jump to navigation

Pilihanraya Umum ke-13, peluang terbaik untuk Islam. Oktober 16, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
add a comment

Perang poster dan "banner" cukup rancak, pilihanraya belum tahu bila.

Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat Malaysia sekarang, iaitu bilakah Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 akan diadakan. Di merata tempat, kempen sedang giat dijalankan kedua-dua gabungan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi meraih hati para pengundi, seolah-olah pilihanraya akan diadakan pada esok hari.

Perkara tersebut kian menjadi kenyataan apabila pengumuman Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan pelbagai sumbangan one-off dan berbelanja sakan untuk sumbangan-sumbangan tersebut, dengan melupakan matlamat asal mengurangkan defisit belanjawan secara signifikan, iaitu di bawah 4%.

Jika perkara tersebut yang menjadi kayu pengukur tarikh pilihanraya umum ke-13, tentunya awal tahun 2012 merupakan masa sesuai untuk ianya diadakan, kerana peruntukan-peruntukan one-off yang diumumkan akan tiba kepada golongan sasaran.

Ditambah lagi dengan fakta bahawa awal tahun selalunya menjanjikan pelbagai potensi, dan keadaan ekonomi selalunya lebih tenang pada suku tahun pertama setiap tahun.

Melihatkan rekod pilihanraya umum ke-11 dan ke-12, kedua-duanya diadakan pada bulan Mac, iaitu di awal tahun. Persamaan lain adalah selang masa 4 tahun antara kedua-dua pilihanraya tersebut yang mungkin kini telah menjadi amalan biasa kebelakangan ini.

Namun, kuasa untuk membubarkan parlimen sebenarnya terletak kepada Perdana Menteri untuk meminta perkenan dari Yang Di-Pertuan Agong. Malah, untuk menghabiskan tempoh parlimen ke-12 ini sehingga tahun 2013 juga tidak menjadi satu masalah. Jika langkah sedemikian diambil, Najib boleh meraih sokongan daripada golongan atas pagar yang turun ke himpunan Bersih 9 Julai lalu bagi menuntut reformasi pilihanraya.

Jika perkara tersebut berlaku sedemikian, Najib akan mengikuti langkah kanan bapa beliau Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada 1970 sebelum memperoleh mandat besar pada pilihanraya 1974. (Di sini tempoh 4 tahun juga menjadi angka penting. Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009.)

Bagi terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri, Najib harus memperoleh peratusan undi yang cukup tinggi.Prestasi terbaik Barisan Nasional dalam pilihanraya umum adalah seperti berikut:-

Gambar lama, ketika keakraban hubungan kedua-dua tokoh ini. Gandingan terbaik dalam sejarah politik Malaysia.

  • 1995: 65.2% undi. Gandingan pimpinan Dr. Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim. (Ya, kepada yang baru kenal politik Malaysia, Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.)

Faktor: Keyakinan kepada ekonomi negara yang meningkat dengan jayanya dan penerapan nilai-nilai Islam yang digiatkan.

Satu-satunya Perdana Menteri yang mempunyai nama mesra, "Pak Lah".

  • 2004: 63.9% undi. Gandingan pimpinan Abdullah Badawi dan Najib Razak. (Abdullah Badawi lebih menyerlah kerana memegang tiga jawatan utama ketika itu: Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri.)

Faktor: Peralihan kepimpinan ke arah dasar-dasar Islam Hadhari. Keyakinan ke atas reputasi bersih Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Razak menerima sokongan meluas masyarakat berbilang kaum, termasuk parti Islam PAS.

  • 1974: 60.7% undi: Gandingan pimpinan Razak Hussein dan Hussein Onn.

Faktor: Hubungan diplomatik dengan China mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada Perikatan yang dijenamakan semula menjadi Barisan Nasional. Satu-satunya parti Islam, PAS berada dalam Barisan Nasional dan memegang portfolio beberapa kementerian.

Kata kuncinya di sini, adalah Islam. Sekian lama rakyat Malaysia mendambakan pemerintahan beteraskan Islam, dan sesiapa yang dilihat memperjuangkan Islam akan pastinya memperoleh sokongan hebat masyarakat Melayu yang semakin menyedari kepentingan agama dalam kehidupan.

Jelas MCA tidak memahami keinginan segenap lapisan rakyat.

Manakala masyarakat Cina dan India yang mempunyai kesedaran tinggi juga akan memandang pemerintahan Islam sebagai suatu penyelesaian kepada masalah negara seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kadar jenayah yang meningkat mendadak.

Kenyataan mengenai undang-undang Islam atau Hudud oleh tokoh-tokoh utama Malaysia:-

“Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.”

Perdana Menteri, Najib Razak

“Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.”

Ketua Pembangkang / mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

“Ini adalah pendirian kita sejak dulu. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh menolak hukum Hudud kerana ia jelas adalah hukum syarak tetapi saya percaya ia belum sampai masanya untuk dilaksanakan.”

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin

Percubaan dari 1990 semakin membuahkan kejayaan.

“Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.”

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat

Inilah peluangnya bagi umat Islam. Siapa kata demokrasi meminggirkan agama dan suara umat Islam? Inilah masanya untuk kita memberitahu kepada ahli-ahli politik kita bahawa negara kita telah bersedia menerima undang-undang Islam.
Semoga Allah memberkati mereka yang tulus ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam dan memberikan kemenangan yang diidamkan sekian lama, sejak 1974 lagi kita menanti.

Analisis kemungkinan keputusan P’raya Sarawak 2011. April 15, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Sengaja imej pertama sebegini, bagi menarik mereka yang masih bersama BN.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa “Gelombang Biru” sedang melanda negeri Sarawak menjelang pilihanraya 16 April 2011.

Kita tidak pasti adakah ianya biru gelap – BN – masa depan terus gelap, atau biru cerah – PKR, PAS, DAP. Kenyataannya itu boleh membawa pelbagai makna.

“Gelombang Biru” yang dimaksudkan mungkin lebih sesuai dirujuk kepada gangguan terhadap laman-laman web parti pembangkang dan media alternatif. Yang sudah menjadi mangsa, Radio Free Sarawak, HarakahDaily, MalaysiaKini.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Kemunculan di TV3 selepas sekian lama berjauhan dari Malaysia.

Gelombang yang dimaksudkan juga, boleh merujuk kepada pengalihan isu yang tiba-tiba dilakukan oleh media paling mesra-BN, TV3. Temubual yang sudah 2 bulan diperam bersama blogger Raja Petra tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi. Namun, hikmah sebalik peristiwa, isu pembunuhan Altantuya menjadi perhatian semula selepas cuba dikuburkan kerajaan.

Selain itu, gelombang itu juga boleh merujuk kepada sentimen anti-semenanjung yang cuba dinyalakan oleh jentera Taib Mahmud, tanpa menyedari bahawa dia adalah pemimpin yang turut kepada semua arahan dari pemimpin UMNO/BN dari Semenanjung.

Rakyat Sarawak ditakutkan dengan kehadiran pemimpin pembangkang semenanjung yang kononnya mahu mempergunakan rakyat Sarawak. Mungkin rakan-rakan warga Sarawak yang berada di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, wajar memberitahu bahawa mereka tidak pernah dipergunakan oleh pemimpin mereka, dan sudah tentu di Sarawak begitu juga jika mereka berkuasa dan tiba-tiba menang pada 16 April.

Barangan keluaran Tupperware memang berkualiti tinggi. Alah berebut, menang memakai.

Permainan sentimen kenegerian sebegini sebenarnya merbahaya untuk jangka panjang dari aspek perpaduan Malaysia. Entah ke mana 1Malaysia itu dicampak, mungkin jawapannya ada pada botol-botol Tupperware yang direbutkan oleh orang-orang yang daif di sana.

Mujurlah, cara berpolitik orang Sarawak yang tidak begitu menerima kehadiran staf-staf Persekutuan, mahupun ahli politik kerajaan/petugas BN dari Semenanjung, mampu memastikan pengundian esok selamat daripada ancaman mereka yang tidak berhak, namun mahu juga mengundi bagi memenangkan kerajaan sedia ada.

Kita boleh menjangkakan pengundian esok selamat daripada unsur-unsur penipuan, kerana ianya pastinya mudah untuk dikesan, dengan penerangan meluas mengenai cara-cara mengelakkan pengesanan undi atau penipuan undi menerusi video-video yang dimuat naik di YouTube.

Harus kita ingat, dalam pilihanraya yang telus, sebenarnya cukup payah untuk BN mengekalkan kemenangan yang sudah lama diperolehi menerusi pelbagai helah sebelum ini.

Seluruh Malaysia teruja untuk menantikan keputusan pilihanraya negeri Sarawak Sabtu, 16 April 2011. Namun rujukan mudah untuk peristiwa yang bakal berlaku selepas pilihanraya ini:-

Jika menang lebih besar, Taib bakal menjadi orang paling berkuasa di Malaysia biarpun hanya Ketua Menteri sebuah negeri.

1) Jika BN menang lebih besar, 63 kerusi ke atas

Pilihanraya umum akan dipanggil selepas Aidilfitri, harga petrol “terpaksa” dinaikkan kepada RM2/liter, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim diteruskan dengan keadaan Pakatan Rakyat dalam tekanan paling teruk dalam pembentukannya. Taib Mahmud dijulang wira, pemimpin Sarawak sepanjang hayat.

2) Jika BN menang 48-62 kerusi

Pilihanraya umum tetap dipanggil tahun ini, keputusan lebih berwaspada dalam isu harga minyak. Taib Mahmud bertahan 1 penggal lagi.

3) Jika BN menang 36-47 kerusi (gagal majoriti 2/3)

Pilihanraya umum dipanggil lebih lewat (mungkin 2012/2013) bagi memulihkan semula reputasi BN, harga minyak dikekalkan, PR kekal bermotivasi bagi menghadapi saingan dari BN. Tokoh BN lain bakal dilantik Ketua Menteri.

Oh tidak, melayanglah lagi wang rakyat jika SNAP menang di banyak kerusi.

4) Jika BN menang juga, tetapi tanpa majoriti mudah

Keadaan ini hanya akan berlaku jika ada sambutan seimbang terhadap BN, SNAP, serta Pakatan Rakyat. SNAP bakal bergabung dengan BN pada harga bidaan tertinggi dalam sejarah, dengan kompromi memastikan tokoh SNAP dilantik Ketua Menteri. Kepimpinan BN bakal kusut menghadapi tuntutan parti komponen.

5) Jika Pakatan Rakyat menang??? Perkara ini tidak lagi mustahil.

BN akan cuba melewatkan pilihanraya umum ke-13, dengan Pakatan Rakyat memberikan lebih tekanan bagi mempercepatkan proses pilihanraya umum. Selcat Sarawak bakal ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan dana rakyat. Dana Khas Sarawak bakal ditubuhkan pada Belanjawan 2012, bagi memperbaiki infrastruktur di Sarawak bagi meraih semula hati rakyat.

Begitu indah jika perkara ke-5 itu yang menjadi kenyataan.

Kita serahkan kepada rakyat Sarawak untuk memilih kemungkinan mana yang disukai mereka. Kita doakan supaya mereka diberikan petunjuk ke arah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Pilihanraya Sarawak: Biarkan rakyat memilih. April 7, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
2 comments

Pertandingan sengit di Sarawak.

Penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak sudah terlaksana semalam. Nampaknya akan ada pertandingan tiga penjuru di merata tempat, dengan Pakatan Rakyat tidak sebulu dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari segi pembahagian kerusi, manakala wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula oleh parti ada pula yang bertanding sebagai calon bebas.

Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun.

Ada yang mengatakan perkembangan ini tidak sihat, kerana terlalu banyak pertandingan akan memberikan kelebihan kepada BN yang diketuai Ketua Menteri sekarang, Taib Mahmud.

Saya melihat kecenderungan untuk sesetengah pihak yang tidak begitu berpengaruh di peringkat nasional untuk cuba mendapatkan populariti sementara, mungkin juga ganjaran daripada pihak tertentu dengan cara memecahkan undi.

Apabila undi dipecahkan, sudah tentulah kelebihan menyebelahi BN, yang nampaknya berkemungkinan besar akan terus berkuasa dengan majoriti 2/3 di Sarawak, menjadikannya kekal dengan reputasi “deposit tetap” bagi Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, penamaan calon telah selesai. Kini, parti bertanding akan mencuba meraih perhatian rakyat seluruhnya menerusi saluran-saluran yang ada. Sekali lagi, kelebihan kepada BN yang menguasai media serta talian komunikasi, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat pedalaman.

Namun, kelebihan kepada BN bukan bermakna kemenangan itu sesuatu yang pasti. Misalnya jika benar-benar Ketua Menteri sekarang yang tidak disukai, sudah tentunya parti yang diwakilinya akan terpalit sama dengan persepsi buruk tersebut.

Rakyat Sarawak, undilah sesiapa sahaja yang anda berkenan. Ini hak anda, 16 April 2011, hadirkanlah diri anda.

Sebenarnya kita sendiri pun tidak akan dapat menjangka apa yang ada dalam fikiran rakan-rakan di Sarawak, kerana kita di semenanjung sudah tentu punya pandangan dan cara pemikiran yang berbeza.

Biarkanlah sesiapa pun bebas bertanding. Jika benar sesebuah parti itu sudah mendapat sokongan kuat, sudah tentu pengundi akan memilihnya, dan kemenangan untuknya. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat sewajarnya berusaha segigih mungkin untuk mencapai tahap itu.

Kami para penulis blog akan cuba menggunakan peluang dan ruang terhad ini untuk membantu.

Pilihan Raya Kecil, tak sudah-sudah! Januari 20, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Hari ini, politik negara dikejutkan lagi dengan berita kerusi-kerusi dewan negeri yang dijangkakan akan kosong kerana masalah wakil rakyat sakit tenat, meninggal dunia dan tidak berupaya menghadiri sidang dewan.

Kempen pilihanraya kecil Tenang, Johor sedang berlangsung, Speaker Dewan Negeri Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang kerana wakil rakyat uzur untuk hadir sidang dewan, manakala ADUN Merlimau, Melaka sakit tenat selepas dilanda serangan jantung.

PDRM terpaksa berbelanja besar dalam setiap pilihanraya kecil, terutama tuntutan perjalanan anggota.

13 pilihanraya kecil telah dilangsungkan selepas Pilihanraya Umum ke-12 Mac 2008. Pelbagai sebab menjadikan pilihanraya kecil terpaksa diadakan, namun punca utamanya:- wakil rakyat meninggal dunia.

Ya, kita bukannya Tuhan untuk menentukan ajal maut seseorang. Malah orang muda yang kelihatan sihat, belum tentu sebenarnya sihat dan mungkin menyembunyikan penyakit yang dihadapi. Namun dengan bantuan teknologi moden, keupayaan kesihatan manusia sekarang dapat diukur dan dikenalpasti.

Projek mi segera paling terkenal, dibina untuk pilihanraya 2008 dan SUKMA, bumbung utama runtuh pada 2009.

Pilihanraya kecil sebenarnya memang bagus bagi pembangunan ekonomi kawasan yang mengalaminya, kerana curahan projek-projek mi segera, kebanjiran petugas-petugas pilihanraya parti dan SPR, selain daripada tumpuan masyarakat yang terarah kepada permasalahan di kawasan-kawasan pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil juga, baik sebagai barometer untuk menentukan sokongan rakyat kepada parti-parti politik. 13 pilihanraya kecil, menyaksikan perubahan mendadak terhadap pola pengundian, ada kalanya menguntungkan kerajaan, ada kalanya pembangkang yang beroleh keuntungan.

Malangnya, manfaat daripada pilihanraya kecil, serupa dengan pakej-pakej rangsangan ekonomi di zaman gawat, hanya berkesan untuk masa singkat. Misalnya RM60 bilion rangsangan ekonomi 2009, hanya berkesan untuk jangka singkat dan lambat, cuma kelihatan pada peringkat awal 2010 sebelum perlahan di penghujungnya.

 

Rakyat Sibu mengundi dalam keadaan banjir melanda.

Begitu juga dengan pilihanraya kecil, rangsangan ekonomi juga kepada kawasan yang dipertandingkan, namun juga singkat, jauh lebih singkat kerana kesunyian yang akan dirasai sesudahnya pilihanraya kecil berlangsung.

Selain itu, yang akan menjadi mangsa juga keluarga wakil rakyat yang meninggal dunia. Kerap kali diajukan media mengenai kawasan-kawasan pilihanraya kecil, dilaporkan seolah mundur, perlu lebih bantuan, seolah wakil rakyat sebelumnya tidak berusaha pula.

Contoh terdekat, Belia 4B yang merupakan sebahagian inisiatif UMNO, beliakah Presidennya ini?

Pilihanraya kecil juga dilihat sebagai hasil kedegilan kepimpinan parti bagi memberikan peluang golongan muda memimpin di peringkat paling rendah. Kerap kali, veteran yang kian tidak berupaya tetap dilantik menjadi wakil rakyat, dengan generasi muda jarang sekali dapat merasa peluang menyokong calon muda.

 

Azahar Ibrahim, calon BN pilihanraya kecil Tenang. Bekas penolong pegawai daerah.

Mujurlah, nampaknya ada perubahan bermula pilihanraya kecil DUN Tenang ini. Kedua-dua parti PAS dan BN mempertandingkan calon muda yang berusia di bawah 40 tahun, masing-masing telah membuktikan kewibawaan di usia muda.

Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan, bukan sekadar bagi mengurangkan beban kempen pilihanraya kecil, malah bagi menyuntik semangat baru dalam politik tanah air supaya meraih perhatian golongan muda bukan sekadar untuk menyokong, tetapi menyumbang secara aktif pada pilihanraya, bukan hanya memasang poster di tiang jalan.

ADUN yang tak boleh diharap, baik oleh BN dan PR. Dilantik, tak mahu hadir sidang.

Semoga wakil-wakil rakyat muda nanti, tanpa gagal menghadiri serta berbahas dalam sidang dewan, bukannya ambil cuti sakit memanjang seperti ADUN Kota Siputeh dan Pelabuhan Klang!

P/S: Tulisan ini bukan untuk mengayat bagi jadi calon PRU-13 atau 14, Kelapa Muda masih belum berparti. Buah hati sendiri pun tak berapa berkenan jika saya jadi ahli politik sepenuh masa.

Kebangkitan anak muda Tunisia. Bilakah giliran kita? Januari 19, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
4 comments

Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.

Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.

Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.

Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.

Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-

Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya. Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.

17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.

Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?

Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.

Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.

Mewakili Tunisia dalam persidangan utama, walaupun tidak dilantik. Serupa macam Rosmah.

Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.

 

Kebangkitan anak muda Tunisia. Kita kelihatan masih leka, penuh hedonisme. Buktikan saya salah.

Kini, Tunisia sedang melalui siri-siri perubahan politik yang pastinya menyakitkan, namun dengan rakyat sebagai pembuat keputusan utama.

Pasangan NR, Najib dan Rosmah.

Pertama:- Jika Tunisia ada Ben Ali dan Leila, Malaysia ada Najib dan Rosmah. Kedua-duanya menyeleweng dana negara pada kadar yang amat besar. Juga, isteri mereka memainkan peranan yang giat sebagai Wanita Pertama, dan kerap kali mewakili negara dalam mesyuarat-mesyuarat penting.

 

Mangsa kekejaman dan kerakusan sesetengah anggota Polis.

Kedua:- Jika Tunisia punya insan berani seperti Bouazizi, kita ada Teoh Beng Hock, dan Aminulrasyid Amzah yang telah terkorban kerana tindakan tidak adil pihak penguasa undang-undang. Bezanya, kita belum lagi cukup berani untuk menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Ketiga:- Penguasa Tunisia menghalang para graduan dan usahawan muda daripada berniaga, dan meletakkan pelbagai peraturan permit yang rumit. Sedangkan perniagaan milik pendatang asing dibiarkan sahaja.

Larangan berniaga oleh Majlis Perbandaran Kajang. Apa benda ini? Pakatan Rakyat sila peka.

Cukup banyak persamaan kita di Malaysia dengan Tunisia rupanya. Cuma di mata kita sekarang, kelihatan negara kita seolah-olah lebih demokratik dan liberal, padahal hakikatnya sama sahaja.

Kita pandang ke arah pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan, ramai yakin bahawa ianya bakal menjadi pilihanraya paling sengit, di mana peluang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menang dan membentuk kerajaan adalah seimbang.

Betul ke peluang seimbang? Kita periksa faktor-faktor yang menentukan peluang kemenangan dalam pilihanraya:-

Ambil contoh laporan Kosmo, nampaknya awal-awal ditulis Beng Hock jatuh! Boleh percaya ka?

Kebebasan media: TV, Radio dan akhbar dimiliki oleh kelompok-kelompok yang rapat dengan Barisan Nasional. Permit radio dan TV tidak dibenarkan bagi parti pembangkang.

Pengadil pilihanraya: SPR Malaysia, kerap kali dilihat berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada BN, perkara ini kelihatan setiap kali pilihanraya kecil. Penetapan hari pilihanraya, kerap kali bagi memberi keselesaan kepada calon dan pemimpin BN.

Institusi pentadbiran kerajaan: Jentera pentadbiran kerajaan persekutuan, semuanya digerakkan bagi membantu kempen Barisan Nasional. Staf-staf kerajaan juga berat sebelah dan tidak cekap, kerana dipilih berdasarkan kesetiaan mematuhi perintah kerajaan, bukannya kerana rekod yang cemerlang. Contoh terbaik, Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baharu, yang tunggang langgang bahasa Inggerisnya.

Ayat popular anak muda kita.

Kesedaran generasi muda: Budaya hedonisme menyebabkan golongan muda jauh daripada perhatian terhadap isu-isu penting negara. Kerap kali, walau apa yang berlaku, hanya satu perkataan terpacul di mulut mereka. “Whateverrrrr!”. Barang naik, kerja tak ada, gaji tak cukup, pun tak mengapa.

Kepada yang bermimpi dan amat yakin dengan kemungkinan Pakatan Rakyat untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13, ingatlah pesan daripada Presiden UMNO, Najib Razak:-

“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,”

Najib Razak, Perhimpunan Agung UMNO 2010. (Petikan UMNO Online)

Pesan daripada seorang bakal diktator. Kita lawan, pastikan dia berundur!

 

Amaran buat Pakatan Rakyat, khas dari rakyat Australia, Amerika Syarikat dan Jepun. November 7, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Benar, Pakatan Rakyat merupakan gabungan 4 parti pembangkang Malaysia. Bukan hak rakyat Jepun, Amerika mahupun Australia.

Namun, pengalaman dialami 3 negara maju ini boleh dijadikan teladan kepada sebuah pakatan yang bakal bertanding buat pertama kalinya dalam pilihanraya umum Malaysia sebagai sebuah gabungan bersama yang berkongsi satu platform yang sama.

3 negara yang saya senaraikan, merupakan negara-negara yang mengalami perubahan politik dari tempoh 2007-2009, dan dilihat sedang mengalami kesan buruk daripada perubahan tersebut, dengan tuntutan rakyat yang semakin meningkat gara-gara sikap mereka yang kian kritikal terhadap pentadbiran kerajaan.

Keadaan yang dialami mereka juga adalah kesan daripada kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan baru masing-masing yang menyangka mandat rakyat merupakan lesen kepada mereka untuk membuat sebarang keputusan yang diyakini akan diterima rakyat.

Australia: Kuasa industri perlombongan, pertukaran pemimpin tanpa restu rakyat

Kevin Rudd yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dari Disember 2007 memperoleh sokongan cukup popular dari rakyat. Parti Buruh Australia berjaya memenangi pilihanraya umum dengan usahanya untuk merapatkan hubungan antara kaum selain matlamat untuk memperbaiki kualiti alam sekitar Australia menerusi kawalan perlombongan.

Populariti Rudd terus kekal, walaupun mengalami sedikit kejatuhan. Beliau berjaya bertahan dalam krisis ekonomi global, dengan Australia berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonominya. Namun, cadangan beliau untuk cukai keuntungan industri perlombongan telah memadamkan keyakinan terhadap beliau dalam kalangan wakil rakyat Parti Buruh.

Dalam sekelip mata, Australia menerima seorang Perdana Menteri wanita yang kemudiannya membubarkan parlimen untuk pilihanraya baru. Dalam pilihanraya umum 2010, Julia Gillard tidak mampu mengekalkan sokongan yang diperoleh Kevin Rudd sebelumnya, namun masih dapat bertahan dengan sokongan ahli parlimen bebas.

Amerika Syarikat: Obama dihormati dunia, ditolak rakyat sendiri

Barack Obama merupakan seorang ikon yang begitu diraikan di seluruh dunia kerana tema perubahan yang dibawa, selain daripada matlamatnya untuk menamatkan peperangan yang dibawa oleh Presiden sebelumnya George W. Bush.

Usahanya memperoleh sokongan daripada komuniti antarabangsa, namun isu di negaranya sendiri menyaksikan parti Demokrat beliau tumpas dalam pilihanraya umum 2010.

Rakyat yang kehilangan pekerjaan tidak dapat menerima reformasi kesihatan yang berjaya dilakukan dengan kos yang amat mahal, yang sebenarnya cukup untuk membolehkan kadar pengangguran dikurangkan selepas krisis subprima yang menggegarkan dunia sebelum Obama menjadi Presiden.

Nampaknya sebarang usaha membuat keputusan oleh pentadbiran Obama selepas ini akan mengalami tentangan hebat dari Republikan yang menguasai Kongres, cenderung mengkritik setiap keputusan yang dilakukan pentadbiran Obama semenjak hari pertama.

Jepun: Letak jawatan kerana menghormati janji

Yukio Hatoyama berjaya menamatkan pentadbiran Parti Liberal Demokrat (LDP) sejak sekian lamanya pada pilihanraya umum 2009. Pelbagai perubahan polisi dilakukan, antaranya pelbagai insentif untuk rakyat selain daripada usaha memperbaiki hubungan luar.

Namun kesilapan berlaku apabila Hatoyama tidak menepati satu janji yang dibuat gara-gara keselamatan negara. Janji untuk menutup pengkalan tentera Amerika di Okinawa tidak dapat ditepati kerana kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan rantau Asia Timur akibat daripada tragedi kapal selam Korea Selatan yang karam, dipercayai dilakukan oleh Korea Utara.

Menyedari populariti yang pudar, Hatoyama mengikuti amalan tradisi Jepun, iaitu meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Naoto Kan.

Kesimpulan

Untuk memenangi pilihranraya umum dan menumpaskan Barisan Nasional memanglah satu kerja yang sukar, namun bagi mengekalkan populariti memerlukan usaha lebih gigih dan perlu dilakukan tanpa jemu dan dengan penuh kesabaran.

Pertukaran kuasa jika berlaku, akan melahirkan kumpulan rakyat yang lebih kritikal terhadap kerajaan, dan menyedari betapa besar kuasa dimiliki rakyat.

Dalam usaha melakukan reformasi, pihak-pihak yang perlu didengar pandangan mereka bukan sahaja rakyat biasa, malah ahli parti dan kumpulan industri haruslah diyakinkan.

Ahli partilah yang menentukan kepimpinan parti, selain pihak industri yang memberikan pekerjaan kepada rakyat dan kadang kala menyumbangkan dana bagi kempen parti politik.

Dasar-dasar yang ingin diperkenalkan haruslah diperhalusi bagi memastikan sokongan seramai mungkin pihak. Pastinya usaha ini lebih sukar dilakukan dengan keadaan ekonomi yang belum menjanjikan masa depan cerah.

Paling penting, negara ini memerlukan satu perubahan sistem yang menyeluruh. Itu sudah pasti.

Pemilihan PKR: Kenapa terlalu huru-hara? Oktober 6, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Sebenarnya sudah lama saya tidak mengemas kini blog, apatah lagi menulis soal politik. Maafkan saya atas perkara tersebut, memandangkan saya sukar untuk menemui masa senggang untuk menulis.

Selain itu juga, ketiadaan isu yang boleh dikupas dengan mendalam menyukarkan saya untuk menulis sepanjang tempoh “berdiam diri” sebelum ini. Semuanya berkisarkan perkauman sempit, selain pemahaman yang mengecewakan oleh sesetengah orang Islam terhadap agama masing-masing dan melebihkan bangsa semata-mata.

Namun, suatu peristiwa menarik sedang berlaku sekarang iaitu pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti yang pernah menguasai kerusi Pembangkang terbanyak di Parlimen, selain menerajui pentadbiran negeri Selangor, kini dipandang amat penting dan liputan terhadap pemilihannya cukup meluas di media arus perdana.

Sungguh tidak kita sangka, sebuah parti yang disangka tenggelam selepas pembebasan tokohnya, Anwar Ibrahim dari penjara, mampu terus bertahan dan menarik keahlian rakyat berbilang kaum.

Tahun ini, suatu perubahan baru sedang dilakukan oleh PKR dalam pemilihannya, iaitu semua ahli diberikan peluang memilih, bukan hanya di peringkat cabang, malah Majlis Pimpinan Pusat (MPP), iaitu teraju-teraju utama parti.

Pemilihan peringkat cabang yang dibuat secara berperingkat, menyaksikan beberapa krisis timbul:-

1) Sabotaj terhadap proses pengundian.

Perkara ini berlaku di beberapa cabang, dan menimbulkan kerisauan budaya politik “gedebe” yang boleh meresap masuk ke PKR. Terdapatnya beberapa pemimpin yang menjadi mangsa kaki pukul yang didakwa upahan pemimpin tertentu.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan sebaiknya, kerana jika mengharapkan Polis pastinya mereka tidak mahu ambil hirau dengan PKR, parti yang kerap mengkritik kelemahan polis. Sebarang kebergantungan kepada polis, pastinya tanda tunduk kepada kuasa dan penghormatan kepada imej polis yang pastinya bukan sebaik mana.

2) Kekalahan Ahli-ahli Parlimen dan DUN di pemilihan peringkat Cabang.

R. Sivarasa dan Kamarul Bahrin Abbas merupakan antara Ahli Parlimen yang tewas di Cabang sendiri iaitu masing-masing di Subang dan Port Dickson.

Wakil rakyat yang tidak bermaruah, pasti akan hilang ditelan zaman, tiada yang sanggup memilih mereka lagi.

Apakah tandanya perkara ini? Tandanya ialah bahawa rakyat, secara khususnya ahli-ahli PKR mahu akan wakil rakyat yang berfungsi dan berperanan dalam menjalankan tugas-tugasnya, bukannya hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri di dalam Dewan.

Juga, rakyat tidak mahu kelibat “lalang” menjadi calon pilihanraya di masa akan datang. Pastinya ahli PKR sedar mengenai perkara ini, dan mahu memperbaiki semula imej parti yang tercemar rentetan beberapa wakil rakyatnya yang berpaling tadah, dan menjadi punca kejatuhan kerajaan PR di Perak tahun lalu.

Namun, kerisauan juga boleh ditimbulkan dengan kenyataan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa) bahawa 35% daripada ahlinya merupakan anggota PKR. Boleh jadi, keputusan mengejutkan ini dipengaruhi oleh mereka yang pastinya tidak mahu calon-calon bukan Melayu memenangi jawatan di Cabang yang ditandingi.

3) Kempen berlebihan oleh calon-calon.

Di Kajang (pemerhatian saya), calon-calon mempromosikan diri sama seperti calon pilihanraya umum pula. Mungkin mereka perlu lebih kreatif tanpa perlu menggunakan peruntukan yang besar, kerana semua maklum PKR bukanlah kaya, dan tidak akan dibiarkan kaya kecuali menerusi sumbangan terus kepada parti.

Mujurlah tiada laporan politik wang yang diterima, memandangkan amat sukar untuk menyogok semua ahli daripada memberi undi, jumlahnya terlalu ramai. Waspada masih perlu, jangan dibiarkan budaya dari BN menular masuk ke PKR dan sekutu PR lainnya.

Tentang persoalan “huru-hara”, saya percaya PKR punya masa depan yang cerah. Sukar untuk mengubah sikap “orang-orang gasar” yang sudah biasa dengan cara politik yang ganas, menjadi lebih tertib ketika di parti lain.

Bukan mustahil ya, tapi sukar. Diharapkan perkara sedemikian dapat diatasi, demi mengelakkan parti yang masih muda ini daripada tercemar dengan budaya-budaya tidak sihat.

Mesej dari Sibu: Kami mahu perubahan! Mei 18, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Antara kereta yang menyertai siri-siri perlumbaan, ialah Lamborghini ini.

Tamat Asian Festival of Speed (AFOS) di Litar Sepang, saya meluangkan masa berlegar-legar di sekitar pekan Nilai untuk mencari tempat terbaik untuk merehatkan badan. Sebelum itu, turun ke KLIA Downtown, menikmati teh 3 lapis dengan roti bakar bersama rakan-rakan Kelab Pemilik Savvy (SAVOC.net).

Memandangkan ada aktiviti seterusnya di waktu malam, antaranya ketibaan Husna dari Jakarta, kemudian sesi menonton filem Robin Hood, serta sesi berbual di mana-mana restoran yang dirasakan selesa sambil menanti waktu subuh.

Tidak selesa di Nilai, saya kembali ke Sepang, dan memutuskan untuk berehat di McDonald’s Petronas KLIA. Ramai krew dan pengurus yang saya kenali yang telah berpindah ke sana. Terkejut melihat harga yang berbeza (mahal sedikit) berbanding di Bangi DT, saya terus membeli Happy Meal.

Dengan hanya RM5.95, saya memperoleh satu Chicken Burger (bernilai RM3.15 satu), minuman saiz kecil (bernilai RM2.10 satu), kentang goreng saiz kecil (juga RM2.10 jika dibeli secara ala carte), dan paling penting, mainan paling gemuk dalam sejarah Happy Meal, iaitu Shrek! (Tidak ternilai)

Dengan lokasinya yang masih dalam kawasan KLIA, restoran ini bukanlah pilihan utama pengguna yang lebih gemar memilih untuk terus keluar dari zon KLIA menuju ke bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Seremban yang dilihat lebih menarik. Jadi, terdapatnya banyak meja yang kosong. Lebih seronok lagi, banyak plak yang boleh digunakan untuk mengecas bateri komputer riba (notebook/netbook) atau telefon bimbit.

Matlamat utama: untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh rakyat Sibu dalam pemilihan ahli parlimen baharu mereka.

Parti yang menyandang kerusi Parlimen Sibu, iaitu Barisan Nasional – SUPP mencalonkan Robert Lau Hui Yew untuk menggalas cabaran mempertahankan kerusi parlimen tersebut. Pakatan Rakyat – DAP pula mencalonkan Wong Ho Leng dalam usaha untuk memastikan BN tidak bersenang lenang dengan kemenangan demi kemenangan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Nampaknya pada tempoh kempen, persaingan seimbang berjaya diberikan oleh kedua-dua parti, manakala kehadiran calon Bebas seolah-olah tidak dirasai di sebuah kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada komuniti Cina.

BN seperti biasa menggunakan kedudukan sebagai kerajaan dengan keadaan kewangan yang tidaklah begitu selesa, namun dengan mudahnya menawarkan pakej bernilai puluhan juta ringgit, antaranya untuk sistem tebatan banjir, dan juga untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan (yang mana Sekolah Agama Rakyat pun tidak pernah memperoleh bantuan sehebat ini).

Pakatan Rakyat pula menurunkan hampir semua pemimpinnya yang datang dari Semenanjung, serta memperkenalkan ahli baharu dalam gabungannya, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Pilihanraya kecil ini merupakan salah satu peluang yang ada untuk Pakatan Rakyat meningkatkan jumlah kerusi dalam usaha menghalang BN memperoleh majoriti mutlak dua pertiga yang membenarkan mereka dengan mudahnya membuat keputusan-keputusan penting dalam parlimen tanpa sebarang cabaran.

Dengan beberapa lagi Ahli Parlimen dari PKR yang keluar parti (yang sudah sekian lama berniat untuk berbuat demikian), kelebihan Pakatan Rakyat jelas sekali makin terhakis di Dewan Rakyat. Justeru, moral mereka sebenarnya berada pada tahap yang agak rendah, dengan keadaan yang dianggap sebagai “mustahil untuk menang” seminggu sebelum hari pengundian.

Hari pembuangan undi tiba, dengan banjir melanda di sebilangan tempat, yang menyebabkan peratusan keluar mengundi tidak seperti yang diharapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Bagi warga Sibu, banjir sedemikian merupakan perkara biasa yang sudah lama dihadapi walaupun Ahli Parlimen dari BN silih berganti.

Apa yang bagus dengan gambar ini, mereka tetap tidak terlalu teruja dengan kemenangan ini. Masalah Undi Pos lebih utama untuk dihapuskan sepenuhnya.

Pada waktu petangnya, undi mula dikira. Keputusan rasmi dan tidak rasmi menunjukkan DAP menguasai kebanyakan saluran dan pusat mengundi. 95 peti undi dikira, dengan DAP mendahului sebanyak hampir 3000 undi. Yang menghairankan, undi pos belum dikira walaupun undian pos diperolehi beberapa hari lebih awal dari pasukan keselamatan (Tentera/Polis).

Kumpulan pengundi yang ada: Muda, Tua, Cina, Iban, Melanau kebanyakannya telah memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat.

Hanya satu kumpulan pengundi yang dengan setianya mengundi calon Barisan Nasional, iaitu KOMUNITI PENGUNDI POS. Sebanyak 2323 undi Pos diterima oleh BN (97 peratus), manakala calon DAP hanya menerima 70 undi Pos (2 peratus). Nampaknya inilah kumpulan “pengundi tradisional” yang dimaksudkan oleh para pemimpin BN, yang terus mengundi BN.

Pada akhirnya, keputusan diumumkan jauh lebih lewat daripada kebiasaan kerana kelewatan kiraan undi Pos. Bunyinya amat pelik di situ, sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan daripada rakan-rakan Facebook dan Twitter.

DAP memperoleh kemenangan di luar jangkaan, dengan majoriti senipis 398 undi. Pemimpin BN serta-merta mengambil penerbangan pulang ke KLIA dengan disambut hujan yang amat lebat, yang menyebabkan Maju Expressway KL-Putrajaya ditakungi air dengan teruk sepanjang perjalanan saya dari KLIA ke Mid Valley.

Pemimpin BN berbelah bahagi dalam proses perbincangan untuk penilaian semula janji-janji pilihanraya kecil Parlimen Sibu. Keadaan kewangan kerajaan yang parah, dengan magnitud bantuan yang melampau (terutamanya tebatan banjir RM5 juta yang sebenarnya sudah lama diperlukan) menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbeza pendirian dalam memutuskan bantuan kepada Sibu selepas dilanda kekalahan.

Di pihak Pakatan Rakyat, kemenangan ini sedikit sebanyak melegakan keadaan selepas kehilangan wakil dari Wangsa Maju yang menjadi Ahli Parlimen “Bebas”. Kemarahan akibat kelewatan kiraan undi Pos di Sibu, masih terasa di kotak fikiran pemimpin utama mereka. Diharapkan BERSIH dapat dihidupkan semula selepas ini, dengan matlamat utama menghapuskan konsep Undi Pos untuk digantikan dengan mekanisme lain yang lebih telus untuk mengumpul undi bagi anggota-anggota pasukan keselamatan.

Usaha ini perlu dilaksanakan secepat mungkin, dalam suasana kegembiraan dan keyakinan selepas kemenangan Sibu. Manipulasi undi Pos telah mencapai tahap amat kritikal sebenarnya, dan perlu dihentikan segera. Pos Malaysia kini bukan lagi sebuah agensi kerajaan, tetapi sudah menjadi sebuah syarikat swasta yang dipenuhi ahli lembaga pengarah yang sudah pasti hampir semuanya penyokong kuat BN yang sanggup melakukan sebarang cara untuk mempertahankan parti demi kedudukan mereka. Idea utama, bolehkah kita mempercayai sebuah syarikat swasta GLC untuk mengendalikan undi-undi tersebut?

Saya tidak percaya, terutama selepas melihat pelbagai penyelewengan berlaku dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melibatkan amaun bernilai jutaan ringgit. Untuk menyerahkan hak undi kepada mereka, jauh sekali.

Hapuskan Undi Pos, gantikan dengan konsep lain yang lebih telus. Apakah konsep yang sesuai itu? Bukan kerja saya untuk memikirkannya, tetapi ianya tugas yang perlu dipikul ahli-ahli Program Transformasi Kerajaan (GTP) terutamanya jika kempen Anti-Undi Pos mendapat sambutan hebat.

Perubahan politik dua negara rakan karib: Britain dan Filipina. Mei 13, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
add a comment

Jika anda seorang yang tidak mengikuti berita antarabangsa, bahawasanya saya ingin memaklumkan tentang perkembangan politik yang berlaku dalam seminggu ini.

Britain sudah pun memperoleh seorang Perdana Menteri baharu, iaitu David Cameron dari parti Konservatif. Beliau telah dilantik oleh Ratu Elizabeth II selepas satu keadaan parlimen yang tergantung gara-gara tiada parti yang memenangi majoriti mudah, iaitu menguasai lebih daripada 50% kerusi House of Commons.

Keputusan mengikut turutan parti yang menguasai kerusi terbanyak hingga paling sedikit. Bermula dengan Konservatif, Buruh, Liberal Demokrat dan lain-lain parti.

Keadaan ini berlaku buat pertama kalinya sejak beberapa tahun kerajaan dikuasai oleh parti Buruh, bermula dengan Tony Blair pada 1997. Jadi, warga Britain agak gusar dengan keadaan parlimen yang tergantung dan menggesa kerajaan baharu dibentuk segera sebagai gabungan bersama parti Konservatif pimpinan Cameron dan parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg.

Dahulu bermusuh, kini bersama. Agaknya berapa lama? Tempoh parlimen baru sekarang adalah sehingga tahun 2015.

Untuk pengetahuan juga, parti Konservatif dan Liberal Demokrat punya pelbagai perbezaan ketara, dalam pelbagai isu berbangkit. Perbezaan tersebut jelas kelihatan dalam debat antara pemimpin-pemimpin parti sebelum proses pengundian, iaitu di antara Cameron, Clegg serta Gordon Brown yang kini telah melepaskan jawatan Perdana Menteri.

1) isu Eropah

Konservatif – ingin mengekalkan keadaan sedia ada dalam hubungan EU.

Lib Dem – matawang Euro, matlamat jangka panjang.

2) isu ekonomi

Konservatif – penjimatan perbelanjaan kerajaan menyeluruh.

Lib Dem – penjimatan secara berperingkat bagi mengekalkan pemulihan yang masih rapuh.

3) Imigresen

4) Reformasi sistem politik Britain.

Masa akan menentukan berapa lamakah gabungan Konservatif-Liberal Demokrat ini akan terus bertahan. Melihat kepada pecahan blok parlimen Britain sekarang, kedudukan agak selesa untuk kerajaan Kons-Lib Dem dengan jumlah 363 kerusi, sementara Buruh dan lain-lain parti pembangkang dengan jumlah 286 kerusi, perbezaan 77 kerusi.

Parti Buruh masih punya peluang untuk menarik sokongan daripada Liberal Demokrat yang punya banyak persamaan dengannya dari segi polisi, lantas mampu menenggelamkan pengaruh Konservatif. Untuk menggalas cabaran ini, Gordon Brown telah pun membuat keputusan meninggalkan dunia politik, untuk memberi laluan kepada penggantinya memimpin parti Buruh, berkemungkinan besar orangnya adalah David Milliband, orang rapat Gordon Brown dalam kerajaan Buruh terdahulu yang bakal menjadi Ketua Pembangkang.

Okey, beralih pula ke sebuah negara jiran di bahagian Timur Laut kita. Filipina, yang kerap melalui perubahan politik, sekali lagi mengalaminya minggu ini dengan kemenangan Benigno Aquino dalam pilihanraya presiden. Kemampuan beliau namun dipertikaikan, kerana baru sahaja menyertai bidang politik tahun lalu, selepas kehilangan ibunya yang juga bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino.

Seperti juga ibunya, Benigno juga naik ke tampuk kuasa di atas kuasa rakyat yang mahu akan perubahan ke arah yang lebih baik, selain penghormatan tinggi ke atas ibunya yang telah berjuang bersungguh-sungguh menumbangkan rejim Ferdinand Marcos yang penuh dengan penyelewengan.

Kita berharap agar Benigno menunaikan janji pertama pilihanrayanya: Memerangi rasuah ke tahap yang tertinggi. Ini merupakan masalah yang membelenggu negara-negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia sendiri. Kita di Malaysia pasti bergembira apabila melihat kejayaan negara-negara jiran, selain daripada menyedarkan warga kita bahawa perubahan serupa juga diperlukan di negara kita yang semakin ketinggalan.

———————————————————————–

Saya juga tertanya-tanya, adakah kita di Malaysia bakal mengalami perubahan serupa?

Benigno Aquino dan David Cameron, bukanlah dua orang tokoh yang begitu petah dalam pidato, mahupun punya wawasan tinggi dalam menjayakan negara masing-masing, mereka cuma baru bermula. Namun kedua-duanya sudah berada di puncak pemerintahan dengan perubahan yang kerap kali berlaku dalam negara masing-masing.

Zaman menteri kewangan dalam pentadbiran Mahathir. Menteri dengan rekod paling bersih (sebelum kes liwat muncul), sebanding dengan Abdullah Ahmad Badawi.

Bandingkannya dengan parti-parti pembangkang Malaysia yang bergabung membentuk Pakatan Rakyat. Mereka punya Anwar Ibrahim, tokoh yang terserlah dari zaman mengasaskan ABIM, yang terbukti menguruskan ekonomi dengan cekap tanpa defisit belanjawan sepanjang tempoh 1993-1997, walaupun diduga dengan gaya pentadbiran Dr. Mahathir yang suka berbelanja sakan dengan projek-projek hebatnya dalam wawasan yang gempak belaka.

Namun, adakah semuanya mahu bergantung kepada Anwar?

Pentadbiran di negeri-negeri, boleh dikatakan sederhana, belum mencapai tahap cemerlang. Hanya Kelantan yang boleh dikatakan cemerlang, manakala Selangor bakal meningkat semula, manakala Kedah dan Pulau Pinang masih belum menampakkan potensinya.

Kelebihan Pakatan Rakyat yang ada sekarang adalah pada negeri-negeri yang dikuasainya, kerana mereka adalah kerajaan di sana yang boleh menyerlahkan potensi serta bayangan sebuah kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat. David Cameron dan Noynoy Aquino pun tidak punya kelebihan yang serupa.

Berubahlah sebelum rebah, ambil serius terhadap tempoh pemerintahan yang kian suntuk. Pastikan rakyat mengundi anda atas kelebihan anda, bukan atas kelemahan lawan iaitu Barisan Nasional.

Kini ada pula satu berita baharu, iaitu tentang usaha mengambil alih kerajaan Kedah oleh BN. Diharapkan perkara ini tidak akan berlaku, lantas membolehkan pilihanraya negeri Kedah diadakan, dan di situlah showcase akan bermula terhadap pentadbiran Pakatan yang belum pun sampai 3 tahun, dengan BN yang sebelum itu 51 tahun mentadbir Kedah.

Semoga Kedah tidak menjadi mangsa rampasan BN seterusnya, dan pilihanraya negeri dapat diadakan bagi membalas kerakusan BN di Perak tahun lalu.

Persamaan: 1Malaysia dan One Israel Mac 23, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
5 comments

Semenjak Malaysia memperoleh Perdana Menteri ke-6, Najib Razak, sebuah gagasan telah dibentuk bagi menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan beliau, dengan prinsip Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Keberkesanan gagasan ini belum dapat dibuktikan lagi, memandangkan usianya yang masih muda, baru sahaja mencecah usia setahun.

Pada majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama Anwar Ibrahim di kediamannya di Bukit Segambut pada Ramadhan lalu, beliau ada menyebut nama sebuah firma iaitu APCO Worldwide yang dikatakannya sebagai memainkan peranan dalam merencanakan gagasan 1Malaysia Najib.

Bermulanya sesi perbahasan Parlimen bulan ini, Anwar mendedahkan perkara tersebut dengan disambut oleh kritikan hebat daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional serta penafian daripada APCO Worldwide mengenai peranannya dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel.

Di bawah, terjemahan dari laman web APCO Worldwide.

____________________________________________________________

APCO Responds to Statements Made in Malaysian

Parliament

Respons APCO kepada kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia

Kuala Lumpur (March 18, 2010) – In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.

Kuala Lumpur (18 Mac 2010) – Merujuk kepada debat Parlimen di Malaysia pada 17 Mac 2010, kenyataan kurang tepat telah dibuat mengenai APCO Worldwide dan peranannya di Malaysia, termasuk tugasannya, masa dahulu dan semasa, dalam hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain.

In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.

Pada 2009, Kerajaan Malaysia mengekalkan APCO, sebuah syarikat komunikasi strategik antarabangsa dengan 29 pejabat seluruh dunia, untuk membantu membuat penilaian terhadap kemampuannya untuk berkomunikasi menerusi media baru. APCO juga telah diminta membantu kerajaan Malaysia dengan berkongsi perkembangan terkini komunikasi strategik yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.

Tugas APCO juga termasuk sokongan komunikasi terhadap pelbagai inisiatif perubahan oleh kerajaan Malaysia, terutama dari segi mewujudkan peluang kerja, mempromosikan pendidikan, dan mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. APCO amat berbesar hati diberikan peluang membantu kerajaan dalam tugas penting ini.

However, contrary to statements made in Malaysia’s Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO’s engagement.

Walau bagaimana pun, berbeza dengan kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia mengekalkan APCO. APCO tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, yang telah dibuat sepenuhnya dan didedahkan kepada umum, sebelum penugasan APCO.

It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia’s Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a “One-Israel” concept. The statement in Malaysia’s Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.

Yang juga kurang tepat, bahawa APCO mewakili Kerajaan Israel atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti dituduh di Parlimen Malaysia. APCO tidak pernah terlibat dalam kempen perhubungan awam berkaitan konsep “One-Israel”. Kenyataan di Parlimen Malaysia bahawa APCO terlibat dalam kempen sedemikian adalah tidak benar.

APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world’s leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.

APCO berbangga dengan hasil kerja selama 25 tahun memberikan perkhidmatan komunikasi strategik kepada pelbagai kerajaan, termasuk Kerajaan Malaysia. APCO juga telah memberikan perkhidmatan kepada banyak syarikat utama dunia dan juga institusi antarabangsa seperti Bank Dunia, Pertubuhan Negera-Negara Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN, antaranya.

___________________________________________________________

Juga dari laman web APCO Worldwide, yang menguatkan lagi perkaitan antara APCO dengan Israel:-

APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.

APCO Worldwide di Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi arena perniagaan antarabangsa dan peraturan yang kompleks di Israel. Kami juga membantu syarikat multinasional dalam memahami keadaan politik dan perniagaan Israel yang unik, yang beroperasi dalam persekitaran dinamik dan menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran.

Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.

Pasukan kami menawarkan pelanggan, jenis-jenis perkhidmatan yang komprehensif. Pemahaman kami terhadap pasaran tempatan termasuk kepakaran antarabangsa memberikan pelanggan kelebihan yang penting dalam mencapai objektif perniagaan mereka.

Key services include:

Perkhidmatan utama termasuklah:

  • market entry (kemasukan pasaran):
    With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.

Dengan pejabat-pejabat di hub-hub perniagaan dan politik dunia, APCO di Tel Aviv membantu syarikat Israel yang berkembang pesat dalam memastikan pelancaran yang lancar di pasaran baru. Ini termasuk penilaian teliti terhadap struktur peraturan, peluang kerjasama dan pasaran berpotensi, serta khidmat nasihat dalam struktur pelaburan yang tepat.

  • corporate responsibility (tanggungjawab korporat):
    The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.

Pejabat Tel Aviv dikenali sebagai salah sebuah firma peneraju tanggungjawab korporat dan membantu klien dalam membangunkan program-program alam sekitar, sosial dan pentadbiran.

  • issues management (pengurusan isu):
    Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.

Mengambil manfaat zon waktu Israel dan keupayaan bertutur pelbagai bahasa, kami memberikan pelanggan APCO di seluruh dunia dengan pemantauan media, kajian pasaran dan perkhidmatan analisis isu.

  • Jewish community networking (pembinaan rangkaian komuniti Yahudi):
    APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.

Pejabat APCO Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi dunia Yahudi. Staf kami memiliki pengalaman luas dan hubungan erat dengan organisasi utama Yahudi dan Israel dengan kewujudan di peringkat global. Kami menawarkan pemahaman komprehensif terhadap hubungan awam Yahudi dan membantu klien membuat hubungan yang tepat dan menyampaikan mesej secara kreatif dan efisien kepada pelanggan dan komuniti Yahudi seluruh dunia.

_________________________________________________________________

Jika anda ingin mengetahui siapakah ahli-ahli majlis penasihat antarabangsa APCO Worldwide, boleh sahaja anda klik pautan ini.

Antara ahli-ahlinya:-

Elliott Abrams

Bekas Timbalan Pembantu kepada Preisden dan Timbalan Penasihat Keselamatan bagi Strategi  Demokrasi Global di bawah pentadbiran George W. Bush.

Doron Bergerbest-Elion

Bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan, serta pegawai keselamatan tertinggi di Agensi Keselamatan Israel.

Itamar Rabinovich

Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat, bekas Presiden Universiti Tel Aviv.

Shimon Stein

Bekas Duta Israel ke Jerman, bekas menteri dan pengarah Jabatan Kawalan Senjata dan Gencatan Senjata untuk Kementerian Luar Israel di Jerusalem.

________________________________________________________

Nampaknya memang ramai tokoh Yahudi yang terlibat dengan APCO yang diberi tugas “membantu” transformasi kerajaan. Mengapakah peluang sedemikian tidak diberi sahaja kepada anak tempatan?? Trauma mendengar istilah “Budak Tingkat Empat”? Nilaikanlah sendiri bagaimana anak tempatan terpinggir dalam mentransformasi negara sendiri.

Bukankah 1Malaysia itu juga melibatkan transformasi dalam kerajaan? Peyokong 1Malaysia pasti tidak lupa dengan isi gagasan yang disokong sendiri. Nampaknya memang jelas sekali ada kaitannya dengan pembabitan APCO.

Saya tidak begitu pasti dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Mungkin juga, beliau boleh menggunakan isu terbaru ini sebagai satu modal politik.

Namun, dengan terdedahnya isu ini, terdedahlah juga pekung kerajaan Najib, yang jelas sekali bergantung kepada bantuan asing dalam melakukan perubahan ke atas kerajaan yang dipimpinnya. Dari situ sahaja, aspek utama 1Malaysia telah dilanggar sendiri oleh beliau. Masihkah ada “Rakyat Didahulukan”??

Gambar terbaru daripada Facebook Anwar Ibrahim, beliau bersama Al Gore, bekas naib presiden Amerika Syarikat yang kini aktif dalam usaha mengekang pemanasan global.

Nampaknya jika ada yang berkata Anwar Ibrahim mengikut telunjuk asing gara-gara bersahabat dengan Paul Wolfowitz (dan pernah bertekak dalam soal perang Iraq dan Afghanistan), bagaimana pula dengan Najib yang terang-terangan berada di bawah telunjuk orang-orang asing tersebut? Nilaikannya sendiri para penyokong 1Malaysia.

___________________________________________________________

Sekadar tambahan, saya juga menemui dua laman web ini untuk dikaji persamaannya.

1) Yayasan 1Malaysia

Yayasan 1Malaysia (Y1M) adalah sebuah yayasan bebas, bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk membangun, menyokong dan menerajui kegiatan dan program yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia dalam usaha ke arah mencapai perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.

Yayasan ini ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang sealiran berminat untuk melihat konsep 1Malaysia, yang dipandu oleh Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang kepada kehidupan semua rakyat Malaysia.

Y1M diketuai oleh Chandra Muzaffar, yang kini aktivis bebas selepas keluar daripada parti KeADILan. Setakat yang saya lihat, Yayasan 1Malaysia jelas sekali tidak dipengaruhi oleh sebarang motif politik. Pandangannya bebas, dan sesekali berbeza dengan pandangan kerajaan sedia ada.

2) One Israel Fund

One Israel Fund works to fill the gaps in essential security, medical, educational and social services that are conspicuously lacking in YESHA, as well as providing much needed support to the families who were expelled from their homes in the summer of 2005. Whether we build schools, install playgrounds, or provide life-saving security systems, we are committed to the modern-day pioneers who call YESHA their home.

One Israel Fund bertujuan untuk mengisi ruang keselamatan asasi, perubatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang jelas sekali kurang di Yesha, termasuk sokongan kepada keluarga Yahudi yang dihalau dari rumah mereka pada musim panas 2005. Kami membina sekolah, taman permainan, dan sistem keselamatan untuk menyelamatkan nyawa, kami komited kepada peneraju zaman moden yang menggelarkan Yesha rumah mereka.

Yesha merujuk kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, yang mana turut dianggap sebagai sebahagian wilayah asal Israel yang telah ditawan oleh tentera Mesir dan Jordan pada Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari pada 1967, yang kini berada di bawah pentadbiran Palestin.

Nampaknya turut ada persamaan antara dua yayasan ini, untuk membantu dalam pembinaan negaranya masing-masing. Diharapkan idea Yayasan 1Malaysia bukanlah datang daripada APCO juga ya.

_____________________________________________________________

Kesimpulannya, bukan sekadar Anwar perlu menjawab di Parlimen mengenai kenyataan perkaitan 1Malaysia dan One Israel, malah Najib juga perlu menjawab kepada rakyat tentang perbelanjaan dan justifikasi pemilihan APCO yang jelas sekali melanggar konsep yang beliau rangka, iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Lagipun, ramai siswazah kita yang memperoleh kelulusan dalam bidang Komunikasi Massa, malah kita ada wartawan-wartawan serta pengamal media berkaliber yang bekerja di dalam dan luar negara, mengapalah APCO juga yang menjadi pilihan?

Anwar sendiri tidak pun menyalahkan pemilihan tersebut oleh Najib, cuma beliau tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau seorang yang pro-Barat walaupun dalam banyak keadaan, beliau tidak sehaluan dengan para pemimpin dari Barat, dan tegas dengan pendirian yang beliau tegakkan dalam isu-isu antarabangsa.

Jika Anwar ejen Barat, kita harus katakan bahawa Najib di bawah telunjuk Barat. Okey tidak?