaupun sudah melaksanakan tanggungjawab menjayakan perubahan pada 8 Mac 2008, iaitu dua tahun yang lalu.

Sebilangan penyokong UMNO kini kelihatan kecewa dengan gagasan 1Malaysia, yang dikatakan menutup peluang mereka untuk meneruskan perniagaan dengan seribu satu keistimewaan, dan kerisauan tentang tuntutan daripada komuniti bukan Melayu yang kelihatan seolah-olah sukar untuk ditolak oleh kerajaan sekarang.

Hee Yit Foong sahaja yang bermasam muka dalam gambar ini.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat, ada juga yang kecewa dengan rentetan kehilangan wakil-wakil rakyat mereka yang menyeberang ke Barisan Nasional, mahupun menjadi “Wakil Bebas Mesra Barisan Nasional”. Pemimpin utama PR cuba mententeramkan keadaan dengan kenyataan bahawa mereka yang melompat itu, terdiri daripada golongan yang tidak berpuas hati gara-gara tidak memperoleh pangkat dan kedudukan serta peluang perniagaan. Pastinya sukar untuk melaksanakan program untuk rakyat jika tiada kedudukan sedemikian yang boleh dimanfaatkan bagi memperoleh dana bagi menjayakan program-program sedemikian.

Namun, persepsi masyarakat Melayu kini positif kepada sebuah parti, iaitu Parti Islam SeMalaysia. Kesetiaan wakil-wakil rakyat mereka dikagumi, kesederhanaan pemimpin-pemimpinnya juga disanjungi. Model pentadbiran di dua negeri, Kelantan dan Kedah dianggap sebagai berjaya, menyukarkan penembusan pengaruh BN yang dianggap penuh bermasalah serta tidak berjaya walaupun sudah 51 tahun mentadbir Kedah sebelum ini, namun akhirnya meninggalkan hutang bernilai melebihi RM2 bilion untuk ditanggung oleh pentadbiran PAS Kedah sekarang.

Walaupun begitu, PAS dicela oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana penglibatannya dalam Pakatan Rakyat, di mana setiap, partinya terpaksa berkompromi. DAP perlu menerima pentadbiran negara oleh orang Melayu dan Islam, manakala PAS pula perlu menerima pentadbiran sedemikian rupa yang masih dikatakan sekular.

Kompromi sedemikian mengecewakan penyokong setia, selain juga menjadi modal bagi mereka yang langsung tidak pernah mengundi PAS walaupun pada zaman mereka berseorangan membawa bendera perjuangan Islam di negara Malaysia ini. Walaupun berlaku pelbagai peristiwa mengejutkan, seperti tragedi Memali yang mengorbankan tokoh PAS, pada asasnya ketika itu orang Melayu Islam masih tidak dapat melihat, jauh sekali mahu mengundi PAS yang terang-terangan menjadikan Islam sebagai perjuangan tanpa perlu berkompromi dengan sesiapa pun.

Bermula zaman Dr. Mahathir memerintah negara, semakin terpinggir para ulamak dalam pemerintahan negara, semakin jauh peranan Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Sekolah agama rakyat ditutup satu persatu gara-gara ketiadaan bantuan, selain peminggiran menerusi kurikulum bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Beliaulah yang mengajar sebilangan golongan muda kita untuk menghina dan mencerca golongan agama, menjadikan ulamak dipandang sebelah mata sahaja.

PAS disamakan dengan Taliban di Afghanistan dalam usaha menakut-nakutkan komuniti bukan Islam, sistem pentadbiran Islam dikatakan tidak progresif serta menghalang kemajuan negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Dengan kedudukan ulamak serta Islam yang masih dipandang serong oleh sebilangan orang Islam dan bukan Islam Malaysia, jelas sekali PAS perlu untuk menyertai satu kumpulan besar bagi membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran, selain menimba pengalaman dalam bidang pentadbiran dalam usaha memahami keperluan rakyat.

Yang mengecewakan, adalah sikap sebilangan wakil PAS dalam majlis-majlis tempatan yang masih bersikap umpama pembangkang walaupun dalam negeri yang diperintah mereka. Tindakan mempertikaikan keputusan-keputusan pentadbiran terdahulu, menyebabkan setiap mesyuarat yang hanya dijalankan pada masa singkat tidak berjaya dalam memuktamadkan keputusan-keputusan penting dan bermanfaat untuk masyarakat setempat.

Dengan sikap sebegini, nampaknya hajat PAS bagi membina sebuah negara Islam yang sebenar mungkin masih jauh lagi, gara-gara pandangan serong daripada masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Seharusnya para wakil-wakil PAS dalam pentadbiran perlulah bersikap lebih progresif, serta memberi komitmen sebaiknya bagi meningkatkan imej parti di mata masyarakat.

Tentang penglibatan dalam Pakatan Rakyat, biarkanlah yang tidak mengerti terus mengkritik membuta tuli, walaupun sekali tak pernah memberi undi walau apa pun platform sokongan yang diambil. Ahli-ahli akan tetap mengerti, dan memahami betapa banyak manfaat yang diperolehi dengan penglibatan dalam Pakatan Rakyat, kerana buat pertama kalinya, PAS boleh bermimpi untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran negara Malaysia, di kala kemungkinan tersebut kelihatan tidak logik beberapa tahun yang lalu.

Juara Rakyat? Januari 11, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Baru-baru ini muncul kempen daripada UMNO, dinamakan Juara Rakyat yang bertujuan mendekati rakyat dan memahami isi hati mereka. Kempen diadakan di seluruh negara dengan tema yang pelbagai, yang sebenarnya sudah bermula semenjak tahun lalu lagi. Minggu yang sudah di Bukit Sentosa, Rawang.

Pengisiannya semacam dengan program JomHeboh TV3, namun disesuaikan dengan kehendak masyarakat di mana tiadanya konsert artis-artis ternama (memandangkan pada masa yang sama majoritinya membuat persembahan mahupun dijemput ke Anugerah Juara Lagu ke-24). Sebagai ganti, diadakan konsert nasyid dan Forum Perdana Ehwal Islam. Tahniah atas perubahan tersebut.

Program yang ada cuba mengetengahkan dasar-dasar dan perancangan masa hadapan agensi-agensi kerajaan beserta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau ringkasnya GLC. Program sebegini akan diteruskan di lebih banyak negeri, terutamanya yang dikuasai Pakatan Rakyat sebagai cubaan untuk meraih semula kepercayaan.

Untuk membantu UMNO dan BN serta kerajaan untuk lebih berjaya dalam menarik hati rakyat, disenaraikan beberapa isu yang perlu diperhalusi dan diteliti agar sebarang perubahan (jika sempat dilakukan) dapat dilakukan. Sekurang-kurangnya ada juga legasi cemerlang jika berlaku perubahan kerajaan di masa hadapan. Bukan hanya sekadar kempen yang menghabiskan air liur.

1) Minyak petrol RON95: Bapa saya (yang mana seorang penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional) telah mengakui bahawa minyak RON95 diperkenalkan kerajaan sebagai gantian kepada RON97, telah menjejaskan prestasi enjin dan penggunaan minyak turut meningkat, termasuk pada kereta baru Toyota Vios beliau, keluaran tahun 2009 dengan enjin VVT-i terbaharu. Keadaan ini juga berlaku kepada ramai rakan-rakan dan saudara-mara. Nasib baik saya tinggal di Kajang, dapat menggunakan V-Power Shell yang tidak dinaikkan harganya untuk memanjakan enjin Proton Savvy saya (keluaran Renault, D4F) , dan lebih ketara keunggulannya ke atas prestasi enjin dan penjimatan minyak.

Cadangan untuk menyelesaikan masalah bahanapi di Malaysia-

  • Kurangkan cukai jalan untuk kenderaan diesel, pada masa yang sama ubah gred diesel kepada yang lebih baik iaitu Euro 4 (50 ppm) segera tanpa perbezaan harga dengan gred sekarang Euro 2M. Diesel Euro 4M terbukti lebih mesra alam termasuklah jika dibandingkan dengan petrol.
  • Galakkan pengeluaran kenderaan standard diesel Euro 4M yang lebih mesra alam dan jimat penggunaan.
  • Standard emisi petrol di Malaysia yang kini hanya memenuhi piawaian Euro 2 juga perlulah dipertingkatkan kepada Euro 4 untuk tujuan serupa tanpa peningkatan harga tidak mengira berapa RONnya. India kini semakin cepat beranjak ke Euro 4 selepas Euro 3 beberapa tahun lalu. Kita bagaimana? Masih mahu bangga dengan NGV ke?

Mekanisme cukai GST.

2) Hentikan cadangan pengenalan GST: Mungkin pelbagai usaha yang dilakukan untuk menjelaskan rasional pengenalan GST ini, namun rakyat biasa tetap akan melihat jika ada penambahan beban hidup yang sedia ada akibat daripada pengenalan ini. Apakah mungkin nanti penyokong BN juga akan jauh hati kepada parti sendiri? Sila kambus semula “kubur”  yang sedang digali.

Cadangan untuk meningkatkan dana kerajaan:-

  • Perangi rasuah tanpa mengira magnitud. Jika kes rasuah RM2000 boleh ada soal siasat SPRM hingga 3 pagi, sudah tentu keperluan lebih mendesak untuk kes kehilangan RM100 bilion (rujuk Che Det) mahupun RM250 bilion (rujuk Badawi), termasuk juga RM500 juta (rujuk Scorpene).
  • Fikirkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kontraktor dan kroni. Tiada masalah dengan kroni jika mereka cemerlang dalam kerja dan tidak korup. Contoh terbaik ialah MISC ketika dimiliki oleh Mokhzani Mahathir sebelum krisis kewangan Asia, ketika itu cemerlang dengan pelan pengembangan serata dunia, kita memang seronok. Masih adakah seronok itu jika tiba-tiba diselamatkan dengan wang rakyat, dan dengan senang lenangnya Mokhzani lepas daripada beban hutang? (Untuk perhatian, saya amat gembira dengan kecekapan CIMB Bank, milik Nazir Razak, adik kepada PM kita.)
  • Hapuskan mark-up harga tender dan pembekalan kerajaan. Jika komputer riba berharga RM3000 di Low Yat dibeli kerajaan pada harga RM6000, bukankah itu kerugian? (Sewaktu Tingkatan Dua dulu saya menyangka kerajaan membeli produk pada harga murah selepas membaca artikel “Economy of Scale”. Rupanya ianya tidak seindah itu walau betapa banyaknya yang dibeli oleh kerajaan kita daripada para pembekal.

    Terjemahan: Facebook ialah sebuah "Utiliti Sosial" yang menghubungkan anda dengan orang sekeliling anda.

3) Bekalkan secukupnya keperluan asas berterusan kepada rakyat: Namewee pernah “mengamuk” kepada staf Tenaga Nasional yang dilihat melepak di pejabat di kala seluruh pekan Muar bergelap. Sedangkan Facebook pun sudah jadi “Utiliti Sosial”, apatah lagi bekalan elektrik yang penting untuk hidup rakyat yang selesa.

Cadangan untuk memperbaiki mutu hidup rakyat:-

  • Sediakan lebih banyak tempat letak kereta untuk kawasan perumahan, di samping pengangkutan awam yang efisien. Barulah rakyat yang susah boleh gembira naik Rapid, serta Proton dan Perodua dapat meningkatkan jualan ke tahap semaksimanya kerana lalu lintas yang lebih terkawal.
  • Tingkatkan keupayaan Internet di Malaysia dengan rangkaian HSBB (Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi) berwayar, 3G, HSDPA dan WiMAX seluruh negara dengan kadar segera untuk memberi variasi kepada rakyat dan menggalakkan persaingan sihat antara penyedia perkhidmatan Internet, bukan setakat kempen iklan provokasi yang tidak ke mana antara para ISP.
  • Tumpukan usaha membekalkan elektrik berterusan ke seluruh negara, termasuk luar bandar. 2020 tidak jauh lagi, hanya 10 tahun. (Zaman kecil dahulu, saya membayangkan sesuatu yang dahsyat, hebat dan seronok berlaku pada tahun tersebut, dengan gambaran betapa modennya zaman tersebut.)
  • Perbaiki mutu jalan raya Malaysia, terutama yang berlubang, mendap (seperti di Kampung Dulang Besar,  Yan, Kedah menghala ke rumah nenek bekas kekasih saya) dan tidak selamat. Kasihan para penunggang motosikal yang seolah-olah menanti bahaya untuk tiba.

Nampak mungkin seolah-olah saya demanding di sini, namun tiada salahnya sebagai rakyat yang menuntut hak untuk keperluan asas bukan? Jika tiga aspek ini dapat ditangani, tidak syak lagi BN akan jadi juara di hati saya.

Namun setakat ini, maaf diberikan kerana di hati saya, BN masih loser dengan keegoan yang tidak pernah surutnya.

Lagu "Pergi" memenangi AJL 24, memang menusuk jiwa. Foto mStar.

BN, UMNO. Masing-masing People’s Loser. Aizat juga juara saya, tahniah kerana menang Anugerah Juara Lagu 24.