jump to navigation

Malaysia IT Fair, pameran masih berlangsung. Juga cerita komputer riba baru. September 24, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
add a comment

Saya pernah mengeluh mengenai saiz skrin dan papan kekunci yang kecil pada HP Mini 210, yang saya peroleh menerusi kontrak TM Streamyx. Keadaannya yang sempit memberikan kesukaran untuk saya menaip bagi tujuan kerja dan penulisan blog. Manakala RAM yang dibekalkan untuk netbook yang saya peroleh pada April 2010, hanyalah jenis lama DDR2, yang kini kurang digunakan berbanding DDR3 yang lebih mudah diperoleh dengan murah di pasaran.

Pengajaran besar saya peroleh dari situ, iaitu untuk cuba memperoleh yang paling terkini di pasaran, agar gajet dan rangkaian yang dimiliki kekal relevan untuk jangka masa panjang. Kontrak TM Streamyx juga bakal berakhir tahun hadapan, menyediakan saya dengan pelbagai kemungkinan, antaranya untuk menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi yang akan melebarkan sayapnya ke apartmen tempat tinggal saya juga.

Okey, keadaan tersebut membuka mata saya mengenai pameran IT yang diadakan selepas Aidilfitri, iaitu 2-4 September lalu di Pusat Pameran Mid Valley Exhibition Centre. Saya memang mensasarkan untuk membeli sebuah notebook (lebih besar dari netbook) bagi meningkatkan kekerapan penulisan blog, juga untuk menggalakkan aktiviti muat turun lagu dan filem dari Internet. (Teladan yang tidak patut dicontohi kanak-kanak)

Sumbangan pekerja kepada KWSP kini dinaikkan semula kepada 11%.

Untunglah, perbelanjaan Aidilfitri saya sederhana, iaitu menepati jumlah bonus Aidilfitri dari kerajaan 1Malaysia berjumlah RM445.00 (RM500 – RM55 sumbangan KWSP bagi membiayai perbelanjaan kerajaan di masa hadapan) Lebihan wang seperti biasa disimpan bagi masa hadapan.

Lebih baik saya langkau cerita Aidilfitri saya, kerana bagi seorang lelaki 21 tahun yang sudah bekerja, sudah kurangnya nikmat berbanding zaman kanak-kanak riang.

Terus ke cerita Malaysia IT Fair, setelah meneliti pilihan komputer riba yang sesuai, saya pun telah memutuskan jenama yang akan saya pilih.

Acer, tolak ke tepi kerana kerosakan yang kerap berlaku, serta sokongan pelanggan yang kurang mesra.

HP, juga saya tolak ke tepi kerana pengalaman dengan HP Mini 210 yang nampaknya tidak menepati spesifikasi terkini (ketika saya memperolehnya secara percuma, saya tidak arif mengenai spesifikasi komputer).

Pilihan saya adalah ASUS, kerana reka bentuk yang mesra pengguna dan tahan lasak, berdasarkan pengalaman menggunakan komputer riba jenama sama milik sepupu, seorang guru yang bertugas di Sabah. Saya memasang angan-angan untuk memperoleh sebuah.

Pada hari bertuah tersebut, 4 September 2011, saya akhirnya memperoleh komputer riba yang saya idam-idamkan.

Spesifikasi juga telah saya letakkan bersama gambar.

Tentang harga, saya telah membeli komputer riba ini pada harga yang sedikit murah berbanding yang dinyatakan dalam Panduan Produk ASUS ini.

Klik untuk muat turun Panduan Produk ASUS/ ASUS Product Guide September-October 2011

Di samping harga yang sedikit murah, saya juga memperoleh beberapa hadiah percuma (yang saya yakini nilainya murah sahaja) antaranya:-

  • Pad penyejuk (cooling pad)
  • Hub USB 4-port
  • Fon kepala (headphone)
  • Tetikus Optikal
  • Pembersih Skrin
  • Pelindung papan kekunci
  • Backpack
  • Pad tetikus

Antara yang mungkin menjadi perhatian bagi pembaca:-

Windows 7 Home Premium (64-bit)

Pemproses Quad-Core Generasi Kedua Intel i7-2630QM (Maklumat tambahan: pemproses ini dibangunkan di Israel. Terasa bersalah menggunakannya walaupun pantas.)

Grafik AMD Radeon HD 6730M dengan 2GB DDR3 VRAM

 

Sekadar berkongsi maklumat terkini mengenai teknologi terbaru komputer riba. Mungkin tidak ramai lagi yang ambil kisah mengenai komputer riba sejak hadirnya pelbagai komputer tablet seperti iPad 2. Bagi mereka yang banyak meluangkan masa di rumah mahupun di pejabat, komputer riba masih lagi peralatan terbaik untuk menjalankan kerja masing-masing.

Begitulah kisahnya mengenai pemasaran selepas hari raya Aidilfitri, yang saya sangkakan tidak akan dihadiri ramai pengunjung. Rupa-rupanya para pelajar yang bakal memasuki kampus semula, telah beramai-ramai mengambil kesempatan untuk membeli peralatan IT terbaru, mungkin menggunakan duit raya yang diperoleh sebelumnya.

Kepada yang belum ke Malaysia IT Fair, sebenarnya pameran tersebut masih berlangsung. Klik gambar di bawah untuk ke laman web rasmi pameran.

Revolusi Tunisia dan Mesir, kerajaan Malaysia panas punggung! Januari 27, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Game Over bagi Ben Ali, Mubarak dan.... Najib?

Di tengah-tengah kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir yang digerakkan oleh media sosial di Internet, kerajaan Malaysia telah mula mengugut rakyat dengan cadangan pindaan Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 (PPPA).

Pindaan PPPA yang dicadangkan adalah bertujuan bagi mengawal (rujuk mengekang)  kandungan internet seperti portal berita, laman sosial seperti Facebook dan blog, seperti Kelapa Muda yang anda sedang baca sekarang.

Hata Wahari, pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

Semakin ramai pengguna Facebook, Twitter dan penulis blog yang membantah cadangan pindaan PPPA ini, yang dianggap sebagai usaha bagi menutup kepincangan ketara institusi kerajaan di Malaysia yang kian dicemari dengan pelbagai kontroversi seperti kuasa Wanita Pertama yang tidak terkawal, pembunuhan dan kematian tahanan politik, rasuah yang kian berleluasa termasuk di peringkat pentadbiran daerah.

Isteri Perdana Menteri kelihatan mahu merampas kuasa institusi diraja dengan menganggap diri Wanita Pertama. Tak malu sungguh!

Menambah tekanan kepada kerajaan, tindakan tidak peri kemanusiaan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang seolah menjadi kuli kepada kerajaan Persekutuan, serta kenaikan harga barangan keperluan yang menimbulkan kemarahan ramai, yang hanya boleh diketahui menerusi media sosial dan tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

Jelas sekali, kerajaan Malaysia panas punggung!

Walaupun dicop sebagai kuku besi, kerajaan terdahulu pimpinan Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan satu perkara yang membolehkan parti pembangkang Malaysia mendapat tempat yang tidak kurang hebatnya dalam politik Malaysia, iaitu kebebasan Internet yang diberikan dalam Senarai Jaminan Koridor Raya Multimedia.

“Bill of Guarantee No. 7: To ensure no censorship of the Internet”

“Senarai Jaminan No. 7: Untuk memastikan tiada tapisan terhadap Internet”

Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia

Selama ini, kerajaan Malaysia pimpinan Dr. Mahathir, Abdullah Badawi menghormati jaminan kebebasan internet ini, dan berjaya menjadikan Malaysia negara yang dikenali dalam industri multimedia sedunia.

Tukar Tiub, blog Hishamuddin Rais, seniman paling terpinggir Malaysia.

Kini, Malaysia mempunyai himpunan ramai penulis blog, pengguna Facebook dan Twitter yang aktif, serta portal berita yang berpengaruh. Internet menjadi medium yang amat berguna bagi rakyat Malaysia menyuarakan ekspresi diri dan menyebarkan idea secara matang dan berhemah.

Malangnya, kematangan itu cuba dikekang oleh pentadbiran sekarang pimpinan Najib Razak yang terhimpit dengan usaha mempertahankan kerajaan yang sudah bertapak hampir 54 tahun, dan pada masa yang sama cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin yang liberal dan terbuka.

Klik gambar untuk membaca mengenai masalah keselamatan yang melanda para pengguna UniFi.

Jika mahu dikatakan pentadbiran sekarang mahu menghalang kebebasan Internet, pastinya TM tidak dibenarkan bagi meningkatkan kelajuan jalur lebarnya menerusi UniFi dan rakyat akan dibiarkan melayari Internet dengan kelajuan yang cukup memenatkan. Malah jumlah pemain industri internet di Malaysia sedang meningkat dengan pelbagai tawaran baharu.

Mungkin, keterbukaan itu kini sedang cuba dihalang oleh para panglima perang (warlords) dalam partinya yang semakin agresif dalam menyalakan semangat perkauman, serta mengekang kebebasan rakyat.

BlackBerry Playbook, tablet terbaharu. Dipetik dari klip video lagu Black Eyed Peas, Dirty Bit!

Jika aktiviti Internet di Malaysia dikekang, nampaknya kita masing-masing perlu mempertimbangkan untuk menggunakan BlackBerry yang mempunyai pelayar di luar negara yang tidak dapat dikawal kerajaan Malaysia. Terpaksa keluarkan bajet lebih.

Nasihat saya kepada para pemimpin, bersyukurlah kerana mempunyai rakyat yang matang dan berhemah.

Hargailah kami, hormatilah kebebasan kami rakyat Malaysia.

Betapa mudahnya wang kita dipotong, hanya melalui satu panggilan telefon. Julai 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
11 comments

Ada yang datang memberikan komen mereka mengenai satu pakej perlindungan insurans yang disediakan menerusi langganan kepada sebuah syarikat penyedia Internet, dengan kerjasama sebuah syarikat insurans antara yang terulung di dunia.

Memandangkan modus operandi mereka yang mencurigakan, saya telah berhubung bukan setakat dengan Maybank, juga pihak Polis DiRaja Malaysia untuk memastikan bahawa ini merupakan satu bentuk percubaan untuk memperdayakan pelanggan.

Seorang pemberi komen menerangkan langkah-langkah untuk pelanggan “bertuah”, menyertai skim perlindungan yang dinyatakan tanpa perlu menggunakan butir hitam atau putih.

Gambar hiasan.

Prosedur tele-pemasaran :
1. Operator akan menghubungi pelanggan bertuah dalam senarai nama yang diberikan.
2. Operator akan menerangkan kepada pelanggan bahawa semua butir perbualan dirakam.
3. Operator akan menerangkan semua manfaat yang diperolehi daripada program tersebut.
4. Operator akan menjawab sebaiknya semua soalan yang ditanyakan oleh pelanggan.
5. Operator akan mendapatkan kebenaran untuk pendaftaran daripada pelanggan.
6. Operator akan mengesahkan semua maklumat seperti Nama, Nombor MyKad, dan Alamat.
7. Operator akan bertanyakan cara yang mudah untuk pelanggan membayar sama ada hanya menggunakan kad kredit mahupun “auto-debit” dari kad debit Maybank setiap bulan.
8. Operator akan membaca penutupan wajib bagi mendapatkan perhatian pelanggan mengenai jumlah nilai polisi, terma-terma dan syarat polisi.
9. Operator akan meninggalkan nama dan nombor khidmat pelanggan.

Dalam komentarnya, amaran juga diberikan kepada saya untuk tidak memburukkan nama syarikat penyedia perlindungan insurans yang disebutkan, iaitu Chartis Malaysia Insurance Berhad, agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Namun, luangkan sedikit masa untuk membaca tulisan saya terdahulu, adakah saya menyebut perkataan Chartis dalam tulisan tersebut?

Untuk pengetahuan, saya langsung tidak memburukkan nama syarikat Chartis, yang dahulunya dikenali sebagai AIG. Saya juga menyedari mengenai reputasinya sebagai sebuah syarikat insurans yang berpengaruh di arena dunia, yang mana sudah tentu akan menjalankan operasi secara yang ditetapkan oleh undang-undang di negara ianya beroperasi.

Untuk memudahkan rujukan, ini merupakan laporan polis yang saya telah buat mengenai perkara ini. Mungkin agak panjang untuk anda baca.

POLIS DIRAJA MALAYSIA

REPOT POLIS

Balai: Sek 11

Daerah: Shah Alam

Kontinjen: Selangor

No Repot: KAJANG/015914/10

Tarikh: 24/05/2010

Waktu: 1845 PM

Bahasa Diterima: B. Malaysia

Butir-butir penerima Repot

Nama: Zaiton Bt Halim

No. Personel: (sulit)

Pangkat: (sulit)

Butir-butir Pengadu

Nama: Mohamad Firdaus Bin Rosli

No. K/P (Baru): (sulit)

Jantina: Lelaki

Tarikh Lahir: 05/11/1990

Umur: 19 tahun 6 bulan

Keturunan: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Pelajar

Alamat Tempat Tinggal: X-XX-XXX Pangsapuri Sri Ros, Taman Sepakat Indah, Kajang. (Nombor Rumah Dirahsiakan)

No. Tel (HP): (dirahsiakan – sebarang komentar boleh gunakan ruangan di bawah)

Pengadu menyatakan:-

Pada 24/05/2010 jam lebih kurang 3.30 petang semasa berada di rumah saya alamat seperti di atas telah terima panggilan dari Private Number, Pemanggil (P) Melayu bernama Rinah bt Raflee beritahu nama saya serta segala butir peribadi mengenai akaun TM.

Pemanggil ceritakan kepada saya Pakej Perlindungan TM Active Protection Plus, oleh Chartis Malaysia dahulunya AIG iaitu perlindungan asas percuma, perlindungan tambahan seperti insuran lain tapi lebih murah iaitu antara RM25-35 sebulan.

Selepas saya bersetuju beliau meminta 16 nombor digit kad debit Visa Maybank untuk tujuan pengesahan dan pembayaran secara premium. Panggilan tamat selepas pemanggil memberitahu menyeluruh syarat-syarat polisi.

Selepas itu saya membuat panggilan ke Pusat Kad Maybank untuk pengesahan dan seterusnya untuk batalkan kad jika terbukti ada penipuan. Kad akhirnya dibatalkan. Saya buat carian di Internet TM Active Protection Plus tetapi saya tidak menemui sebarang maklumat dan bermakna ada penipuan di sini. Tujuan saya buat laporan adalah untuk rujukan Pihak Tertentu supaya dapat diambil tindakan atas pendedahan maklumat peribadi pengguna kepada Pihak Ketiga.

Sekian laporan saya.

Jika ada sesiapa dari Chartis yang merasakan bahawa saya ingin memalukan nama syarikat kalian dengan pendedahan mengenai laporan ini, saya hanya menulis mengenai laporan polis yang saya buat mengenai satu perkara yang bukan hanya saya, juga pihak Maybank dan PDRM, mengandaikannya sebagai satu penipuan.

Dalam hal ini, saya menaruh sepenuh keyakinan kepada Chartis bahawa syarikat insurans ini mempunyai reputasi cemerlang di serata dunia di atas kualiti perkhidmatan yang terbaik, serta penawaran perkhidmatan yang dipercayai tanpa sebarang syak wasangka.

Contoh ejen-ejen insurans yang beroperasi di Malaysia.

Namun, dalam perniagaan insurans, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis ejen yang beroperasi di merata tempat. Mereka yang menjadi ejen akan menggunakan sebarang cara yang mampu bagi memperoleh seramai boleh pelanggan untuk meningkatkan keuntungan daripada pemberian perkhidmatan pendaftaran polisi insurans.

Dalam pelbagai cara yang digunakan itu, pasti akan ada yang tamak haloba dan sanggup menipu pelanggan menerusi panggilan daripada nombor rahsia, dan sanggup memperbodohkan pelanggan dengan menyatakan bahawa nombor 16 digit kad debit Maybank adalah hanya satu nombor keahlian, sedangkan penolakan kredit daripada akaun pelanggan tidak disahkan secara bertulis seperti kebiasaannya.

Jika skim ini benar-benar wujud dan ditawarkan oleh Chartis Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, perkara seterusnya haruslah difikirkan, iaitu cara penawaran perkhidmatan yang mencurigakan.

Bayangkan seseorang menghubungi kita, dengan tiada nama yang disimpan di dalam telefon.

Khidmat penghantaran 24-jam.

Sudah tentu kita akan merasa ragu-ragu, malah ada yang tidak akan mengangkatnya langsung. Begitulah karenah para pelanggan McDelivery yang saya hadapi setiap hari yang sukar untuk menjawab panggilan.

Maka terpaksalah saya menggunakan telefon sendiri untuk menghubungi pelanggan-pelanggan ini, dek kerana prejudis pelanggan kepada nombor talian McDonald’s Bangi DT iaitu 03-8922-1553 yang disangka sebagai nombor telefon awam. Sedangkan nombor tersebut telah sedia ada ditulis dalam resit yang mereka perolehi setiap kali menerima pesanan daripada rider McDelivery.

Jadi, bagaimana pula dengan nombor Private? Mampukah kita untuk mempercayai?

Untuk pengetahuan juga, saya turut selalu menerima panggilan daripada Pusat TeleMarketing TM yang terang-terang nombornya terpampang di skrin telefon saya sebelum panggilan dijawab, iaitu satu nombor dari Kuala Lumpur. Saya dengan sukacitanya menjawab  panggilan tersebut kerana mengetahui dan meyakini kewujudan mereka sebagai satu bahagian dalam sebuah syarikat sebesar TM.

Saya juga percaya bahawa jika benar-benar Chartis yang menawarkan pakej insurans ini kepada saya secara terus tanpa melalui sebarang ejen insurans lainnya, mereka akan menggunakan nombor yang tidak dirahsiakan.

Hal ini kerana mereka pasti mengetahui bahawa bagi meraih keyakinan pelanggan, prejudis haruslah dihapuskan, semua butir haruslah kelihatan jelas terutama bagi satu perniagaan insurans.

Malah, lawatan saya ke laman web Chartis untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai “TM Active Protection Plus” yang ditawarkan, telah membuka mata saya mengenai kewujudan syarikat insurans ini, lantas menjadikannya antara pilihan saya bagi memperbaharui polisi insurans kereta yang bakal tamat tempoh pada Januari 2011.

Penajaan bernilai AS$ 28 juta, namun cukup bagi meraih keyakinan masyarakat kepada AIG.

Abaikanlah mengenai krisis dahulu kala, kerana syarikat sebesar AIG (kini Chartis) amatlah penting di dunia ini sehinggakan kerajaan Amerika Syarikat tanpa berdolak-dalih memberikannya perlindungan dari kebankrapan dengan suntikan dana pelaburan daripada wang pembayar cukai Amerika Syarikat.

Saya sedari keadaan yang berlaku bukanlah kerana AIG itu satu organisasi yang lemah, tetapi kerana krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat yang menjejaskan pasaran hartanah, yang turut memberi kesan langsung kepada syarikat-syarikat insurans utama.

Sekali lagi saya ulangi, saya meyakini Chartis sebagai satu syarikat insurans unggul dan tidak menjalankan sebarang penipuan mengikut undang-undang negara. Namun saya yakini, keraguan yang timbul sudah pasti hadir daripada sebilangan ejennya yang ghairah dalam memperoleh keuntungan, mahupun pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama syarikat-syarikat ternama bagi memperoleh kepercayaan pelanggan daripada penipuan yang dilakukan.

TM Active Protection Plus. Kempen tele-pemasaran terbaru dari TM. Mei 25, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
114 comments

Jam 3.30 petang 24 Mei, saya telah menerima panggilan telefon daripada sebuah nombor private. Di hujung talian, suara wanita operator menjelaskan mengenai pakej perlindungan peribadi TM Active Protection Plus, yang mana memberikan semua pelanggan Streamyx perlindungan daripada kecacatan kekal.

Manakala bagi perlindungan untuk kemalangan, bayaran bermula dari RM25 untuk perlindungan bernilai RM500,000. Saya ingin meneliti tawaran tersebut dengan meminta e-mel dihantar kepada saya, namun dibalas bahawa tawaran tersebut hanya untuk pelanggan Streamyx terpilih sahaja, jadi tiada e-mel yang akan dihantar selagi pakej tersebut belum saya langgani.

Menghampiri tamat perbualan, operator tersebut meminta saya untuk memberikan nombor 16-digit kad debit Visa Maybank saya. Saya mula curiga, namun tetap memberikan kepada operator tersebut. Operator menjelaskan polisi untuk panduan saya, dan selepas tamat perbualan, saya terus menghubungi pusat pengguna Maybank untuk membatalkan kad debit saya.

Lalu selepas itu, saya membuat carian di Internet mengenai pakej yang disebut, namun tidak berhasil, tiada pakej dengan nama tersebut yang ditawarkan. Rupanya saya hampir diperdaya oleh pihak yang punya maklumat yang lengkap mengenai akaun TM saya.

Suspek yang mungkin:-

  • pekerja atau bekas pekerja TM, yang mana saya merupakan pelanggan Streamyx selama hampir 2 tahun.
  • HP Mini 210 bernilai RM1700, saya peroleh secara percuma menerusi program netbook untuk pelajar dari TM.

    pekerja atau bekas pekerja HP, yang mana saya memperoleh netbook percuma yang diberikan oleh TM melalui khidmat penghantaran dari HP.

  • pihak ketiga lain yang tidak diketahui.

Semuanya mungkin, kerana model perniagaan TM sudah tentu melibatkan banyak syarikat subkontraktor, pembekal, dan anak syarikat yang sukar untuk dipastikan integritinya. Saya sendiri tidak ada penyelesaian terhadap masalah seumpama ini, melainkan kita warga yang prihatin, mengambil tindakan memberitahu dan melaporkan penipuan yang berlaku kepada seramai pihak yang boleh.

Di pihak syarikat-syarikat dan agensi sendiri, integriti maklumat seharusnya dijadikan satu cara perniagaan agar pelanggan dapat berurusan tanpa rasa ragu atau gentar. Pelbagai peraturan, undang-undang yang diwartakan, namun tidak dikuatkuasa gara-gara pelbagai kekangan. Nampaknya kita kini seolah-olah hidup dalam negara tanpa undang-undang.

Lihat, SPR turut membuatkan para pengundi benak (bodoh). Baca papan tanda dengan teliti.

Setakat ini, marilah kita hidup semula seperti di zaman batu dahulu, di mana kita sendiri yang harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang ancaman ke atas sumber pendapatan, mahupun aset yang kita miliki. Model negara bangsa, nampaknya tidak lagi efektif dalam melindungi nasib warganya.

Paling penting, tiada lagi panggilan daripada nombor private akan saya jawab selepas ini. Mari kita semua lakukan yang sama agar tidak ditipu, selain langkah-langkah lain yang bersesuaian.

Nota:

1) Saya ingin membuat permohonan maaf kepada para pembaca, serta pihak-pihak yang terlibat dalam penawaran pakej TM Active Protection Plus. Berdasarkan maklumat yang saya baru perolehi, pakej ini benar-benar wujud dan ditawarkan oleh Chartis Malaysia Insurance Berhad bersama Telekom Malaysia Berhad.

2) Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai pakej ini setelah saya memperoleh e-mel rasmi daripada Chartis Malaysia berhubung pakej khas untuk pelanggan TM ini. Sebelum ini saya tidak dapat memperoleh maklumat menerusi e-mel berhubung pakej ini daripada operator tele-pemasaran yang menghubungi saya menerusi talian private sebelum ini, kerana diberitahu bahawa saya harus melanggannya terlebih dahulu.

3) Saya telah menghubungi TM menerusi bahagian “feedback” dalam laman web rasminya, namun tiada sebarang balasan yang diterima oleh saya, menyebabkan saya terus mengekalkan tajuk tulisan yang sama dari 25 Mei 2010 yang lalu.

4) Sebagai tanda permohonan maaf, saya akan melakukan perubahan ke atas tulisan ini,  serta tajuknya bagi mengelakkan kekeliruan bagi semua. Sebuah tulisan khas juga bakal diwujudkan, sebagai maklum balas dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengelakkan daripada berulangnya persepsi negatif  dan syak wasangka daripada seorang yang hanya bergelar “pelanggan” seperti saya.

Haiti dilanda gempa bumi, seluruh negara kelam kabut. Januari 16, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Tidak banyak dilaporkan media massa Malaysia mengenai keadaan di Haiti yang dilanda gempa bumi magnitud 7.0 skala Richter. Utusan melaporkan dengan tajuk “Mayat jadi sekatan jalan”, manakala Berita Harian pula melaporkan dengan tajuk “Lebih 50,000 disahkan maut”.

AlJazeera English, sebagai salah sebuah saluran berita paling ditonton di dunia telah menghantar 3 wartawan ke zon bencana terutama di Port-Au-Prince, ibu kota Haiti yang punah termasuk di istana Presiden dan juga bangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN). Setiap jam, terdapatnya liputan terkini dari Haiti mengenai keadaan di kawasan bencana yang saya dapat tonton melalui Hypp.tv dari TM.

Apakah yang sebenarnya berlaku di Haiti?

Sebelum bencana, Haiti merupakan sebuah negara yang dilanda krisis politik, dengan pertukaran pemimpin oleh kuasa luar. Jika rampasan kuasa di negeri Perak dilaksanakan melalui kuasa polis dan institusi diraja yang dikawal seluruhnya oleh Perdana Menteri, di Haiti pula CIA (Agensi Penyiasatan Pusat) dari Amerika Syarikat telah mengatur rampasan kuasa daripada pemimpin diktator. Namun demikian, Haiti terus dilanda kemiskinan yang menular, menjadikannya negara termiskin di rantau Caribbean.

Pada tahun 2008, Haiti dilanda 4 ribut taufan yang menyebabkan rakyat terpaksa bertahan dalam meneruskan hidup. Jadi kejadian gempa bumi Selasa lalu jelas sekali tidak membantu mereka, malah menambah beban dalam hidup rakyat Haiti. Istana Presiden roboh, menyebabkan Presiden Rene Preval terpaksa menjalankan pentadbiran daripada bangunan lapangan terbang antarabangsa yang kini dikawal tentera Amerika Syarikat. Beliau langsung tidak keluar untuk menjenguk rakyat, mungkin risau akan risiko terhadap nyawa yang terancam gara-gara kemarahan rakyat yang menggelegak.

Apa yang dapat dilakukan kerajaan Haiti buat masa ini?

Mereka hanya mampu menganggarkan jumlah yang terbunuh, dengan anggaran terbaru kematian berjumlah 140,000 orang. Selain itu, mereka juga terpaksa merayu bantuan dari masyarakat antarabangsa di kala rakyat menangisi pemergian ahli keluarga, dan masih ramai terperangkap di sebalik runtuhan bangunan.

Pasar raya besar dipecah masuk, bekalan makanan yang tiba setakat tulisan ini hanya cukup untuk 8,000 penduduk, menyerlahkan risiko kebuluran sebagai punca kematian seterusnya dalam tempoh beberapa minggu mendatang. Anarki pula semakin menjadi-jadi dengan kurangnya pasukan keselamatan untuk mengawal keadaan pasca bencana.

Dalam keadaan kelaparan dan kesedihan, sebahagian besar rakyat Haiti yang masih punya kudrat cuba mengeluarkan mangsa lain yang terperangkap di celah bangunan, mengharapkan masih ada yang hidup. Malangnya ramai yang tidak dapat bertahan, ada yang dikebumikan beramai-ramai, dan akhirnya mayat selebihnya dilonggokkan di tengah jalan sebagai tanda protes kepada ketiadaan bantuan segera, termasuk daripada staf dan tentera pengaman UN yang sudah sedia ada sebelum bencana lagi. Ramai staf UN yang hilang, dipercayai terperangkap dalam bangunan atau sudah meninggal dunia, tidak dapat dipastikan keadaan mereka.

Usaha bantuan terbesar dalam sejarah cuba dimulakan, namun jalan amat berliku dengan kapasiti lapangan terbang yang hanya mempunyai 1 landasan, manakala pelabuhan rosak sepenuhnya selepas gempa melanda. Penyanyi Wyclef Jean yang berasal dari Haiti turut serta dalam usaha mengumpul derma demi rakyat senegara.

Pilihan yang ada, bantuan dari Republik Dominica yang terletak bersebelahan. Republik Dominica bukanlah sebuah negara yang kaya raya, namun lebih terurus berbanding Haiti. Pemimpin Republik Dominica sedang cuba melakukan yang terbaik untuk merawat rakyat Haiti yang cedera, termasuk dengan melawat Haiti bagi meneliti cara untuk membantu dan mengenal pasti bantuan yang diperlukan.

Nampaknya masyarakat kita mungkin tidak akan mengetahui semua ini, media kita segan silu untuk bercerita. Mengapa? Sebab Haiti bukan negara Islam? Sebab Haiti jauh dengan kita?

Diharap kita tidak membezakan standard, ini adalah bencana sangat besar bagi sebuah negara semiskin Haiti. Diharapkan kerajaan kita dapat menyumbang dalam usaha bantuan kepada mereka di sana, dengan penghantaran pasukan SMART kita yang mahir dalam menghadapi gempa bumi selain bekalan makanan yang pastinya boleh dihantar dengan kuantiti besar kepada mereka.

Pengalaman bersama P1 W1MAX. Disember 31, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
5 comments

Sebenarnya sudah lama saya mengenali sebuah syarikat bernama P1, iaitu sejak dari saya belajar di Sunway University College lagi, iaitu pada tahun 2007. Ketika itu mereka terkenal dengan perkhidmatan Hotspot yang pantas dengan kadar serendah RM20 sahaja sebulan, di tempat-tempat yang mereka panggil P1 “Hot Zone”.

Apabila mereka memperkenalkan W1MAX pada tahun ini, saya terus tertarik dan teringin untuk mencuba. Di kiosk-kiosk promosi yang mereka sediakan, kelajuan muat turun dan muat naik mereka bolehlah dikatakan memuaskan. Tambahan pula ciri mudah alih yang mereka miliki sangat menarik para pengguna.

29 Disember, hari Selasa, saya terus mencuba perkhidmatan W1MAX P1 pakej Plus bernilai RM99 sebulan dari kiosk promosi Sunway Pyramid. Kerana tertarik dengan iklan “Potong!” mereka, saya pun membayar deposit RM100 dan menerima modem percuma daripada P1.

Setiba di Sri Ros, saya terus mencuba perkhidmatan mereka. Malang sekali kerana kelajuan muat turun yang mereka berikan hanyalah 200 hingga 300kbps (kilobyte per saat) berbanding yang diiklankan 1.2Mbps. Saya menguji kelajuan muat turun bagi P1W1MAX 1.2Mbps dan TM Streamyx 1Mbps di laman web Speedometer milik P1.

Green Packet sebuah syarikat senaraian Mesdaq di Bursa Malaysia Securities.

Kecewa dengan P1, saya membatalkan hasrat untuk memotong talian TM Streamyx dan terus ke Packet Hub di menara Green Packet, Jalan Templer di Petaling Jaya tengahari 30 Disember. Ramai yang berada di sana untuk pelbagai urusan seperti pembayaran bil, khidmat pelanggan dan pemotongan perkhidmatan.

Apa yang menarik dengan P1 P@ddock ini, tempat menunggunya selesa, ada ditayangkan filem-filem pendek 15Malaysia melalui beberapa TV Plasma yang disediakan, selain beberapa PC yang disediakan untuk mencuba perkhidmatan internet P1 melalui pakej-pakej berbeza seperti pakej Lite, Plus, Pro, dan W1GGY.

Paling saya suka, minuman percuma. Terdapat minuman panas seperti kopi pelbagai jenis daripada Nescafe’ dan juga “air kosong” daripada penapis air yang juga disediakan di sudut tepi ruang menunggu. 3 cawan kopi Mocha yang saya minum sementara menunggu giliran yang agak lambat.

Akhirnya giliran saya tiba, dan pegawai khidmat pelanggan melayani permintaan saya dengan pantas. Cek pemulangan RM100 dikeluarkan kepada saya secara terus apabila transaksi selesai. Keluar dari Green Packet dengan penuh sayu, saya terus mencari cawangan CIMB Bank untuk deposit cek, akhirnya singgah di McDonald’s Plaza Tol Sunway LDP untuk menikmati Filet-O-Fish untuk mengisi perut.

Di bawah, disenaraikan ranking saya untuk perkhidmatan Internet beserta ulasan untuk setiap satu penyedia perkhidmatan.

1) DiGi Broadband:

Kelajuan stabil, liputan luas. Di kawasan 3G, kelajuan teramat bagus mengatasi yang diiklankan. Di kawasan lain, ada EDGE yang lebih memuaskan berbanding Celcom HSDPA dan Maxis HSDPA. Laju di semua kawasan, lebih afdal untuk digunakan di tempat yang selalu berlaku kecurian kabel telefon (misalnya Yan, Kedah; Batu Gajah, Perak; dan Alor Gajah, Melaka). Khidmat pelanggan, bagus.

2) TM Streamyx:

Kelajuan tinggi, namun kurang stabil kerana kehilangan isyarat yang kerap kali berlaku semasa hujan. Tidak mudah alih, namun yuran bulanan murah setanding mutu perkhidmatan. Mudah terdedah kepada kecurian kabel yang boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan sehingga sebulan. Khidmat pelanggan, teruk.

3) P1 W1MAX:

Kelajuan stabil, namun tak cukup pantas untuk pengguna internet yang tegar seperti saya. Keupayaan mudah alih memang menyeronokkan, namun saiz modem DV 230 terlalu besar untuk diangkut ke merata-rata tempat. Khidmat pelanggan cemerlang, tahniah. Punya ruang amat besar yang harus dimanfaatkan untuk peningkatan kualiti. Inilah masa depan Internet Malaysia jika kena caranya.

4) Maxis Broadband:

Mengecewakan dengan had muat turun yang sedikit, namun sudah mula menggunakan EDGE untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan walaupun tidak mampu menyediakannya di seluruh negara seperti DiGi. Setakat ini tidak ada rakan yang meninggalkan Maxis Broadband untuk bertukar ke Celcom Broadband, yang ada hanyalah yang bertukar ke DiGi, Streamyx mahupun W1MAX.

5) Celcom Broadband:

Paling teruk dari segala segi; muat turun lembap, khidmat pelanggan hancur, promoter yang kuat menipu dan mengganggu pelanggan di sana sini. Digalakkan untuk satu sahaja jenis pengguna: yang punya liputan Celcom sahaja di tempat mereka (misalnya Kg Kuala Ruman, Jeniang, Kedah).

Saya amat berminat untuk mengetahui komen anda tentang penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di negara kita. Lebih berharap untuk respon memberangsangkan dari mana-mana penyedia perkhidmatan.

Yang penting saya tidak mahu sebarang promosi yang cuba “mengikat” pelanggan dengan kontrak tanpa tempoh percubaan seperti diamalkan Celcom Broadband, Maxis Broadband serta DiGi Broadband.

DiGi Broadband turut “mengikat” pelanggan, namun setakat ini tiada aduan yang saya terima tentang kualiti perkhidmatan mereka. Streamyx pula turut mencuba dengan “Super Upgrade Deals” yang cuba memperdaya pelanggan dengan kadar sama perkhidmatan untuk 4 bulan pertama, dan kadar diskaun untuk 20 bulan seterusnya, tetapi tempoh kontrak pula dipanjangkan kepada 24 bulan. Saya tidak berminat, harap Streamyx lebih menumpukan kepada peningkatan kualiti daripada persaingan harga.

Sebagai kesimpulan, P1 masih punya peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka memandangkan saya tidak langsung terpengaruh dengan tawaran yang cuba “mengikat” saya daripada menukarkan perkhidmatan kepada yang lain.

Akhirnya, saya berharap P1 akan memperoleh kepercayaan semula daripada saya dan pelanggan-pelanggan lain yang turut mengembalikan modem mereka.

Inilah harapan kami apabila cuba "membebaskan diri daripada monopoli TM". Dunia baru, penemuan baru. Apakah harapan akan terlaksana? Semoga P1 memahami isi hati penggunanya.

Kenapa perlu bersaing sama satu syarikat? Disember 26, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Tahun lalu syarikat Telekom Malaysia Berhad telah mengasingkan entitinya kepada dua bahagian, yang mana satu bahagian ditetapkan untuk menjaga segmen talian tetap, manakala satu lagi bahagian menjaga segmen mudah alih, iaitu  TM International (kini Axiata) yang memegang saham dalam syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih di 10 buah negara Asia.

Lagi-lagi penjenamaan semula. Untuk apa? Seolah tiada guna jika perkhidmatan di takuk lama dan fikiran hanya menurut hukum kapitalisme.

Pengasingan tersebut melibatkan penawaran saham berasingan untuk unit TMI dan juga TM di dalam pasaran saham Malaysia, itu dari sudut komuniti bisnes. Pada sudut masyarakat, pengasingan ini juga bermaksud tiadanya lagi kaitan rapat antara talian tetap TM dan juga perkhidmatan mudah alih Celcom yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengasingan tersebut adalah bertujuan untuk mempertingkatkan daya saing Celcom dalam segmen mudah alih untuk bersaing dengan syarikat lain yang semakin mara ke hadapan. Ketika itu Celcom masih belum punya hala tuju jelas dalam penawaran produknya.

Celcom melalui Xpax menaja konsert di sana sini dan pelbagai filem di pawagam. Namun, malangnya mungkin mereka tidak memandang yang tempatan, semuanya antarabangsa belaka.

Misalnya untuk prabayar, kita pernah mendengar nama seperti XCeed, XCel dan XPlore untuk segmen pengguna prabayar yang berbeza, yang mana jelas sekali gagal dan akhirnya Xpax sekarang amat berjaya dengan menjadi penaja konsert yang melalaikan di sana sini.

Dalam hal ini, kita tidak harus menyalahkan Celcom, kerana ketika itu mereka masih lagi segar dengan penggabungan yang rumit bersama TMTouch akibat daripada kegagalan pengurusan di bawah tokoh korporat Melayu, Tajuddin Ramli yang dipenuhi hutang dan ketidakcekapan perkhidmatan yang amat merimaskan, akhirnya terpaksa diambilalih oleh Telekom Malaysia pada harga asal bersama dengan hutang menimbun.

Okey, itu masa lalu. Menginjak pula ke masa terkemudian, kita telah mula diperkenalkan dengan Streamyx, jalur lebar pertama Malaysia (juga antara yang pertama di ASEAN), dan masih cuba mengekalkan takhtanya di tempat pertama sekarang. Ketika itu monopoli pasaran amat ketara memihak kepada Telekom Malaysia, sehinggakan ramai yang cemburu dan juga memberi pelbagai aduan kepada mereka atas perkhidmatan yang memang jelas sekali mengecewakan pada masa itu.

Di kala pengasingan perkhidmatan TM berjalan, munculnya penyedia-penyedia perkhidmatan internet mudah alih. Bermula dengan Maxis Broadband, Celcom agak terlambat dengan memperkenalkan Celcom Broadband, namun cepat mengejar Maxis dengan menawarkan liputan seluruh negara dengan keupayaan HSDPA, 3G, EDGE dan GPRS di kala Maxis begitu lambat memperluaskan liputan jalur lebarnya.

Kini, muncul pula P1 dengan perkhidmatan W1MAX, dan paling lewat sekali DiGi Broadband, selain kafe dan restoran yang kini semakin banyak menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di premis-premis mereka. Kemunculan kemudahan-kemudahan ini menjadikan Streamyx agak terpinggir dari arus perdana Internet di Malaysia gara-gara satu kelemahan: tidak mudah alih.

Salah satu tempat yang menyediakan Wi-Fi. Terbaru, McDonald's Bangi DT. Pasti makin ramai akan me'lepak'.

Pengguna Streamyx terpaksa mencari tempat-tempat yang memiliki Wi-Fi jika keluar untuk melakukan tugas, mahupun menjalankan aktiviti sosial melalui Internet, yang mana ini amat merimaskan staf dan pemilik di premis-premis yang menyediakan kemudahan sedemikian. Memang ada “Streamyx Zone”, namun amat terhad kepada restoran-restoran tertentu sahaja.

Lantas kita terfikir, apakah gunanya pengasingan antara Celcom dengan TM?

Saya terfikir sedemikian, kerana jika pihak TM betul-betul bijak, mereka boleh memanfaatkan kedua-dua syarikat  yang diasingkan itu sekaligus untuk mendapat lebih keuntungan dan menggembirakan pengguna!

Bagaimanakah caranya?

Dengan menawarkan keupayaan jalur lebar mudah alih Celcom kepada pengguna Streamyx ketika di luar rumah, dan memanfaatkan infrastruktur talian tetap yang stabil kepada pengguna Streamyx di dalam keselesaan rumah mereka pada masa yang sama. Bukankah itu satu idea menarik?

Ianya bukan sesuatu yang mustahil, malah pengguna pasti menggemarinya dan akan setia bersama TM dan Streamyx, pada masa yang sama meningkatkan populariti Celcom Broadband sendiri. Seharusnya ini boleh dijadikan sebagai satu pilihan kepada pengguna yang mempunyai akaun Streamyx. Pelajar di asrama, itu lain ceritanya pula.

Menarik juga jika modem ini ditawarkan kepada pelanggan Streamyx yang mahu menggunakan Internet di luar rumah menggunakan sambungan Celcom Broadband, pada harga lebih menarik. Pasti ramai akan lebih gembira. =)

Mungkin ada pertikaian, bagaimana pula untuk mereka yang berkongsi rumah sewa? Jawapan saya: kita sediakan pilihan mobile broadband ini kepada pemegang akaun Streamyx sahaja, untuk kegunaan di luar kediaman mereka, dengan satu caj tambahan yang pasti pengguna tidak kisah membayarnya, mungkin tambahan RM20-30 sebulan untuk Broadband Basic 384kbps, tambahan RM40-50 sebulan untuk Broadband Advanced 3.6 Mbps, di mana satu kad SIM (dan lebih afdal lagi modem percuma) akan diberi kepada setiap pelanggan yang mengambil bahagian.

Dari segi pembayaran, sudah pasti lebih terjamin kerana pengguna yang terlibat dapat dicari dengan mudah berdasarkan alamat talian tetap mereka. Mungkin TM risau akan penyalahgunaan modem broadband mudah alih percuma oleh pengguna selain daripada pemilik nombor akaun. Jawapan saya: tidak mengapalah asalkan ARPU meningkat dan indeks kepuasan pengguna meningkat ke tahap tertinggi. ARPU adalah singkatan kepada perolehan purata per pelanggan, average revenue per user.

Masih belum terlambat jika ada pihak-pihak berkepentingan dalam TM yang ingin mengimplementasikan idea ini, malah dialu-alukan untuk manfaat bersama pengguna-peniaga, lantas meningkatkan reputasi negara Malaysia dari segi kemudahan Internet, dan memperluaskan liputan Internet di negara kita yang sedang mengejar Wawasan 2020. (10 tahun sahaja lagi, silalah berubah segera!!)

Nasiblah cik adik manis, gambar anda yang saya temui. Gelagat orang-orang seperti anda amat merimaskan, terutama yang penipu. Ada ke patut seorang daripada mereka ini berkata, di Baling ada liputan HSDPA 3.5G Celcom?? Menipu sungguh!

Sedih dan rimas juga di PIKOM PC Fair baru-baru ini, dengan sengitnya TMNet dan Celcom bersaing sesama sendiri untuk memancing pelanggan yang lalu lalang (sehingga semua pelanggan jadi rimas, termasuk saya!), di kala mereka boleh sahaja bersinergi demi manfaat pengguna kebanyakan. Tengok P1 W1MAX, DiGi dan Maxis ketika itu, selamba sahaja, dan lebih menumpukan kepada usaha memberikan rangkaian terbaik, bukan mengejar jumlah pelanggan untuk jadi Numero Uno di Malaysia.

Diharap TM berubahlah segera ke arah kebaikan.

Broadband Oh Broadband, ke Berukband? Oktober 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
8 comments

Semakin ramai pengguna Internet di Malaysia yang kini beralih kepada jalur lebar mudah alih, atau disebut “mobile broadband”. Rangkaian Internet jalur lebar No.1 Malaysia, TM Streamyx kini menghadapi persaingan yang amat sengit dalam mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Usaha yang telah dilakukan TM, iaitu dengan membida hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) nampaknya telah gagal, menyaksikan Astro bersama ESPN memenangi hak penyiaran dengan bayaran sejumlah RM800 juta untuk siaran selama 3 tahun, dengan kos bidaan akan dialihkan kepada para pelanggan, seperti baru-baru ini di mana yuran tambahan RM12 dikenakan kepada pelanggan Pakej Sukan Astro atas alasan kenaikan kos penyiaran.

Dijangkakan TM akan mencuba lagi untuk membida hak penyiaran BPL pada tahun 2012, memandangkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dijangkakan siap pada tempoh tersebut, lantas memastikan kualiti siaran yang lebih tinggi.

Rangkaian “streaming” yang dimiliki oleh TM sekarang, Hypp.TV hanya mampu memastikan kualiti siaran yang dioptimumkan kepada pengguna yang melanggani pakej berkelajuan 1.0Mbps ke atas sahaja.

Jadi, kepada pelanggan seperti saya yang menggunakan pakej 1.0Mbps berharga RM110 sebulan, TM menawarkan langganan percuma Hypp.TV selama 12 bulan. Hypp.TV menawarkan 30 saluran, antaranya Aljazeera English, ChannelNewsAsia, Bloomberg dan banyak lagi. Setakat 2 bulan menggunakan Hypp.TV, saya berpuas hati dengan kualiti siaran yang diberikan yang tidak pernah tersekat-sekat.

Apa yang saya dapat perhatikan juga, sejak menonton Hypp.TV juga, perkhidmatan Internet di rumah saya tidak lagi terputus-putus seperti dahulu, ketika saya selalu terpaksa menggunakan Wi-Fi KLIUC dan selalu melaporkan masalah rangkaian Streamyx kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sekalung tahniah untuk TM dan Hypp.TV. Diharapkan lebih banyak saluran yang akan ditawarkan selepas ini, agak bosan asyik menonton Aljazeera sahaja.

Ada lagi cerita Broadband yang menarik di bawah ini.

Jumaat lalu, saya telah ke Sunway Pyramid bersama buah hati saya, Husna Amira untuk membantunya mendapatkan satu pakej “mobile broadband” untuk kegunaannya di UiTM Melaka.

Berdasarkan pengalaman menggunakan Celcom Broadband di Alor Gajah (milik rakan Husna) dan di Yan (milik bapa saya, Encik Rosli), kami berdua sangat kecewa dengan kualiti rangkaian yang diberi Celcom. Maxis Broadband pula, terlalu mahal harganya, dan kuota muat turun hanya 3GB, sangat tidak mencukupi. P1W1MAX pula, dilaporkan sangat laju, namun tiada liputan luas.

Sebelum turun ke Sunway Pyramid, saya telah melakukan kajian saya sendiri untuk membantu Husna. Dengan publisiti yang semakin banyak, saya ketemu dengan satu perkhidmatan “broadband” terbaru, DiGi Broadband. Pakej yang ada agak menarik, terutama “Student Package” bernilai RM58 dengan modem percuma.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan zoom out peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi berwarna kuning dan oren dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan "zoom out" peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Tentang liputan pula, peta liputan memberitahu saya bahawa di seluruh kawasan rangkaian DiGi di seluruh negara, terdapatnya EDGE, yang mana memberikan kelajuan data lebih laju daripada GPRS, namun kurang laju berbanding 3G.

Saya sebenarnya memang seorang pengguna DiGi pascabayar, yang tersangat yakin dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan, berdasarkan pengalaman langganan selama hampir 1 tahun yang sangat menggembirakan.

Masalah memang ada, banyak juga,  namun ditangani dengan cemerlang oleh saya dan juga kakitangan perkhidmatan pelanggan DiGi, menjadikan penyelesaian sangat mudah diperolehi.

Boleh dikatakan, tindakan mencuba DiGi Broadband adalah satu “gamble” yang sangat merbahaya. Lagipun, liputan 3G Broadband DiGi hanya ada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Namun, memikirkan Celcom Broadband yang sangat mengecewakan, kami rasa tak rugi mencuba, kerana paling teruk pun kami akan memperolehi kelajuan perkhidmatan seperti Celcom juga. Lagipun, kami sentiasa ada SKMM yang setia mendengar luahan hati, dan sedia bertindak tanpa dolak dalih kepada para penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Pergi ke Kedai DiGi Sunway Pyramid, kami dikejutkan dengan tawaran terbaru mereka: RM88 sebulan untuk muat turun tanpa had. Jadi, apa yang kami lakukan, kami pergi ke “laptop” di kedai tersebut yang dilengkapi dengan DiGi Broadband, khusus untuk pelanggan yang ingin mencuba kualiti jalur lebar DiGi. Sambil itu, kami berbincang tentang tawaran RM88 itu.

Saya melayari laman-laman web dan blog kegemaran, seperti Tukar Tiub, Malaysiakini, The Malaysian Insider, termasuklah blog saya sendiri Kelapa Muda. Tertarik dengan kelajuan muat turun yang dilihat di depan mata kepala, Husna bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, memandangkan beliau memberitahu bahawa beliau selalu melakukan muat turun fail seperti MP3 dan FLV dari YouTube.

(Dalam kepala saya pula, saya membayangkan keadaan dalam bangunan yang tiada liputan 3G, tetapi DiGi Broadband masih mampu memuaskan hati dengan muat turun yang pantas.)

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Selepas itu, Husna membayar pendahuluan RM100 untuk mendapat sebuah modem percuma yang cantik berjenama Huawei E1550 daripada DiGi Broadband. Tiada yuran pengaktifan dikenakan.

Kemudian, kami meneruskan urusan membeli belah barangan dan juga makanan di Sunway Pyramid. Lebih RM300 kami belanjakan pada hari tersebut, dengan RM100 daripadanya dibayar untuk DiGi.

Kami ke Puduraya untuk menghantar Husna ke Alor Gajah, menaiki bas MARA Liner jam 7.30 malam. Bas MARA Liner pada malam itu tersilap laluan, menyebabkan perjalanan hanya 1 jam 30 minit menjadi lebih 2 jam, dan Husna tiba di depan pintu UiTM Melaka pada jam 10.00 malam.

Saya pula, pulang ke Kajang dengan melalui Jalan Loke Yew, seterusnya Jalan Tun Razak, kemudiannya Lebuhraya Sungai Besi (E9 Besraya) dan solat Maghrib di Kawasan Rehat Mines yang ada stesen Esso.

Sepanjang perjalanan, saya melihat kesesakan teruk dialami sepanjang Lebuhraya PLUS antara UPM dan Bukit Jalil. Nasib baik ada Besraya, selepas ini malas nak lalu KL-Seremban lagi.

Risau menanti Husna tiba di Melaka dan mencuba DiGi Broadband dengan kelajuan EDGE, saya tiba di Sri Ros(mah), Taman Sepakat Indah, Kajang pada 8.05 malam (harus diingat saya sempat berhenti untuk solat Maghrib), dengan berlepas dari Puduraya pada jam 7.35 malam.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Pantas kan, 30 minit sahaja dari Puduraya? Terima kasih kepada motosikal saya tercinta, Honda Wave 100R.

(Jangan pula ajak saya berlumba selepas ini, motosikal saya itu kecil sahaja. Jika mahu ajak berlumba, sediakan saya sebuah 135LC terlebih dahulu=P) Jangan risau, saya tidak akan sahut ajakan berlumba, kerana menyayangi nyawa yang sangat berharga ini.

Nampaknya hasil yang diperolehi, DiGi Broadband terbukti YANG TERPANTAS di UiTM kampus Melaka berdasarkan perbandingan dengan Celcom Broadband milik rakan Husna.

Harus diberi perhatian, kawasan Kampung Lendu, Alor Gajah di mana UiTM Melaka terletak, Celcom memiliki rangkaian hebat HSDPA, 3G dan GPRS. Bandingkannya dengan DiGi yang hanya punya EDGE di kawasan yang sama.

Kepada DiGi, jangan cepat berpuas hati, kerana selepas tulisan saya ini, pasti ramai pelajar UiTM Melaka yang berminat mahu menggunakan DiGi Broadband. Sila utamakan lokasi-lokasi seperti ini, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk penyediaan rangkaian 3G.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Para pelajar kampus dan luar kampus memerlukan “broadband” yang lebih pantas, bukan hanya pelajar UM yang memerlukannya ya!

(Universiti Malaya adalah universiti yang paling ke hadapan dalam memperolehi perkhidmatan Internet yang pantas, memandangkan lokasi di bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran pula dengan menara TM.)

Untuk dipendekkan cerita, bertindaklah dengan bijak dalam memilih perkhidmatan jalur lebar, pastikan ianya memenuhi keperluan dan menepati jangkaan.

P/S:

1) Untuk pertanyaan lebih banyak tentang DiGi Broadband, TM Streamyx, dan Celcom Broadband, anda boleh gunakan ruangan komen di bawah.

2) Jika ada pertanyaan tentang P1 W1MAX, saya juga boleh menjawab, namun saya akan rujuk rakan KLIUC yang menggunakannya, Zahidah namanya, yang menggunakan W1MAX di rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

3) Manakala pertanyaan untuk Maxis Broadband pula, saya akan rujukkan kepada kakak Husna yang di UiTM Shah Alam, Selangor.

4) Jangkakan respons yang agak lambat, kerana saya sedang ber-peperiksaan akhir, doakan kejayaan saya=).

RON95 belum dipasarkan menyeluruh, ramai yang semakin risau. Julai 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Sudah beberapa bulan minyak petrol RON95 dilancarkan di Putrajaya, namun setakat ini hanya 2 stesen Petronas di Presint 9 yang menjualnya kepada rakyat di sana. Stesen-stesen lain masih menjual minyak gred biasa, iaitu RON97.

Keadaan ini meragukan kita semua, kerana kita dapat melihat seperti stesen-stesen minyak di Malaysia belum bersedia untuk menjadikan RON95 sebagai gred minyak petrol yang utama. Keadaan ini jelas kelihatan dengan warna nozel pam dan papan tanda gred minyak yang belum ditukar-tukar lagi.

Kenaikan harga petrol RON97 akan bermula pada 1 September 2009, kurang 2 bulan dari sekarang. Jika dilengah-lengahkan lagi, keadaan kelam kabut pasti berlaku pada tarikh tersebut, jadi saya minta penjualan RON95 diperluaskan segera ke seluruh negara, kerana rakyat akan mendapat manfaat lebih menyeluruh, dan tidak terus berada dalam kekeliruan.

Ada rakan saya yang memberitahu, bahawa sebenarnya kerajaan sedang menggunakan pengenalan RON95 sebagai muslihat untuk menaikkan harga petrol secara keseluruhan. Apabila papan tanda dan warna nozel tidak ditukar, sudah tentu minyak yang dikeluarkan oleh nozel tersebut daripada gred yang sama, iaitu RON97, yang akan dinaikkan harga kepada RM2 seliter pada 1 September.

Logik juga maklumat daripada rakan saya itu, namun saya masih menaruh sedikit keyakinan kepada kerajaan bahawa mereka tidak akan melakukan kerja bodoh sebegini. Mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat pada masa sekarang, dan sebarang langkah membebankan rakyat pasti akan jadi satu bentuk “suicide commit” kepada mereka.

Atau, adakah mereka sudah tahu bahawa rakyat akan menolak mereka pada pilihanraya ke-13 nanti? Mungkin juga, oleh kerana itu, mungkin mereka akan cuba sedaya upaya untuk terus memeras rakyat dalam tempoh singkat ini? Bukan prejudis, namun segalanya mungkin pada masa sekarang. Sebagai rakyat yang bijak, marilah kita terus memantau apa yang politikus kita sedang lakukan sekarang, terutama dalam keadaan ekonomi sebegini buruk.

Telefon ini sangat teruk, setahun setengah saya guna, macam-macam rosaknya.

Semalam, seorang kontraktor dari TM memasang talian telefon di rumah baru saya di Taman Sepakat Indah, untuk saya terus menggunakan Streamyx, dan tiba-tiba memberi telefon talian tetap percuma. Sedangkan, yang rosak adalah telefon bimbit saya, Sony Ericsson W660i yang “sengal” tu. Sudah setahun saya guna talian tetap TM, saya sudah pun ada sebuah telefon talian tetap.

Sesiapa mahu tukarkan telefon bimbit mereka dengan telefon “fixed line” baru saya???

Sejak bila pula PAS nak berpakat dengan UMNO ni?? April 29, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Memetik ulasan penulis blog Kickdefella, beliau menceritakan mengenai apa yang beliau kata sebagai “gabungan PAS dan UMNO” yang dikatakan akan berlaku Jun ini. Saya ingin memberitahu semua, bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, dan rakyat Malaysia tidak mahu ianya berlaku!

Mengapa, mengapa, dan mengapa khabar angin sebegini tercetus? Pastinya ini plot baru untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat, harap tiada siapa yang akan terpengaruh dan mempercayai perkara ini. Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri berkata, cadangan kerajaan campuran itu bukannya antara BN dan PAS, atau UMNO dan PAS, tetapi tuntutan beliau adalah kerajaan campuran Pakatan Rakyat-Barisan Nasional.

Kerajaan ini akan menyerupai konsep di Indonesia, di mana kita dapat melihat keterbukaan yang amat ketara selepas kerajaan campuran ditubuhkan di negara tersebut, kadar rasuah yang merudum, lihat juga perkembangan ekonominya yang amat hebat, walaupun dilanda kegawatan sekarang. Jika ekonominya tidak hebat, masakan TM membeli syarikat XL di Indonesia, Maybank membeli BII, syarikat milik Daim Zainuddin membeli satu bank utama di Indonesia. Ini sudah pasti satu kepercayaan kepada kestabilan politik di Indonesia, walau media kita memberi gambaran berbeza.

Tuan Guru Haji Hadi Awang

Pastinya, Tuan Guru Haji Hadi mencadangkan model Indonesia sebagai rujukan, bukannya berseorangan membentuk kerajaan campuran dengan BN. Selain itu, Tuan Guru juga akan mengenakan pelbagai syarat, antaranya keterbukaan media, pemulihan institusi kehakiman, keadilan pilihanraya, pembersihan sistem pentadbiran dan pelbagai lagi. Mampukah BN memenuhi tuntutan Tuan Guru ini?

Ini sebenarnya satu cabaran untuk BN supaya mereka memenuhi tuntutan itu, bukannya Tuan Guru membuta tuli mahu buat kerajaan campuran. Hanya kita sendiri yang pantang mendengar kerjasama PAS dan BN, kerana terlalu benci akan mereka. Tidak mengapa, walaupun kerajaan campuran itu berlaku, anda semua masih boleh terus membenci BN (seperti saya juga), kerana apabila pilihanraya, semua parti dalam kerajaan campuran ini akan bertanding sesama sendiri. Kaedah Pakatan Rakyat masih akan dikekalkan untuk pertandingan dalam pilihanraya umum atau kecil.

Kesimpulannya, isu kerajaan campuran ini, pada hemat saya tidak mungkin berlaku MELAINKAN Barisan Nasional punya kesediaan untuk bersama-sama mengubah ketidakadilan yang sudah wujud di negara ini. Ianya hanya cabaran yang amat baik daripada seorang tokoh agama kepada sebuah parti yang kononnya membela bangsa, tapi penuh dengan kapitalis yang haprak belaka.