jump to navigation

Firefly kurangkan destinasi penerbangan, langkah merugikan hasil kerjasama MAS-AirAsia. September 24, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Syarikat penerbangan Firefly telah menutup beberapa penerbangan, yang menggunakan pesawat B737 yang menghubungkan KLIA ke destinasi-destinasi di Sarawak. Untuk pengetahuan, perkhidmatan Firefly ke Sarawak hanya bermula semenjak Mei lalu bagi laluan Johor Bahru – Kuching, manakala Sibu – Kuala Lumpur bermula Julai lalu dengan Firefly berjanji untuk menambahkan kekerapan penerbangan sebelum hujung tahun.

Juga akan ditutup adalah laluan Kuching – Kuala Lumpur, yang juga baru dimulakan Januari lepas. Penerbangan Firefly ke Kota Kinabalu dan Sandakan tetap diteruskan. Ramai yang mengeluh di atas penutupan penerbangan-penerbangan ke Sarawak tersebut. Difahamkan pentadbir laman Facebook Firefly telah memadamkan pelbagai komen dari pelanggan yang berang dengan penutupan laluan secara tiba-tiba dengan notis terlalu singkat.

Karikatur muka hadapan Utusan yang telah diubahsuai.

Biro Ekonomi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), komponen utama BN Sarawak turut mengecam tindakan penutupan laluan ini kerana dibimbangi akan mengurangkan kehadiran pelancong ke Sarawak dari dua bandaraya di Semenanjung tersebut.

Ketua Parti Tindakan Demokratik (DAP) Labuan, Lau Seng Kiat pula berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak wajar mempunyai perkhidmatan penerbangan sendiri “Borneo Airways” kerana kebergantungan yang tinggi oleh kedua-dua negeri ini terhadap pengangkutan udara.

Hal ini berikutan pertukaran saham antara Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mana langkah ini dipersalahkan sebagai punca Firefly, syarikat milik penuh Malaysia Airlines menutup perkhidmatan B737-nya dan hanya menumpukan kepada perkhidmatan turboprop di Semenanjung.

AirAsia makin berkembang, dan kerjasama dengan MAS akan meningkatkan lagi keuntungan di pihak AirAsia dari segi persaingan harga yang tidak lagi berlaku.

Bagi menyediakan penerbangan kawasan serantau, sebuah penerbangan baru dengan perkhidmatan penuh akan diwujudkan, iaitu Sapphire Air, hasil rangka kerjasama antara Malaysia Airlines – AirAsia. Sapphire akan mengambil alih semua kapal terbang jet milik Firefly dan juga dari Malaysia Airlines yang menyediakan penerbangan domestik dan serantau.

Pengenalan penerbangan baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan kakitangan Malaysia Airlines. Dari sejumlah 15,000 kakitangan, 80% daripada tenaga kerja Malaysia Airlines akan dipindahkan ke Sapphire, dibimbangi dengan manfaat dan syarat yang berbeza dari sedia ada.

Penglibatan beliau dalam usaha menjaga kebajikan pekerja MAS, mampu memberikan pulangan undi yang besar pada pilihanraya nanti.

Kebimbangan tersebut mendorong mereka mendapatkan kerjasama mantan Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, yang akan membawa isu kebajikan kakitangan Malaysia Airlines ke Parlimen yang akan bersidang. Setakat ini, Malaysia Airlines kerugian RM769 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2011.

MAS terus berada dalam kerugian, di manakah silapnya?

Kakitangan Malaysia Airlines tidak wajar menanggung kerugian akibat kesilapan di pihak pengurusan, begitu juga rakyat Malaysia sebagai pelanggan yang kecewa dengan pengwujudan kartel dalam industri penerbangan tempatan, yang bakal terus merugikan rakyat yang harus membayar lebih mahal untuk pengangkutan udara di masa hadapan.

Analisis kemungkinan keputusan P’raya Sarawak 2011. April 15, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Sengaja imej pertama sebegini, bagi menarik mereka yang masih bersama BN.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa “Gelombang Biru” sedang melanda negeri Sarawak menjelang pilihanraya 16 April 2011.

Kita tidak pasti adakah ianya biru gelap – BN – masa depan terus gelap, atau biru cerah – PKR, PAS, DAP. Kenyataannya itu boleh membawa pelbagai makna.

“Gelombang Biru” yang dimaksudkan mungkin lebih sesuai dirujuk kepada gangguan terhadap laman-laman web parti pembangkang dan media alternatif. Yang sudah menjadi mangsa, Radio Free Sarawak, HarakahDaily, MalaysiaKini.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Gelombang yang dimaksudkan juga, boleh merujuk kepada pengalihan isu yang tiba-tiba dilakukan oleh media paling mesra-BN, TV3. Temubual yang sudah 2 bulan diperam bersama blogger Raja Petra tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi. Namun, hikmah sebalik peristiwa, isu pembunuhan Altantuya menjadi perhatian semula selepas cuba dikuburkan kerajaan.

Selain itu, gelombang itu juga boleh merujuk kepada sentimen anti-semenanjung yang cuba dinyalakan oleh jentera Taib Mahmud, tanpa menyedari bahawa dia adalah pemimpin yang turut kepada semua arahan dari pemimpin UMNO/BN dari Semenanjung.

Rakyat Sarawak ditakutkan dengan kehadiran pemimpin pembangkang semenanjung yang kononnya mahu mempergunakan rakyat Sarawak. Mungkin rakan-rakan warga Sarawak yang berada di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, wajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah dipergunakan oleh pemimpin mereka, dan sudah tentu di Sarawak begitu juga jika mereka berkuasa dan tiba-tiba menang pada 16 April.

Barangan keluaran Tupperware memang berkualiti tinggi. Alah berebut, menang memakai.

Permainan sentimen kenegerian sebegini sebenarnya merbahaya untuk jangka panjang dari aspek perpaduan Malaysia. Entah ke mana 1Malaysia itu dicampak, mungkin jawapannya ada pada botol-botol Tupperware yang direbutkan oleh orang-orang yang daif di sana.

Mujurlah, cara berpolitik orang Sarawak yang tidak begitu menerima kehadiran staf-staf Persekutuan, mahupun ahli politik kerajaan/petugas BN dari Semenanjung, mampu memastikan pengundian esok selamat daripada ancaman mereka yang tidak berhak, namun mahu juga mengundi bagi memenangkan kerajaan sedia ada.

Kita boleh menjangkakan pengundian esok selamat daripada unsur-unsur penipuan, kerana ianya pastinya mudah untuk dikesan, dengan penerangan meluas mengenai cara-cara mengelakkan pengesanan undi atau penipuan undi menerusi video-video yang dimuat naik di YouTube.

Harus kita ingat, dalam pilihanraya yang telus, sebenarnya cukup payah untuk BN mengekalkan kemenangan yang sudah lama diperolehi menerusi pelbagai helah sebelum ini.

Seluruh Malaysia teruja untuk menantikan keputusan pilihanraya negeri Sarawak Sabtu, 16 April 2011. Namun rujukan mudah untuk peristiwa yang bakal berlaku selepas pilihanraya ini:-

Jika menang lebih besar, Taib bakal menjadi orang paling berkuasa di Malaysia biarpun hanya Ketua Menteri sebuah negeri.

1) Jika BN menang lebih besar, 63 kerusi ke atas

Pilihanraya umum akan dipanggil selepas Aidilfitri, harga petrol “terpaksa” dinaikkan kepada RM2/liter, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim diteruskan dengan keadaan Pakatan Rakyat dalam tekanan paling teruk dalam pembentukannya. Taib Mahmud dijulang wira, pemimpin Sarawak sepanjang hayat.

2) Jika BN menang 48-62 kerusi

Pilihanraya umum tetap dipanggil tahun ini, keputusan lebih berwaspada dalam isu harga minyak. Taib Mahmud bertahan 1 penggal lagi.

3) Jika BN menang 36-47 kerusi (gagal majoriti 2/3)

Pilihanraya umum dipanggil lebih lewat (mungkin 2012/2013) bagi memulihkan semula reputasi BN, harga minyak dikekalkan, PR kekal bermotivasi bagi menghadapi saingan dari BN. Tokoh BN lain bakal dilantik Ketua Menteri.

Oh tidak, melayanglah lagi wang rakyat jika SNAP menang di banyak kerusi.

4) Jika BN menang juga, tetapi tanpa majoriti mudah

Keadaan ini hanya akan berlaku jika ada sambutan seimbang terhadap BN, SNAP, serta Pakatan Rakyat. SNAP bakal bergabung dengan BN pada harga bidaan tertinggi dalam sejarah, dengan kompromi memastikan tokoh SNAP dilantik Ketua Menteri. Kepimpinan BN bakal kusut menghadapi tuntutan parti komponen.

5) Jika Pakatan Rakyat menang??? Perkara ini tidak lagi mustahil.

BN akan cuba melewatkan pilihanraya umum ke-13, dengan Pakatan Rakyat memberikan lebih tekanan bagi mempercepatkan proses pilihanraya umum. Selcat Sarawak bakal ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan dana rakyat. Dana Khas Sarawak bakal ditubuhkan pada Belanjawan 2012, bagi memperbaiki infrastruktur di Sarawak bagi meraih semula hati rakyat.

Begitu indah jika perkara ke-5 itu yang menjadi kenyataan.

Kita serahkan kepada rakyat Sarawak untuk memilih kemungkinan mana yang disukai mereka. Kita doakan supaya mereka diberikan petunjuk ke arah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Amaran buat Pakatan Rakyat, khas dari rakyat Australia, Amerika Syarikat dan Jepun. November 7, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Benar, Pakatan Rakyat merupakan gabungan 4 parti pembangkang Malaysia. Bukan hak rakyat Jepun, Amerika mahupun Australia.

Namun, pengalaman dialami 3 negara maju ini boleh dijadikan teladan kepada sebuah pakatan yang bakal bertanding buat pertama kalinya dalam pilihanraya umum Malaysia sebagai sebuah gabungan bersama yang berkongsi satu platform yang sama.

3 negara yang saya senaraikan, merupakan negara-negara yang mengalami perubahan politik dari tempoh 2007-2009, dan dilihat sedang mengalami kesan buruk daripada perubahan tersebut, dengan tuntutan rakyat yang semakin meningkat gara-gara sikap mereka yang kian kritikal terhadap pentadbiran kerajaan.

Keadaan yang dialami mereka juga adalah kesan daripada kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan baru masing-masing yang menyangka mandat rakyat merupakan lesen kepada mereka untuk membuat sebarang keputusan yang diyakini akan diterima rakyat.

Australia: Kuasa industri perlombongan, pertukaran pemimpin tanpa restu rakyat

Kevin Rudd yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dari Disember 2007 memperoleh sokongan cukup popular dari rakyat. Parti Buruh Australia berjaya memenangi pilihanraya umum dengan usahanya untuk merapatkan hubungan antara kaum selain matlamat untuk memperbaiki kualiti alam sekitar Australia menerusi kawalan perlombongan.

Populariti Rudd terus kekal, walaupun mengalami sedikit kejatuhan. Beliau berjaya bertahan dalam krisis ekonomi global, dengan Australia berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonominya. Namun, cadangan beliau untuk cukai keuntungan industri perlombongan telah memadamkan keyakinan terhadap beliau dalam kalangan wakil rakyat Parti Buruh.

Dalam sekelip mata, Australia menerima seorang Perdana Menteri wanita yang kemudiannya membubarkan parlimen untuk pilihanraya baru. Dalam pilihanraya umum 2010, Julia Gillard tidak mampu mengekalkan sokongan yang diperoleh Kevin Rudd sebelumnya, namun masih dapat bertahan dengan sokongan ahli parlimen bebas.

Amerika Syarikat: Obama dihormati dunia, ditolak rakyat sendiri

Barack Obama merupakan seorang ikon yang begitu diraikan di seluruh dunia kerana tema perubahan yang dibawa, selain daripada matlamatnya untuk menamatkan peperangan yang dibawa oleh Presiden sebelumnya George W. Bush.

Usahanya memperoleh sokongan daripada komuniti antarabangsa, namun isu di negaranya sendiri menyaksikan parti Demokrat beliau tumpas dalam pilihanraya umum 2010.

Rakyat yang kehilangan pekerjaan tidak dapat menerima reformasi kesihatan yang berjaya dilakukan dengan kos yang amat mahal, yang sebenarnya cukup untuk membolehkan kadar pengangguran dikurangkan selepas krisis subprima yang menggegarkan dunia sebelum Obama menjadi Presiden.

Nampaknya sebarang usaha membuat keputusan oleh pentadbiran Obama selepas ini akan mengalami tentangan hebat dari Republikan yang menguasai Kongres, cenderung mengkritik setiap keputusan yang dilakukan pentadbiran Obama semenjak hari pertama.

Jepun: Letak jawatan kerana menghormati janji

Yukio Hatoyama berjaya menamatkan pentadbiran Parti Liberal Demokrat (LDP) sejak sekian lamanya pada pilihanraya umum 2009. Pelbagai perubahan polisi dilakukan, antaranya pelbagai insentif untuk rakyat selain daripada usaha memperbaiki hubungan luar.

Namun kesilapan berlaku apabila Hatoyama tidak menepati satu janji yang dibuat gara-gara keselamatan negara. Janji untuk menutup pengkalan tentera Amerika di Okinawa tidak dapat ditepati kerana kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan rantau Asia Timur akibat daripada tragedi kapal selam Korea Selatan yang karam, dipercayai dilakukan oleh Korea Utara.

Menyedari populariti yang pudar, Hatoyama mengikuti amalan tradisi Jepun, iaitu meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Naoto Kan.

Kesimpulan

Untuk memenangi pilihranraya umum dan menumpaskan Barisan Nasional memanglah satu kerja yang sukar, namun bagi mengekalkan populariti memerlukan usaha lebih gigih dan perlu dilakukan tanpa jemu dan dengan penuh kesabaran.

Pertukaran kuasa jika berlaku, akan melahirkan kumpulan rakyat yang lebih kritikal terhadap kerajaan, dan menyedari betapa besar kuasa dimiliki rakyat.

Dalam usaha melakukan reformasi, pihak-pihak yang perlu didengar pandangan mereka bukan sahaja rakyat biasa, malah ahli parti dan kumpulan industri haruslah diyakinkan.

Ahli partilah yang menentukan kepimpinan parti, selain pihak industri yang memberikan pekerjaan kepada rakyat dan kadang kala menyumbangkan dana bagi kempen parti politik.

Dasar-dasar yang ingin diperkenalkan haruslah diperhalusi bagi memastikan sokongan seramai mungkin pihak. Pastinya usaha ini lebih sukar dilakukan dengan keadaan ekonomi yang belum menjanjikan masa depan cerah.

Paling penting, negara ini memerlukan satu perubahan sistem yang menyeluruh. Itu sudah pasti.

Mesej dari Sibu: Kami mahu perubahan! Mei 18, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Antara kereta yang menyertai siri-siri perlumbaan, ialah Lamborghini ini.

Tamat Asian Festival of Speed (AFOS) di Litar Sepang, saya meluangkan masa berlegar-legar di sekitar pekan Nilai untuk mencari tempat terbaik untuk merehatkan badan. Sebelum itu, turun ke KLIA Downtown, menikmati teh 3 lapis dengan roti bakar bersama rakan-rakan Kelab Pemilik Savvy (SAVOC.net).

Memandangkan ada aktiviti seterusnya di waktu malam, antaranya ketibaan Husna dari Jakarta, kemudian sesi menonton filem Robin Hood, serta sesi berbual di mana-mana restoran yang dirasakan selesa sambil menanti waktu subuh.

Tidak selesa di Nilai, saya kembali ke Sepang, dan memutuskan untuk berehat di McDonald’s Petronas KLIA. Ramai krew dan pengurus yang saya kenali yang telah berpindah ke sana. Terkejut melihat harga yang berbeza (mahal sedikit) berbanding di Bangi DT, saya terus membeli Happy Meal.

Dengan hanya RM5.95, saya memperoleh satu Chicken Burger (bernilai RM3.15 satu), minuman saiz kecil (bernilai RM2.10 satu), kentang goreng saiz kecil (juga RM2.10 jika dibeli secara ala carte), dan paling penting, mainan paling gemuk dalam sejarah Happy Meal, iaitu Shrek! (Tidak ternilai)

Dengan lokasinya yang masih dalam kawasan KLIA, restoran ini bukanlah pilihan utama pengguna yang lebih gemar memilih untuk terus keluar dari zon KLIA menuju ke bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Seremban yang dilihat lebih menarik. Jadi, terdapatnya banyak meja yang kosong. Lebih seronok lagi, banyak plak yang boleh digunakan untuk mengecas bateri komputer riba (notebook/netbook) atau telefon bimbit.

Matlamat utama: untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh rakyat Sibu dalam pemilihan ahli parlimen baharu mereka.

Parti yang menyandang kerusi Parlimen Sibu, iaitu Barisan Nasional – SUPP mencalonkan Robert Lau Hui Yew untuk menggalas cabaran mempertahankan kerusi parlimen tersebut. Pakatan Rakyat – DAP pula mencalonkan Wong Ho Leng dalam usaha untuk memastikan BN tidak bersenang lenang dengan kemenangan demi kemenangan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Nampaknya pada tempoh kempen, persaingan seimbang berjaya diberikan oleh kedua-dua parti, manakala kehadiran calon Bebas seolah-olah tidak dirasai di sebuah kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada komuniti Cina.

BN seperti biasa menggunakan kedudukan sebagai kerajaan dengan keadaan kewangan yang tidaklah begitu selesa, namun dengan mudahnya menawarkan pakej bernilai puluhan juta ringgit, antaranya untuk sistem tebatan banjir, dan juga untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan (yang mana Sekolah Agama Rakyat pun tidak pernah memperoleh bantuan sehebat ini).

Pakatan Rakyat pula menurunkan hampir semua pemimpinnya yang datang dari Semenanjung, serta memperkenalkan ahli baharu dalam gabungannya, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Pilihanraya kecil ini merupakan salah satu peluang yang ada untuk Pakatan Rakyat meningkatkan jumlah kerusi dalam usaha menghalang BN memperoleh majoriti mutlak dua pertiga yang membenarkan mereka dengan mudahnya membuat keputusan-keputusan penting dalam parlimen tanpa sebarang cabaran.

Dengan beberapa lagi Ahli Parlimen dari PKR yang keluar parti (yang sudah sekian lama berniat untuk berbuat demikian), kelebihan Pakatan Rakyat jelas sekali makin terhakis di Dewan Rakyat. Justeru, moral mereka sebenarnya berada pada tahap yang agak rendah, dengan keadaan yang dianggap sebagai “mustahil untuk menang” seminggu sebelum hari pengundian.

Hari pembuangan undi tiba, dengan banjir melanda di sebilangan tempat, yang menyebabkan peratusan keluar mengundi tidak seperti yang diharapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Bagi warga Sibu, banjir sedemikian merupakan perkara biasa yang sudah lama dihadapi walaupun Ahli Parlimen dari BN silih berganti.

Apa yang bagus dengan gambar ini, mereka tetap tidak terlalu teruja dengan kemenangan ini. Masalah Undi Pos lebih utama untuk dihapuskan sepenuhnya.

Pada waktu petangnya, undi mula dikira. Keputusan rasmi dan tidak rasmi menunjukkan DAP menguasai kebanyakan saluran dan pusat mengundi. 95 peti undi dikira, dengan DAP mendahului sebanyak hampir 3000 undi. Yang menghairankan, undi pos belum dikira walaupun undian pos diperolehi beberapa hari lebih awal dari pasukan keselamatan (Tentera/Polis).

Kumpulan pengundi yang ada: Muda, Tua, Cina, Iban, Melanau kebanyakannya telah memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat.

Hanya satu kumpulan pengundi yang dengan setianya mengundi calon Barisan Nasional, iaitu KOMUNITI PENGUNDI POS. Sebanyak 2323 undi Pos diterima oleh BN (97 peratus), manakala calon DAP hanya menerima 70 undi Pos (2 peratus). Nampaknya inilah kumpulan “pengundi tradisional” yang dimaksudkan oleh para pemimpin BN, yang terus mengundi BN.

Pada akhirnya, keputusan diumumkan jauh lebih lewat daripada kebiasaan kerana kelewatan kiraan undi Pos. Bunyinya amat pelik di situ, sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan daripada rakan-rakan Facebook dan Twitter.

DAP memperoleh kemenangan di luar jangkaan, dengan majoriti senipis 398 undi. Pemimpin BN serta-merta mengambil penerbangan pulang ke KLIA dengan disambut hujan yang amat lebat, yang menyebabkan Maju Expressway KL-Putrajaya ditakungi air dengan teruk sepanjang perjalanan saya dari KLIA ke Mid Valley.

Pemimpin BN berbelah bahagi dalam proses perbincangan untuk penilaian semula janji-janji pilihanraya kecil Parlimen Sibu. Keadaan kewangan kerajaan yang parah, dengan magnitud bantuan yang melampau (terutamanya tebatan banjir RM5 juta yang sebenarnya sudah lama diperlukan) menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbeza pendirian dalam memutuskan bantuan kepada Sibu selepas dilanda kekalahan.

Di pihak Pakatan Rakyat, kemenangan ini sedikit sebanyak melegakan keadaan selepas kehilangan wakil dari Wangsa Maju yang menjadi Ahli Parlimen “Bebas”. Kemarahan akibat kelewatan kiraan undi Pos di Sibu, masih terasa di kotak fikiran pemimpin utama mereka. Diharapkan BERSIH dapat dihidupkan semula selepas ini, dengan matlamat utama menghapuskan konsep Undi Pos untuk digantikan dengan mekanisme lain yang lebih telus untuk mengumpul undi bagi anggota-anggota pasukan keselamatan.

Usaha ini perlu dilaksanakan secepat mungkin, dalam suasana kegembiraan dan keyakinan selepas kemenangan Sibu. Manipulasi undi Pos telah mencapai tahap amat kritikal sebenarnya, dan perlu dihentikan segera. Pos Malaysia kini bukan lagi sebuah agensi kerajaan, tetapi sudah menjadi sebuah syarikat swasta yang dipenuhi ahli lembaga pengarah yang sudah pasti hampir semuanya penyokong kuat BN yang sanggup melakukan sebarang cara untuk mempertahankan parti demi kedudukan mereka. Idea utama, bolehkah kita mempercayai sebuah syarikat swasta GLC untuk mengendalikan undi-undi tersebut?

Saya tidak percaya, terutama selepas melihat pelbagai penyelewengan berlaku dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melibatkan amaun bernilai jutaan ringgit. Untuk menyerahkan hak undi kepada mereka, jauh sekali.

Hapuskan Undi Pos, gantikan dengan konsep lain yang lebih telus. Apakah konsep yang sesuai itu? Bukan kerja saya untuk memikirkannya, tetapi ianya tugas yang perlu dipikul ahli-ahli Program Transformasi Kerajaan (GTP) terutamanya jika kempen Anti-Undi Pos mendapat sambutan hebat.

Mereka yang mengeji tidak akan membuka hati, jauh sekali memberi undi. Biarkan saja mereka. April 3, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Ada satu pemerhatian yang telah saya lakukan kepada rakan-rakan dan saudara-mara, mengenai keadaan politik semasa di negara kita.

Jelas sekali, ramai yang sudah kian jemu dan kecewa dengan keadaan yang dianggap semakin buruk, dan taraf hidup yang tidak juga meningkat, walaupun sudah melaksanakan tanggungjawab menjayakan perubahan pada 8 Mac 2008, iaitu dua tahun yang lalu.

Sebilangan penyokong UMNO kini kelihatan kecewa dengan gagasan 1Malaysia, yang dikatakan menutup peluang mereka untuk meneruskan perniagaan dengan seribu satu keistimewaan, dan kerisauan tentang tuntutan daripada komuniti bukan Melayu yang kelihatan seolah-olah sukar untuk ditolak oleh kerajaan sekarang.

Hee Yit Foong sahaja yang bermasam muka dalam gambar ini.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat, ada juga yang kecewa dengan rentetan kehilangan wakil-wakil rakyat mereka yang menyeberang ke Barisan Nasional, mahupun menjadi “Wakil Bebas Mesra Barisan Nasional”. Pemimpin utama PR cuba mententeramkan keadaan dengan kenyataan bahawa mereka yang melompat itu, terdiri daripada golongan yang tidak berpuas hati gara-gara tidak memperoleh pangkat dan kedudukan serta peluang perniagaan. Pastinya sukar untuk melaksanakan program untuk rakyat jika tiada kedudukan sedemikian yang boleh dimanfaatkan bagi memperoleh dana bagi menjayakan program-program sedemikian.

Namun, persepsi masyarakat Melayu kini positif kepada sebuah parti, iaitu Parti Islam SeMalaysia. Kesetiaan wakil-wakil rakyat mereka dikagumi, kesederhanaan pemimpin-pemimpinnya juga disanjungi. Model pentadbiran di dua negeri, Kelantan dan Kedah dianggap sebagai berjaya, menyukarkan penembusan pengaruh BN yang dianggap penuh bermasalah serta tidak berjaya walaupun sudah 51 tahun mentadbir Kedah sebelum ini, namun akhirnya meninggalkan hutang bernilai melebihi RM2 bilion untuk ditanggung oleh pentadbiran PAS Kedah sekarang.

Walaupun begitu, PAS dicela oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana penglibatannya dalam Pakatan Rakyat, di mana setiap, partinya terpaksa berkompromi. DAP perlu menerima pentadbiran negara oleh orang Melayu dan Islam, manakala PAS pula perlu menerima pentadbiran sedemikian rupa yang masih dikatakan sekular.

Kompromi sedemikian mengecewakan penyokong setia, selain juga menjadi modal bagi mereka yang langsung tidak pernah mengundi PAS walaupun pada zaman mereka berseorangan membawa bendera perjuangan Islam di negara Malaysia ini. Walaupun berlaku pelbagai peristiwa mengejutkan, seperti tragedi Memali yang mengorbankan tokoh PAS, pada asasnya ketika itu orang Melayu Islam masih tidak dapat melihat, jauh sekali mahu mengundi PAS yang terang-terangan menjadikan Islam sebagai perjuangan tanpa perlu berkompromi dengan sesiapa pun.

Bermula zaman Dr. Mahathir memerintah negara, semakin terpinggir para ulamak dalam pemerintahan negara, semakin jauh peranan Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Sekolah agama rakyat ditutup satu persatu gara-gara ketiadaan bantuan, selain peminggiran menerusi kurikulum bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Beliaulah yang mengajar sebilangan golongan muda kita untuk menghina dan mencerca golongan agama, menjadikan ulamak dipandang sebelah mata sahaja.

PAS disamakan dengan Taliban di Afghanistan dalam usaha menakut-nakutkan komuniti bukan Islam, sistem pentadbiran Islam dikatakan tidak progresif serta menghalang kemajuan negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Dengan kedudukan ulamak serta Islam yang masih dipandang serong oleh sebilangan orang Islam dan bukan Islam Malaysia, jelas sekali PAS perlu untuk menyertai satu kumpulan besar bagi membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran, selain menimba pengalaman dalam bidang pentadbiran dalam usaha memahami keperluan rakyat.

Yang mengecewakan, adalah sikap sebilangan wakil PAS dalam majlis-majlis tempatan yang masih bersikap umpama pembangkang walaupun dalam negeri yang diperintah mereka. Tindakan mempertikaikan keputusan-keputusan pentadbiran terdahulu, menyebabkan setiap mesyuarat yang hanya dijalankan pada masa singkat tidak berjaya dalam memuktamadkan keputusan-keputusan penting dan bermanfaat untuk masyarakat setempat.

Dengan sikap sebegini, nampaknya hajat PAS bagi membina sebuah negara Islam yang sebenar mungkin masih jauh lagi, gara-gara pandangan serong daripada masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Seharusnya para wakil-wakil PAS dalam pentadbiran perlulah bersikap lebih progresif, serta memberi komitmen sebaiknya bagi meningkatkan imej parti di mata masyarakat.

Tentang penglibatan dalam Pakatan Rakyat, biarkanlah yang tidak mengerti terus mengkritik membuta tuli, walaupun sekali tak pernah memberi undi walau apa pun platform sokongan yang diambil. Ahli-ahli akan tetap mengerti, dan memahami betapa banyak manfaat yang diperolehi dengan penglibatan dalam Pakatan Rakyat, kerana buat pertama kalinya, PAS boleh bermimpi untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran negara Malaysia, di kala kemungkinan tersebut kelihatan tidak logik beberapa tahun yang lalu.

Hassan Ali tidak bersalah, hanya kaedah yang beliau tersilap. September 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
add a comment

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali telah menegur Selcat, sebuah suruhanjaya siasatan penyelewengan kerajaan lama negeri Selangor agar tidak terlalu menekan dalam kaedah siasatan mereka, yang dikatakan sebagai menjatuhkan maruah penjawat awam.

Tiada ragu-ragu, Pakatan Rakyat tetap utuh dan kukuh. Jangan rosakkannya.

Tiada ragu-ragu, Pakatan Rakyat tetap utuh dan kukuh. Jangan rosakkannya.

Pada asasnya, tidak salah untuk menegur. Memang itu falsafah Pakatan Rakyat, yang dikatakan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua. Teguran seperti yang diberikan oleh Hassan memang dialu-alukan, kerana perkara sedemikian dapat menunjukkan semangat permuafakatan yang tinggi, di mana teguran itu tidak dianggap sebagai penghinaan kepada pihak yang ditegur.

Namun, kita juga mempersoalkan, mengapakah Hassan bertindak menggunakan media massa arus perdana untuk meluahkan pandangan tersebut? Beliau Exco negeri Selangor, pada bila-bila masa boleh ketemu atau menghubungi Menteri Besar, Exco lain atau pun pengerusi Selcat sendiri.

Tidakkah beliau sedar bahawa media massa dimiliki oleh parti lawan, sedangkan yang dimiliki oleh pihak sendiri, hanyalah Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini, Warta Darul Aman yang tidak tersebar meluas. Selain itu, terdapat media seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang tidak berpihak.

Jadi, teguran yang lembut ke atas sahabat boleh di”hiperbola”kan sebagai satu hentaman atau ancaman untuk keluar daripada gabungan, seperti komen susulan oleh Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman kemudiannya bahawa PAS tidak akan teragak-agak untuk keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apakah yang sedang PAS Selangor lakukan? Menggali kubur sendiri, atau membuktikan pengaruh dalam Pakatan Rakyat kepada masyarakat Melayu yang segelintirnya masih ragu-ragu? Saya yakin PAS tidak bodoh sehingga mahu gali kubur sendiri. Namun, saya yakin dengan idea kedua, iaitu untuk menarik orang Melayu untuk terus meninggalkan Barisan Nasional yang semakin punah.

Namun, PAS haruslah berhati-hati dalam permainan ini, dan tidak terperangkap dengan dakyah media massa, elakkan daripada tindakan kontroversial yang boleh menimbulkan syak wasangka masyarakat berbilang bangsa. Jika mahu menegur, janganlah tambahkan dengan ancaman mahu keluar daripada Pakatan, sebaliknya tunjukkanlah kematangan dalam setiap tindakan.

Menang DAP Kedah pernah melakukan ancaman serupa, namun saya rasa PAS lebih matang dalam mengambil tindakan. Lagipun masalah di Kedah dengan DAP telah selesai dengan pertemuan Ustaz Azizan Abdul Razak dengan Lim Kit Siang. Mengapa pendekatan sebegini tidak dipraktikkan di Selangor oleh Hassan Ali?

Kita berharap agar Hassan Ali lebih bertimbang rasa dalam memberikan komen, memandangkan idea beliau untuk negeri Selangor memang bernas. Lihatlah tindakan yang pernah dilakukan beliau, antaranya inisiatif untuk melindungi umat Islam daripada arak, yang mana dilihat berjaya mengekang gejala minum arak yang tidak diambil tindakan sepanjang pentadbiran terdahulu oleh Barisan Nasional.

Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terus teguh, dan memberikan manfaat kepada rakyat secara berterusan seperti yang berlaku sekarang. Tahniah atas kejayaan pentadbiran selama setahun, pastikan kualiti pentadbiran sentiasa diperbaiki kepada yang lebih baik dari hari ke hari.

Cadangan untuk Perak yang telah dipandang remeh. September 7, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Baca tulisan pada kain rentang tersebut. Tulisan ini mendorong saya untuk menulis topik ini. Dalam tulisan ini, saya akan memberi cadangan untuk diambil tindakan oleh kerajaan baru Perak pimpinan Dr. Zambry Abdul Kadir.

Cadangan ini telah saya lontarkan kepada seorang ahli UMNO yang mendakwa dirinya punya hubungan rapat dengan atasan, dan sudi berbincang dan bermuzakarah dengan saya dan rakan-rakan.

Namun, cadangan ini ditolaknya mentah-mentah, mendedahkan betapa tertutupnya minda ahli UMNO yang belajar di Sunway University College yang hebat itu. Saya pun tawar hati untuk menyertai “muzakarah” itu.

Menurut kain rentang ini, Zambry memperolehi sokongan rakyat Perak.

Namun, sokongan ini tidak secara rasmi daripada rakyat. Hanya kerana 3 ADUN lompat dan menyokong BN, bukannya masuk komponen BN pun.

Nampaknya pelan yang gagal kerana Lawatan Sambil Belajar ke Taiwan yang asalnya ingin dibuat ke China, namun tak sempat kerana masalah visa. Siapa mahu berikan hujah konon lawatan Taiwan itu lawatan kerja?? Tegakkan benang basah anda.

Nampaknya pelan yang gagal kerana "Lawatan Sambil Belajar" ke Taiwan yang asalnya ingin dibuat ke China, namun tak sempat kerana masalah visa. Siapa mahu berikan hujah konon lawatan Taiwan itu "lawatan kerja"?? Tegakkan benang basah anda.

Pelan 16 September Anwar Ibrahim juga turut disertai oleh pilihanraya Parlimen bagi memperoleh mandat baru daripada rakyat agar memangkah Pakatan Rakyat secara langsung. Jadi tidak adil untuk membandingkan rampasan kuasa Perak dengan rancangan 16 September yang gagal itu.

Sokongan yang ada haruslah diterjemahkan dalam bentuk undi daripada rakyat Perak sendiri. Dengan ini, mereka pasti rasa dimuliakan dan gembira dengan tindakan kerajaan baru BN yang sudi meminta mandat lebih besar dan kukuh daripada rakyat Perak.

1) 53% pengundi Perak telah memilih PAS, PKR dan DAP, hanya 47% memilih BN. Itu data Pilihanraya Umum ke-12.

Di sini memang nampak BN seolah-olah menang, kerana mereka adalah satu entiti berbanding tiga parti lainnya yang bertanding secara berasingan pada Pilihanraya Umum ke-12. Namun selepas plihanraya itu, mereka membentuk Pakatan Rakyat, yang mana dalam proses untuk menjadi sebuah parti rasmi.

Mohonlah restu rakyat melalui pilihanraya DUN Perak, bukan dengan memalukan diri sendiri dengan terus memerintah dengan sandaran 3 ADUN lompat.

Mohonlah restu rakyat melalui pilihanraya DUN Perak, bukan dengan memalukan diri sendiri dengan terus memerintah dengan sandaran 3 ADUN lompat.

Lagipun, nampaknya tiada parti pun yang memperolehi majoriti mudah iaitu 50%, kerana Pakatan Rakyat pun tidak memperoleh majoriti, memandangkan pilihanraya ditandingi secara berasingan.

Menurut kain rentang di atas, sebenarnya hanya majoriti mudah iaitu melebihi 50% diperlukan oleh Zambry Abdul Kadir, iaitu dari segi undi popular untuk menyokong kenyataan di kain rentang itu. Sekarang sudah ada 47%, tambah sikit saja lagi.

Manakala majoriti mudah kerusi DUN perlu diperolehi untuk mendapatkan kerajaan yang kukuh, iaitu 30 daripada 59 kerusi, yang diharapkan kesemua kerusi ini dimenangi oleh calon yang bertanding atas tiket Barisan Nasional, menggunakan logo dacing.

Saya rasa perkara ini tidak susah untuk dilakukan pun, kerana sokongan yang terjamin daripada rakyat. Lagipun dengan polis, kakitangan kerajaan yang setia bersama BN, tugas memenangi Perak dengan undi majoriti 50%, malah 2/3 akan terlaksana.

2) Nizar Jamaluddin dituduh sebagai boneka DAP.

Inilah gabungan penipu bangsa Melayu. Sanggup mainkan perkauman semata-mata kerana wang. Di manakah maruah anda?

Inilah gabungan penipu bangsa Melayu. Sanggup mainkan perkauman semata-mata kerana wang. Di manakah maruah anda?

Adalah sangat penting untuk BN menghapuskan kerjaya politik Nizar, dengan memastikan beliau dan kumpulan Pakatan Rakyat tidak dapat bersuara terus selepas kekalahan pada pilihanraya DUN negeri Perak nanti. Lagipun keadaan sekarang dengan Nizar masih seorang ADUN dianggap “merbahaya kepada kuasa Melayu di negeri Perak”.

Dari sini dapatlah BN bekerja dengan lebih bersemangat dan bermotivasi tanpa gangguan, dan Polis di sana juga boleh kembali berehat dan berlatih untuk menjaga keselamatan negara.

Dengan tuduhan ini juga, teramatlah penting untuk kerajaan BN sekarang membubarkan DUN Perak sebagai langkah segera sebelum Nizar melebarkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan mengalahkan BN dengan teramat teruk pada pilihanraya umum nanti, akhirnya “kuasa Melayu tergugat” seperti yang dituduh oleh UMNO. Apakah mereka sanggup melihat perkara sedemikian?

3) Kos untuk mengadakan pilihanraya.

Memandangkan pilihanraya DUN Perak merupakan suatu permintaan yang datang daripada Pakatan Rakyat, peruntukan untuk mengadakannya boleh diminta daripada mereka dengan nisbah 50% Pakatan, 50% Barisan. Dengan ini, wang rakyat tidak akan disentuh walau sedikit pun, menenggelamkan kerisauan mengenai pembaziran dana awam.

Sediakan jangkaan kos, dan bentangkan kepada Nizar dan Zambry. Kemudian, berikan masa untuk kedua-dua gabungan mengumpulkan dana untuk pilihanraya.

Mereka inilah Melayu dan Cina yang bangsat, dulu bergaduh, sekarang bersatu-padu untuk menipu semua bangsa.

Mereka inilah Melayu dan Cina yang bangsat, dulu bergaduh, sekarang bersatu-padu untuk menipu semua bangsa. Tiong King Sing, memang sudah jadi "king" dalam BN sekarang.

BN seperti biasa boleh meminta sumbangan derma daripada Kuala Dimensi, UEM Group, dan pelbagai lagi syarikat. Manakala Pakatan pula akan turut meminta sumbangan daripada korporat yang prihatin, rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.

Tentang kain rentang, bendera, pamphlet dan pelbagai lagi, semuanya ditanggung oleh parti masing-masing. Dengan penyelesaian sebegini, ada lagi sebarang persoalan tentang dana rakyat?

4) Perkenan Sultan.

Buat kali pertama dalam sejarah Kesultanan Melayu selepas Merdeka, seorang Sultan sebuah negeri menyampaikan kerisauan tentang penggunaan dana rakyat. Ini merupakan suatu petanda yang bagus di mana selepas ini, kita semua boleh membayangkan tindakan lebih berhemah daripada Sultan dalam menguruskan dana rakyat.

Inilah kereta milik Tengku Mahkota Johor yang rajin mencemar duli mengembara seluruh negeri.

Inilah kereta milik Tengku Mahkota Johor yang rajin mencemar duli mengembara seluruh negeri.

Inilah yang dikatakan “revolusi institusi diraja”, di mana Sultan amat prihatin dengan rakyat, diharapkan keprihatinan itu berkekalan dan dijalankan secara istiqamah, terutama di bulan Ramadhan di mana umat Islam, termasuk golongan diraja diseru supaya bersederhana dalam segala tindakan.

Mahu anggap ini “penghinaan kepada institusi diraja”? Terpulang kepada fikiran bijak anda.

Dua wanita cantik bergambar bersama kereta Rolls-Royce Sultan Kedah. Nampaknya, bergambar sahajalah yang mampu dilakukan. Sultan prihatin wang rakyat.

Dua wanita cantik bergambar bersama kereta Rolls-Royce Sultan Kedah. Nampaknya, bergambar sahajalah yang mampu dilakukan. Sultan prihatin wang rakyat.

Jadi segala isu yang menghalang pilihanraya DUN Perak daripada diadakan sudah diselesaikan jika empat perkara ini dapat diambil perhatian dan tindakan. Tiada lagi alasan, yang penting rakyat Perak yang sudah jemu melihat halusinasi daripada BN dan PR ingin memberikan penilaian mereka.

Cukuplah BN berhalusinasi bahawa Zambry memperoleh sokongan rakyat Perak, tanpa bukti yang sah. Cukuplah PR berhalusinasi bahawa Nizar itu masih Menteri Besar dan Pakatan masih berkuasa. Semuanya harus dikembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan mereka, demi kebahagiaan mereka dalam negeri yang indah lagi kaya raya, Perak Darul Ridzuan.

Benarkah rugi RM200 juta? Ogos 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
7 comments

Menteri yang pernah saya ceritakan dalam tulisan beberapa bulan lalu, Raja Nong Chik, telah memberitahu media bahawa kerugian daripada Himpunan Mansuhkan ISA adalah berjumlah RM200 juta, dan tuntutan sejumlah RM20 juta daripada peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah diterima.

Jumlah itu, saya sendiri tidak pasti. Namun yang paling penting adalah tujuan tulisan saya hari ini, yang ingin menggambarkan apa yang akan berlaku jika campur tangan pihak Polis FRU tidak berlaku.

Bayangan saya, adalah keadaan ketika konsert atau pesta diadakan di Kuala Lumpur. Ketika itu, akan ramailah peniaga yang akan membuka gerai bergerak masing-masing. Ada yang akan menjual air, makanan, keropok, rokok, atau pun kad tambah nilai atau top-up telefon bimbit.

Hasil dari limpahan pengunjung perhimpunan yang berseronok bersama rakan-rakan baharu, banyak kedai yang akan mendapat limpahan pendapatan, terutama daripada para peserta program himpunan yang mengambil kesempatan membeli-belah selepas program tamat.

Lumrah demonstrasi, para peserta pasti akan merasa penatnya selepas berjaya berarak ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong tercinta. Jadi, pastinya medan-medan selera akan dipenuhi oleh pengunjung, satu lagi tambahan pendapatan akan diperolehi.

Persoalan seterusnya, adakah demonstrasi di Malaysia ini memudaratkan?

Kita sorot sejarah semula.

Tahun 1967, golongan guru-guru berdemonstrasi untuk meminta kerajaan menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, berbanding Bahasa Inggeris yang diwarisi daripada penjajah Inggeris dahulu. Ini merupakan satu usaha menyemarakkan kemerdekaan negara kepada seluruh cara hidup rakyat di Malaysia, termasuk dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan lebih menyeluruh. Akhirnya kerajaan memberikan respon positif kepada tuntutan guru-guru ini.

Benar, majlis ini ada unsur komunisme apabila kata-kata daripada Mao Tze Tung digunakan di salah satu kain rentang. Namun, baca pula kain rentang seterusnya: Perjuangan menentang imperialisme British-Amerika. Inilah yang diingini oleh semua bangsa ketika itu.

Tahun 1969, demonstrasi 13 Mei 1969 telah menghasilkan satu model pengurusan ekonomi baru, iaitu Dasar Ekonomi Baru yang membawa manfaat kepada semua bangsa, berbanding dasar lama yang menyebabkan para pemodal Inggeris terus menguasai ekonomi negara daripada rakyat Malaysia berbilang bangsa. Walaupun dasar tersebut kini sudah dipinggirkan oleh kerajaan, kita tidak boleh menafikan manfaat dasar tersebut pada peringkat permulaannya sebelum ianya menjadi satu liabiliti kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

1974, demonstrasi pelajar yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan tokoh-tokoh pelajar yang lain telah meningkatkan kesedaran masyarakat dan kerajaan kepada masalah kebuluran di Baling akibat daripada pertempuran antara pihak kerajaan dan komunis ketika itu yang menyebabkan rakyat di sana seumpama semut yang terhimpit di tengah-tengah pergaduhan antara dua ekor gajah.

1998, gerakan Reformasi untuk menuntut keadilan untuk Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA kerana kononnya mengancam keselamatan negara menjadi asas kepada sistem dwi-parti sekarang, dan meningkatkan profil antarabangsa Anwar Ibrahim, selain membuka ruang kerjasama antara tiga parti pembangkang, PAS, PKR dan DAP yang membentuk Barisan Alternatif pada 1999 yang gagal pada 2001, seterusnya Pakatan Rakyat pada 2008 yang berjaya dalam mentadbir dan merobah negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Perak juga berjaya diubah oleh mereka walaupun pentadbiran dirampas pada Februari 2009.

2007: Dua demonstrasi besar menghiasi Jubli Emas 50 tahun negara Malaysia. Himpunan Bersih berjaya menyedarkan rakyat dan kerajaan untuk mengubah sistem pilihanraya Malaysia kepada yang lebih adil, walaupun hasilnya belum kelihatan di pihak SPR yang tiba-tiba membatalkan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum Ke-12. Himpunan HINDRAF berjaya membuka mata masyarakat terhadap masalah yang melanda masyarakat India Malaysia, dan selepas itu pelbagai langkah dilakukan bagi membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup dan penguasaan ekonomi.

2009: Himpunan Mansuhkan PPSMI berjaya menghimpunkan Sasterawan Negara dalam menuntut hak asasi rakyat untuk menggunakan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Walaupun tindakan agak lambat, akhirnya kerajaan memperkenankan permintaan masyarakat berbilang bangsa untuk memansuhkan dasar dipelopori oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Terbaru, Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 mencipta sejarah sebagai sebuah demonstrasi yang berjaya menghimpunkan rakyat berbilang bangsa. Peratusan peserta bukan Melayu mengatasi demonstrasi sebelumnya, membuktikan rakyat berbilang bangsa kini berani bersuara dalam menyeru kerajaan memansuhkan akta zalim ISA. Mereka memahami bahawa kerajaan berhasrat untuk meminda akta tersebut, namun sudah hampir 50 tahun akta tersebut, sudah ramai ditahan tanpa usul periksa walaupun akhirnya dibebaskan.

Lihatlah hasil daripada demonstrasi yang berlaku, semuanya positif.  Tinggal demonstrasi 13 Mei yang ganas, dan bantuan Polis pastinya dapat memastikan keadaan sedemikian tidak berulang. Jadi, apa kata pihak pentadbir PDRM, Kementerian Dalam Negeri membuka fikiran mereka.

Fahamilah visi Perdana Menteri, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Apabila dikatakan Rakyat Didahulukan, pastinya kerajaan harus membenarkan rakyat menggunakan hak menurut Perlembagaan yang dijunjung tinggi, iaitu untuk berhimpun secara aman, hanya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Bayangkan betapa aman dan harmoninya suasana apabila Polis yang diturunkan turut membantu pergerakan rakyat yang tidak berkaitan dengan perhimpunan, dan juga para peserta perhimpunan. Dengan sekatan jalan raya menyeluruh, semua rakyat, yang mengikuti atau tidak demonstrasi, akan mengalami kesusahan dan pembaziran sumber. Itu belum ditambah dengan penggunaaan pasukan FRU tanpa batasan, yang mana ini sebenarnya menakutkan masyarakat dalam dan luar negara.

Kerajaan sekarang tinggal 3 1/2 tahun sebelum dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13. Lakukanlah perkara yang bijak, baik dan memanfaatkan kepada rakyat, daripada menyakitkan hati rakyat kebanyakan. Segalanya akan dinilai dengan teliti oleh rakyat yang semakin bijak dan pintar, terima kasih kepada peluang pembelajaran yang diberi oleh kerajaan.

Perbandingan pekerjaan: PM Malaysia dan Civil Engineer warga Malaysia Ogos 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
8 comments

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Ramai rakan-rakan saya yang membayangkan, bahawa menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah satu pekerjaan yang sangat susah.

Kata mereka, PM bekerja sangat keras, tak cukup tidur untuk memastikan kebahagiaan rakyat dan pembangunan negara berjalan dengan teratur dan lancar. PM berhempas pulas, bangun dari awal sebelum Subuh, dan tidur selepas solat Tahajud.

Jadi untuk membandingkan pekerjaan dengan PM Malaysia, berkemungkinan seorang jurutera awam atau civil engineer sesuai untuk dijadikan contoh perbandingan. Masing-masing berpelajaran tinggi dan profesional.

1)Beban kerja

PM: Memantau dan memastikan Jemaah Menteri dan Parti politik diwakili berada dalam keadaan teratur, bagi mendapatkan sokongan rakyat yang lebih mantap. Untuk memberikan setiap ucapan, ada penulis ucapan untuk memberikan impak ucapan yang lebih hebat untuk imej lebih gempak. (Contoh Dr. Munawwar Anees, penulis ucapan untuk Anwar Ibrahim, walaupun beliau belum lagi jadi PM pun…)

Civil Engineer: Perlu memantau dengan teliti setiap projek yang ditugaskan, agar perlaksanaan projek berjalan seperti dijadualkan. Selain itu, juga perlu melakukan pengukuran teliti menggunakan theodolite untuk memastikan struktur dibina tepat pada kedudukan seperti dirancang, agar struktur dapat bertahan lama. Misalnya salah satu menara daripada Menara Berkembar Petronas punya kadar kesilapan 0.01mm, terpaksa dibuat pengubahsuaian pada tingkat-tingkat terakhir untuk mengurangkan kesan kesilapan tersebut.

2) Ekonomi

PM: Mempunyai sepasukan pakar ekonomi, dari Unit Perancang Ekonomi JPM untuk memikirkan strategi dan perancangan masa hadapan ekonomi. Di samping itu, mereka akan melakukan pelbagai kajian keberkesanan dan kemunasabahan kos untuk sesuatu projek kerajaan.

KDNK tinggi ketika ekonomi bagus, sumber cukai yang berterusan, kutipan hasil keuntungan daripada Petronas dalam jualan minyak dan gas asli menjadi sumber-sumber pendapatan untuk digunakan bagi menjana ekonomi negara dan menjalankan projek-projek untuk rakyat.

Civil Engineer: Untuk meningkatkan sumber ekonomi, beliau sendiri perlu melakukan inisiatif tersendiri, antaranya mendapatkan projek yang lebih banyak untuk diuruskan, meningkatkan pengalaman dan mempunyai kenalan-kenalan yang berpengaruh dalam bidang pembinaan. Walaupun ini dilakukan, tidak banyak tambahan pendapatan yang diperolehi, kecuali increment sebanyak dalam beberapa peratus setiap setahun atau setengah tahun.

Jika seorang Civil Engineer adalah sebuah negara, beliau adalah sebuah negara dengan peningkatan pendapatan/KDNK yang sangat sedikit, misalnya hanya 2% ke 5% berbanding negara Malaysia yang mendapat KDNK yang lebih gempak di kala ekonomi bagus.

3) Tanggungjawab

Mesyuarat Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri

PM: Bertanggungjawab kepada setiap rakyat, dan juga ahli-ahli parti politik diwakili. Harus mendengar rintihan dan keluhan daripada rakyat, dan memanggil ketua-ketua jabatan/Jemaah Menteri untuk duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam masa singkat. Kemudian, orang-orang bawahan akan melaksanakan perubahan atau tuntutan yang dibuat dengan kelulusan diberi.

Jika peruntukan sudah habis, boleh sediakan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion-bilion ringgit menggunakan wang rakyat yang tidak perlu dibayar menggunakan kocek sendiri, mahupun menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut yang diperoleh dari Bank Negara atau Petronas.

Civil Engineer: Bertanggungjawab kepada majikan dan bakal penghuni atau pemilik struktur dibina. Misalnya jika membina jambatan, beliau bertanggungjawab besar agar pemandu kenderaan dapat menggunakan jambatan tersebut dengan selesa dan tenang, tanpa ancaman kepada keselamatan diri dan keluarga. Selain itu, turut bertanggungjawab kepada anak isteri dan ibu bapa di kampung, untuk membantu setakat termampu.

Jika perlu meminjam, misalnya mahu membeli sebuah kereta untuk memuatkan empat orang anak dan seorang SAHAJA isteri, harus mencari kereta yang sesuai seperti Proton Exora atau Mitsubishi Grandis dengan kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman harus dibayar sendiri, dan penjamin juga harus dicari agar kita dapat melangsaikan hutang tersebut dengan bertanggungjawab.

Sekian sahaja perbandingan. Kini penjelasan.

Namun di kubur nanti, fahamilah sendiri siapa yang harus menjawab soal siasat daripada Polis yang lebih kejam berbanding dalam video ini.

“Polis” tersebut adalah malaikat Munkar dan Nakir yang akan mempersoalkan perbuatan kita sepanjang di dunia. Sebagai Civil Engineer, beliau perlulah bersih daripada sumber-sumber kewangan yang tidak halal, misalnya rasuah daripada syarikat pembinaan untuk mengurangkan kos pada cara yang boleh membahayakan pengguna infrastruktur dibina, misalnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Walaupun wang rasuah tersebut digunakan untuk membayar wang pendahuluan Mitsubishi Grandis, bukankah lebih berkat apabila menggunakan hanya Proton Exora tanpa mengambil rasuah daripada sesiapa? Pesanan untuk diri saya juga, bakal Civil Engineer pada tahun 2012 nanti, Insya Allah.

Perdana Menteri pula, harus sangat berhati-hati. Jika di dunia ini anda berkata bahawa anda gigih membuat kerja, walaupun hasil tidak sehebat mana, semua itu akan dipersoal dengan teliti, lebih teliti dari SPRM menyoal siasat Teoh Beng Hock sehingga jam 3 pagi, sehingga orang macam saya mungkin tersangat lapar dan terus menyambar hidangan sarapan pagi KFC di Drive Thru Kajang dari jam 4 pagi.

Teoh Beng Hock baru disoal siasat sehebat itu kerana peruntukan bernilai hanya RM10,000 kepada wakil rakyat DAP,

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

misalnya Teresa Kok yang menggunakannya untuk membeli pembesar suara untuk Masjid di Kinrara, walaupun dituduh sebahagian rakyat “penagih tegar Utusan Malaysia” bahawa beliau menghalang laungan azan.

Bayangkan sahaja bagaimana seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri di dunia, disoal siasat oleh dua malaikat tersebut di akhirat? Lihat sahaja pengeluaran wang yang dibuat: Pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion, Pembinaan sebuah bandar yang sangat mahal sehingga tidak digunakan sebaiknya sehingga sekarang dan cuma jadi simbol kehebatan kejuruteraan, Projek hentian bas moden untuk rakyat, namanya gempak Plaza Rakyat (ini Anwar Ibrahim kena jawab, dia Menteri Kewangan ketika itu) dan pelbagai lagi perkara-perkara yang boleh dipertikaikan terutama di Terengganu.

Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan dari ramai, dan ramai memahami isu yang saya keluarkan ini. Sesungguhnya menjadi Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab, memang mudah.

Namun Malaikat Munkar dan Nakir tidak toleran seperti rakyat marhaen yang “memahami beban kerja” Perdana Menteri. Jadi, selepas “main goreng” sahaja jawapan kepada rakyat, cuba “goreng” sehebat itu dengan Malaikat Munkar dan Nakir. Lihat sahaja berapa hasta anda akan dipukul jatuh.

Intimidasi Berterusan! Bahagian Kedua. Julai 17, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Teoh dilihat jatuh bagunan dengan seluar yang koyak. Semua sudah melihatnya, tidakkah kita berasa curiga?

Kesudahan tragis untuk hidup seorang insan, Teoh Beng Hock, 30 tahun, dialami semalam apabila beliau jatuh dari bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau merupakan setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan, Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Pihak SPRM dikatakan selesai menyoal siasat Teoh pada jam 3.45 pagi 16 Julai 2009, namun beliau masih dilihat berada di bangunan tersebut pada jam 6 pagi hari yang sama.

Tunang Teoh Beng Huat dilindungi oleh pekerja DAP dari lensa kamera. Alangkah sedih dan tragisnya kisah cinta mereka ini.
Tunang Teoh Beng Huat dilindungi oleh pekerja DAP dari lensa kamera. Alangkah sedih dan tragisnya kisah cinta mereka ini.

Lebih malang, beliau dijadualkan untuk mendaftarkan perkahwinan beliau dengan tunang beliau sekarang (tidak diketahui namanya) pada Jumaat, 17 Julai. Teoh telah disoal siasat oleh SPRM untuk kes tuduhan penyalahgunaan dana negeri Selangor oleh wakil-wakil rakyat berbangsa Cina dari DAP dan PKR, antaranya Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Kematian Teoh mendapat respons mengejutkan, dengan ramai rakyat yang prihatin mengadakan “vigil” untuk menunjukkan kesedihan atas kematian Teoh. Terdapatnya seruan daripada sesetengah pihak agar rakyat tidak panik, tunggu hasil siasatan, dan tidak menuduh sesiapa sehingga hasil siasatan dikeluarkan.

SPRM boleh tukar nama lagi selepas ini, mungkin Sepasukan Pembunuh Rakyat Malaysia!
SPRM boleh tukar nama lagi selepas ini, mungkin Sepasukan Pembunuh Rakyat Malaysia!

Seorang daripadanya ialah Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seorang lagi yang membuat gesaan serupa ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein.

Namun, belum sempat rakyat tenang dengan permintaan dari kedua-dua menteri ini, Polis Selangor muncul dengan maklumat: Teoh Beng Hock mati mengejut.

Ketua Polis Negeri Selangor, Khalid Abu Bakar memberitahu:

Selepas 8 jam di tempat kejadian, akhirnya mayat Teoh dialihkan pada jam 9.20 malam 16 Julai.
Selepas 8 jam di tempat kejadian, akhirnya mayat Teoh dialihkan pada jam 9.20 malam 16 Julai.

Sekatat ini polis tidak menemui keadaan mencurigakan dalam kes ini dan akan menunggu laporan.

Kami akan menjalankan siasatan secara teratur dan terperinci.

Percayakah anda? Terpulang kepada kebijaksanaan anda.